Unduk Ngadau memang senonim dengan negeri di bawah bayu, Sabah dan sentiasa dinanti-nantikan apabila menyelang bulan Mei pada setiap tahun.
Bahkan, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang telah diadakan sejak turun temurun di negeri Sabah dan menjadi sebuah acara yang penting dalam kalendar masyarakat di sana.
ARTIKEL BERKAITAN : “Pertandingan Ratu Cantik Semasa Pesta Kaamatan Ada Makna Yang Lebih ‘Deep’, Wanita Korbankan Diri” – Finalis Dewi Remaja – REMAJA
Tahun ini, Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan daerah Tongod, Sabah dinobatkan buat Anika Isty Norman, 23.
Anika Isty yang merupakan mahasiswa jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu mengalahkan Hanelda Veda Leprus, 25 (tempat kedua) dan Linda Kinoton, 27 (tempat ketiga) serta beberapa finalis lain yang berjaya mara ke peringkat akhir.
Pada majlis tersebut, Ratu Unduk Ngadau Tongod telah dimahkotakan oleh isteri Wakil Rakyat Kuamut, Sabah, Datin Grace Elvira E Ebin.
Untuk pengetahuan pembaca, Unduk Ngadau berasal dari perkataan “tunduk tadau” atau “runduk tadau”yang memberi makna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari” yang merujuk kepada semangat Huminodun.
BACA LAGI : Guru Sekolah Rendah Dinobatkan Sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2022 – REMAJA
Sumber Foto : SABAH MEDIA / PIX FB Pesta Kaamatan Daerah Tongod
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.