Terlalu banyak pilihan K-Drama pada tahun 2020 sehingga kami sendiri sukar untuk memilih drama kegemaran kami.
Dalam banyak-banyak keluaran pada tahun ini, ada sebuah drama yang telah dinanti-nantikan oleh peminat sejak awal tahun ini lagi dan ia adalah Start-Up.
Drama bersiri Start-Up yang dibintangi oleh Nam Joo-hyuk bersama Bae Suzy, Kim Seon-ho dan Kang Han-na akan menemui penonton kurang 5 hari dari sekarang. Kesempatan yang diterima REMAJA untuk bertemu para pelakon dan pengarahnya, Oh Choong-hwan menerusi sidang media secara virtual semalam tidak penulis lepaskan untuk bertanya mengenai karakter yang dibawakan oleh Nam Joo-hyuk.
Menerusi klip trailer yang telah dikeluarkan, karakternya yang sedikit nerdy ini adalah lain daripada karakter yang pernah dibawakan olehnya sebelum ini. And the nerdy side in ourselves is just happy to be represented!
“Ya karakter Nam Do-san mempunyai personaliti yang nerdy, seorang yang fokus terhadap kerjanya.
“Pada awalnya semasa saya memperolehi info mengenai Nam Do-san, karakter ini masih belum benar-benar diolah oleh para penulis. Ia sedikit incomplete. Saya ambil peluang itu untuk ‘menyiapkan’ karakter Nam Doo San dan menjadikannya karakter saya.
Ads
“Sepanjang drama ini bersiaran, karakter Nam Do-san akan berkembang selari dengan diri saya sendiri yang melakonkannya. I want to grow with the character.
“Dari segi penampilannya pula, ia tidak jauh berbeza dengan zaman muda saya dahulu. Menjadi seorang yang ‘nerdy’ sebenarnya adalah sebahagian daripada diri saya. Contohnya apabila saya menjadi cemas in real life, tubuh saya juga akan mudah menggeletar seperti Doo San,” jelas Joo-hyuk.
Secara ringkasnya, Nam Do-san lakonan Nam Joo-hyuk ini adalah seorang remaja graduan sekolah lelaki dan menyambung pengajiannya di kolej kejuruteraan yang rata-rata terdiri daripada pelajar lelaki.
Jelaslah, Do-san adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai socially-awkward.
Ads
Biarpun dia mempunyai kelebihan intelek, dia sukar untuk memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian seperti yang dihadapi oleh ramai graduan sekarang.
Do-san mengasaskan syarikat ‘start up’ bersama rakan lamanya. Di situlah Do-san bertemu dengan Han Ji-pyeong (lakonan Kim Seon-ho) dan Seo Dal-mi (lakonan Bae Suzy).
Mengapa Perlu Menonton Start-Up?
Drama bergenre ‘youth rom-com’ amat popular di Korea Selatan pada tahun ini. Justeru, apa yang membuatkan Start-Up berbeza daripada K-drama lain?
Ads
Kata Joo-hyuk, para pelakon Start-Up telah melakukan research mendalam untuk menjayakan karakter masing-masing.
“Saya menonton temuramah CEO muda secara online bagi melihat cara mereka bercakap, menjawab soalan, body language mereka..
“Selain itu, saya percaya Start-Up akan mudah dihayati oleh penonton kerana ia memaparkan ups & downs remaja yang baru memulakan alam pekerjaan mereka. Kamu akan melihat perubahan dalam diri mereka dan persahabatan yang terjalin.
“Start-Up ialah drama khas untuk mereka yang bersusah payah mengejar impian masing-masing,” kata pelakon berusia 26 tahun itu.
Start-Up akan mula ditayangkan di Netflix bermula 17 Oktober ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Sebelum itu, jom tonton klip acah daripada drama ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik sama padan pasangan pengantin baru ini.
Dalam sebuah majlis akad nikah yang dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, kenalan rapat. Pelakon Raysha Rizrose,27, selamat bergelar isteri dan disatukan dengan jejaka pilihannya pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri,29.
Walaupun majlis diadakan dalam skala yang kecil, apa yang mencuri perhatian REMAJA ialah apabila melihat busana pengantin perempuan.
Sangat ringkas dan nampak manis!
Untuk pengetahuan, Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz semalam anggun mengenakan gaun putih hasil sentuhan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus.
Rata-rata peminat dan warganet tampil memuji kecantikan dan hasil kerja pereka muda ini
Nampak cantik dan terletak elok pada tubuh sang pengantin. REMAJA sempat menghubungi Teh Firdaus untuk bertanyakan perihal busana cantik berkenaan;
1. Inspirasi baju nikah Raysha Rizrose
Menurut Teh Firdaus, jujurnya tiada sebarang inspirasi tertentu yang diambilnya. Namun, dia menerapkan konsep minimal dan cleancut. Ditambah pula dengan perbincangan bersama Raysha yang mahukan sesuatu yang ringkas tetapi cantik.
