
Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang. Namun, keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa ini dengan harga rumah yang tinggi menyukarkan kita semua terutamannya Remaja untuk memiliki aset ini.
Tetapi, lain pula dengan pelantun lagu ‘Sumpah’ dan juga juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, iaitu Naim Daniel. Walaupun baru berusia 22 tahun namun beliau sudah berjaya memiliki rumahnya sendiri. Hebat kan?
Menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, dia meluahkan rasa bersyukur dihadapan rumah barunya itu.
“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramAlhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum ❤️
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on
Posting berkenaan dihujani komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta turut tumpang gembira atas hasil usahanya sebagai anak seni membuahkan hasil selama ini.
Moga kejayaan Naim Daniel ini mampu memberikan semangat dan inspirasi buat remaja di luar sana. Cayalah Naim Daniel!
Sumber : instagram Naim Daniel
Dapat Inspirasi Kedai Jalanan Jepun, Bekas Pekerja Kilang Kini Jutawan Kedai Runcit!

Jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi korang. InsyaAllah!
Siapa sangka lelaki yang hanya menjual barang-barang rumah dengan harga bajet, seorang bekas pekerja kilang kini menjadi seorang yang sangat berjaya dan jutawan?
Menurut laporan Bloomberg Billionaires Index, Miniso Group Holding Ltd yang berpangkalan di China telah mengaut dana sebanyak USD608 juta daripada tawaran awam awal di New York Thursday menjadikan saham 65% Ketua Pegawai Eksekutif, Ye Guofu yang dipegang bersama isterinya bernilai lebih daripada USD4 bilion.
Di China, 95% daripada produk yang dijual di Miniso bernilai di bawah harga 50 yuan (RM30) menjadikan ianya sebagai lokasi tumpuan belian yang memberikan saingan kepada syarikat barangan bajet dengan seperti Primark UK, Don Quijote Jepun dan Dollar General.
Menguasai hampir 60% pasaran barangan dagang di China, Miniso yang ditubuhkan pada 2013 oleh Guofu sehingga berjaya menjadi jutawan kedai runcit bersama seorang pereka Jepun, Miyake Junya sudah mempunyai lebih kurang 4,200 cawangan di 80 benua negara di benua Asia, Eropah, Australia, Afrika dan Amerika selepas tujuh tahun bertapak.
Inspirasi Kedai Jalanan Jepun
Miniso ditubuhkan dengan mengambil inspirasi daripada kedai jalanan Jepun yang menetapkan harga 100 yen untuk setiap barangan.
Bagi Guofu, frasa ‘semakin tinggi harga, semakin berkualiti produk yang ditawarkan’ hanyalah alasan untuk sesebuah perniagaan menjual produk dengan harga tinggi.
Jadi, dengan matlamat memberi manfaat kepada berjuta-juta penduduk dunia termasuklah golongan bangsawan dan orang kaya, Miniso dikembangkan dengan fokus kepada kualiti berbanding harga.
Bagusnya idea pemilik Miniso ni kan.
Jadi kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Malaysia Airlines (MAS) Elak Guna Laluan Udara Iraq Ke London, Jeddah & Madinah

Persengketaan antara tentera Iran dan Amerika Syarikat (AS) membuatkan Malaysia Airlines mengelak daripada menggunakan laluan udara Iraq bagi penerbangan dua hala untuk destinasi London, Jeddah dan Madinah.
Hal ini terjadi susulan Iran melancarkan tembakan roket ke atas dua pangkalan tentera rentetan insiden pembunuhan Panglima Tentera Iran, Qasem Soleimani dalam serangan tengah malam di Iraq yang diluluskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

.
Menurut Berita Harian, Malaysia Airlines sedang aktif menjalankan pengawasan menerusi sistem pengawasan penerbangan dan dibantu pelbagai laporan pentaksiran termasuk keselamatan global.
Semua pesawat turut dilengkapi Komunikasi Satelit (SATCOM) bagi berkomunikasi secara terus bagi sebarang maklumat kritikal dan tindakan, termasuk mengatur semua laluan.
Kalau korang yang mungkin tak tahu, Soleimani mengetuai sayap luar negara Pengawal Revolusi dianggap sebagai tokoh kedua paling berpengaruh selepas Khamenei.

