
Kalau bab promosi makanan, jangan cakap korang, kami pun selalu terpengaruh dan rasa seronok bila melihat jenama restoran favorite memberikan diskaun atau apa-apa promosi tentang produk makanan mereka.
Nah, esok korang boleh serbu ke restoran Subway kerana sempena ‘Hari Sandwich Sedunia’ yang disambut setiap 3 November, mereka bakal mengadakan promosi beli satu percuma satu untuk pembelian kombo roti 6” dan minuman 22oz pada 31 Oktober 2019.

Korang boleh memilih sandwich mengikut cita rasa sendiri. Diingatkan, promosi ini hanya berlansung satu hari saja, iaitu sehingga jam 9 malam esok.


Syok kan? Esok waktu lunch dah tahu la nak makan apa. Hiks!
Goo Hara ‘Berdegil’ Ingin Hadir Ke Mahkamah Berhubung Kes Ex-BF, Selepas Cubaan Bunuh Diri

6 hari lalu, peminat K-Pop telah digemparkan dengan berita mengejutkan yang melibatkan bekas ahli kumpulan KARA iaitu Goo Hara.
Hara dilaporkan melakukan percubaan membunuh diri di dalam bilik kediamannya. Setelah pengurusnya mengesan pesanan ‘Annyeong’ di akaun Instagram Hara, dia ditemui tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital berhampiran. 2 hari kemudian, Hara membuat kenyataan rasmi melalui wakilnya dan berkata, “Saya minta maaf kerana telah mencetuskan kebimbangan baru-baru ini. Saya kini sedang dalam fasa pemulihan kesihatan saya.”
BACA: Ucap Selamat Tinggal Menerusi Insta Story, Peminat Kesan Cubaan Bunuh Diri Goo Hara
Untuk pengetahuan korang, Hara kini masih belum selesai dengan perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas kekasihnya, Choi Jong Bum yang dituduh mengasari Hara dan mengakibatkan kecederaan pada bahagian lengan dan kaki.
Selain itu, Jong Bum juga dituduh menceroboh kediaman Hara dan mengambik foto kaki dan belakang badannya tanpa kebenaran. Akibat kes cubaan bunuh diri ini, pihak pembelaan Jong Bum memohon untuk menangguh perbicaraan. NAMUN, ia telah ditolak oleh (i) mahkamah dan (ii) Goo Hara sendiri.
Semalam sewaktu perbicaraan diteruskan, Hara yang masih di dalam wad hospital diwakili oleh peguamnya. Menariknya, teman serumah dan CEO agensi Hara yang dipilih sebagai saksi utama dilaporkan missing-in-action.
Peguam Hara menjelaskan anak guamnya itu sedang dalam proses pemulihan dan menegaskan akan menghadiri perbicaraan seterusnya, seawal Julai.
“Goo Hara sendiri ingin membuat kenyataan. Katanya, dia akan melakukannya sendiri.” Sekaligus, perbicaraan semalam membuatkan ramai peminat Hara merasa syukur kerana idol mereka itu masih bertenaga untuk berjuang semula.
Dos Penggalak Kedua Kini Dibuka Secara Sukarela, Ada Yang Sudah Sedia?

Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.
ARTIKEL BERKAITAN : Sela Masa Dos Penggalak Pfizer & AstraZeneca Disingkatkan Kepada 3 Bulan

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai pemberian dan penerimaan suntikan penggalak kedua vaksin COVID-19 untuk rakyat berumur 60 tahun keatas, dewasa 18 tahun keatas dan juga remaja berumur 12-17 tahun.
Namun, ia bukanlah wajib untuk semua orang tapi dos penggalak kedua ini secara sukarela!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) hari ini tampil dengan syor terkini berhubung pengambilan dos penggalak kedua terhadap beberapa kategori individu iaitu:
1) Individu yang berusia 60 ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.
2) Kumpulan berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai penyakit kronik juga dibenarkan menerima dos penggalak kedua bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mengalami penyakit kronik boleh menerima dos penggalak pertama sebaik sahaja menerima suntikan dos primer.

Mengulas mengenai penggunaan ubat antiviral Paxlovid, Khairy berkata, seramai 173 pesakit telah mengambilnya dan sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.
“Untuk makluman, ubat Paxlovid telah dibekalkan untuk rawatan pesakit COVID-19 di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan.
“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” jelas Khairy lagi.
1. Individuals aged 60 and above without comorbidities can now receive their fourth dose of the Covid-19 vaccine without consulting a medical practitioner.
Those above the age of 18 with comorbidities can also get a second booster shot 4 to 6 months after the first booster jab. https://t.co/qHUjlizE03 pic.twitter.com/JEzo3dPS6K
— BFM News (@NewsBFM) May 12, 2022
Untuk info, pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 ini boleh diambil secara sukarela dan boleh diberikan apabila ia diperlukan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Astro Awani
“Terima Kasih, Aku Cinta Kamu” -Lee Chong Wei Ajar Lin Dan Bahasa Melayu Raih Perhatian Netizen

Siapa tidak kenal dengan legenda sukan badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei yangg memang cukup sinonim dengan ‘lawannya’, bekas pemain badminton, Lin Dan.
Baru-baru ini, dalam satu video berdurasi 42 saat yang dikongsikan di akaun TikToknya, Chong Wei dilihat mengajar bekas pemain China itu untuk bertutur beberapa perkataan Melayu yang biasa digunakan dalam perbualan harian.
ARTIKEL BERKAITAN: Comel Sangat Sampai Selalu Dijadikan ‘Sticker WhatsApp’, Netizen Terkejut Si Comel Dah Besar!
Dalam perkongsian itu, Chong Wei memulakan kelas bahasa melayunya itu dengan perkataan ‘apa khabar’ sebelum Lin Dan mengulangi semula ayat itu sambil melambaikan tangannya ke arah kamera.
Selepas itu, Chong Wei kemudian mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ dimana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan lancar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan respons positif terhadap video yang dimuat naik oleh Chong Wei itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Lin Dan yang begitu lancar mempelajari ilmu baharu.
Malah, ramai yang kagum melihat keakraban dua jaguh badminton dunia itu meskipun pernah ‘bermusuh’ ketika di dalam gelanggang satu ketika dahulu.
Dan tidak kurang, ada juga yang berpendapat, sebutan bahasa Melayu Lin Dan begitu jelas, sama seperti orang tempatan.
Sekadar informasi, lagenda badminton negara berkenaan baru-baru ini telah tersenarai dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama-sama seorang lagi bekas bintang badminton dunia laitu Lin Dan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Lee Chong Wei