“Baju Raysha inspired from the feminine side of her, how graceful she is. She opted for something minimal, elegant and I gave her intricate details to complete the look.”
2. Berapa lama Teh Firdaus siapkan baju nikah Raysha ini?
Saya tidak mempunyai banyak masa untuk menyiapkan busana ini sebenarnya, lebih kurang sebulan sahaja.
3. Bahagian atas bahunya agak unik dengan perincian motif daun bertaburan.
” It’s a demi-couture piece. Every leaf on the gown was made from scratch. Hand drawn and beaded with tambour techniques.”
4. Bagaimana kerjasama dengan Raysha untuk menyiapkan busana ini?
” I rasa paling senang nak berkerja dengan Raysha. So easy and memudahkan urusan. She is so humble and easy to work with. Even Nabil also the same,” akhiri Teh Firdaus.
*
Cantik bukan busana nikah Raysha Rizrose? Kalau korang teringin pakai busana seperti ini, bolehlah hubungi Teh Firdaus. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan akademik pelajar dari Malaysia yang memperoleh CGPA 4.0 di hari graduasinya ternyata berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Kejayaan yang dicatat oleh Maryam Balqis Abdul Rashid di Arizona State University (ASU), Arizona Amerika Syarikat dalam bidang ‘Sustainability’ (Kelestarian) cukup membanggakan negara menurut laporan e-warta MARA semalam.
Lebih menarik lagi, kursus diambil oleh Maryam adalah kursus pertama diadakan di ASU di mana gadis ini juga merupakan salah seorang pelajar penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) sepanjang tempoh pengajiannya.
Menerusi sumber maklumat daripada pihak Pejabat MARA Washington, Maryam Balqis adalah bekas pelajar SMK (P) Sri Aman. Sebaik sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mula mengorak langkah kejayaan dengan melanjutkan pengajian asasi dalam American Degree Foundation Program selama setahun di INTEC.
Menurut MARA Washington, “Maryam begitu aktif di dalam kegiatan kokurikulum malah telah memenangi beberapa anugerah atas pencapaian yang beliau capai di ASU”
Tambah kenyataan itu lagi, “beliau memegang jawatan School ofSustainability Ambassador, Presiden Honor Society of Sustainability, Setiausaha untuk Malaysia Students Association dan Director of Service untuk Alpha Kappa Psi.
Melalui lantikan jawatan beliau di Alpha Kappa Psi, beliau telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD 5600 untuk Arizona Association for Foster & Adoptive Parents.”
Hasil daripada usaha ini, Alpha Kappa Psi telah dianugerahkan Presidential Volunteer Service Award kerana telah menjalankan seribu jam aktiviti sukarelawan.
Selain itu, Mariam banyak menjalankan kajian melestarikan alam seperti kajian kelestarian global dalam aspek pelancongan dan perikanan di Lombok, Indonesia. Antara kajian beliau yang lain ialah mengkaji kaedah pihak Los Angeles dalam menangani isu perubahan iklim serta membuat garis panduan atau “toolkit” untuk kerajaan Mexico menangani isu transformasi, adaptasi, kemantapan dan kelestarian.
Antara anugerah yang diperolehi oleh Maryam adalah Community Assistant of the Year, Outstanding Graduate Award Spring 2019 oleh School of Sustainability dan ASU’s Alumni Association, Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Perdana Scholar Awards 2018, dan “Frasier Global Mentorship program” yang akan berlangsung di Washington, D.C. pada bulan Mei 2019.
Pihak MARA Washington turut menyatakan perkembangan terkini Maryam Balqis yang bakal melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana dalam kursus “Sustainability Solutions” pada bulan Ogos 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.
Setelah menimang Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu dan kini sedang berbadan dua, finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid baru-baru ini tampil dengan penampilan baru iaitu bertudung litup sejak awal Muharram lalu.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram Mawar, pelakon itu telah menjelaskan antara faktor yang membuatkan pintu hatinya untuk mengenakan hijab.
Menurut Mawar, di dalam kehidupan telah terlalu banyak nikmat dunia yang dirasainya, daripada segi kekeluargaan, kerjaya dan juga perniagaan, semuanya dipermudahkan.
.
Dalam nada sebak, Mawar meluahkan rasa syukur apabila perubahannya ini memberikan ketenangan dalam hidupnya dan memberi semangat untuk terus mengenali Tuhan.
“Allah dah bagi banyak dekat kita, Allah sayangkan kita..so sekarang ini Mawar nak lebih mengenali Allah…”
Cantiknya finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini berhijab. Semoga Mawar terus istiqamah dan dapat menjadi inspirasi kepada wanita-wanita Muslim di luar sana untuk turut berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber : Instagram Mawar Rashid
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...