.
Disebabkan itu kumpulan pro-Iran meningkatkan ancaman ke atas aset AS dengan peluru berpandu dan memberi amaran kepada tentera Iraq, sebahagian daripada kemarahan berikutan pembunuhan Soleimani.
Rentetan itu, Trump memberi amaran AS menyasarkan 52 lokasi di Iran dan akan menyerang dengan amat pantas dan amat keras jika republik itu menyerang rakyat atau aset AS.
Ish, takut pula bila mendengar cerita serang menyerang ni. Sama-sama kita doakan agar semoga semuanya kembali baik seperti biasa dan tiada individu yang tidak bersalah terkorban dalam persengketaan mereka.
Gadis Promoter “Kena Maki” Rupanya Dapat SPM 7 A, Lelaki Yang Mengecamnya Dibuang Kerja 24 Jam

Semalam panas isu di media sosial berkaitan seorang gadis promoter yang sedang melakukan kerja promosi di bahagian Non Halal di Giant Ampang Point dimaki dan “dimalukan” oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang.
Ekoran tindakan luar biasa lelaki berkenaan yang memalukannya di media sosial termasuk disuruh berbahasa Melayu kerana berada di Bumi Melayu, kes buli di media sosial ini mendapat perhatian meluas dari rakyat Malaysia yang mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan.

Isu ini menjadi semakin panas apabila netizen “memulakan perang” dengan menyebarkan pula gambar anak kepada lelaki berkenaan sehingga kes ini mendapat perhatian dari Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang menyeru agar netizen berhenti berbuat demikian
“Jangan kongsi gambar mahupun butiran sekolah anak-anaknya belajar. Marilah tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kes ini juga mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang telah membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
“Niat saya membuat laporan polis hari ini adalah bagi meminta pihak kerajaan, pihak berkuasa serta pelbagai agensi termasuk polis untuk tampil dengan satu penyelesaian yang dapat menangani ketegangan kaum di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, apa yang menariknya, gadis promoter yang dimaki ini merupakan seorang pelajar cerdik apabila keputusan peperiksaan SPMnya didedahkan di mana dia mendapat 7 A seperti disiarkan oleh Malaysiantalk.com. CONGRAT!.
Kerja-kerja promoter dilakukannya itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang di samping mencari duit lebih untuk pengajiannya.
Dalam pada itu, REMAJA difahamkan kes buli dan rasist ini memberikan satu pengajaran buat Edi Rejang apabila dia diberhentikan kerja 24 jam seperti diberitahu oleh jirannya. Malah dia mengakui tiada niat politik dalam isu ini. Ini dinyatakan dalam satu hantara fb atas nama Asrul Muzaffar Mohamed kira-kira jam 1 pagi semalam.
- Edi Rejang sudah memohon maaf terbuka pada awek Carlsberg dan masyarakat Malaysia di atas keterlanjuran beliau memaki hamun promoter berkenaan di Giant Ampang Point.
- Beliau amat kesal dengan insiden terbabit dan mendakwa ia tiada bermotifkan politik.
- Seorang jiran kenalan memaklumkan Edi Rejang telah diberhentikan kerja serta merta oleh majikan tempat beliau berkhidmat selama 10 tahun. Isteri beliau tak bekerja dan ini bermakna keluarga mereka hilang sumber pendapatan.
- Ada kemungkinan anak beliau yang kini bersekolah di SJK(C) didesak untuk berhenti dari meneruskan pembelajaran di situ. Mohon rakan seperti Marina Ibrahim, Yaakob Osmandan Adam Mukhriz Mohd Muhayeddinbantu untuk mengelak perkara ini dari terjadi.
- Jangan dihukum isteri dan anak Edi Rejang (2018)
Klip video Edi Rejang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga sudah tersiar.
Dalam kes di atas, sebenarnya rakyat Malaysia patut kembali kepada erti perpaduan di mana Malaysia dikenali di pentas antarabangsa kerana keunikan kaumnya, Melayu, Cina, India serta lain-lain.
Jangan rosakkannya kerana semangat Malaysia Baru di mana media sosial boleh menjadi medan fitnah utama dan menyemarakkan lagi isu perkauman yang sudah dipupuk sejak Merdeka lagi.
Semoga kita terus istiqomah dalam kehidupan. Berkawanlah, bergaullah biar kita berlainan bangsa. Pandang nenek dan datuk kita dahulu, bahagia duduk bersama bangsa lain di kampung. Tiada masalah apa pun.
Jangan jadikan media sosial “gendang” berlawan kerana perang paling utama ialah memerangi nafsu dalam diri. Hayati pengajaran dibawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berbuat baik kepada orang lain tanpa mengira apa agamanya.