Pasangan

Imej Dayang Anisha Rekaan Busana Teh Firdaus Di Majlis Khatam Al-Quran Curi Perhatian

Share

Rakaman bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, Dayang Anisha Rosnah Adam membaca al-Quran dalam satu majlis khatam al-Quran sempena pernikahan mereka menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Gadis Jelita Disebelah Putera Mateen Di Majlis Perkahwinan Puteri Fadzilah?

Difahamkan majlis berkenaan diadakan Rabu lalu, beberapa hari sebelum isitiadat bermula secara rasmi, hari ini dengan Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.

Sosok si jelitawan itu turut menarik perhatian, terutamanya apabila beliau menggayakan busana yang cukup anggun hasil ciptaan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus.

Menerusi perkongsian pereka fesyen tersebut di laman Instagramnya, busana yang dipilih untuk acara Khatam Quran ini merupakan baju kurung yang direka khas dengan menggunakan tenunan Brunei yang rumit.

Tinjauan di media sosial juga mendapati, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa teruja mengikuti istiadat perkahwinan diraja tersebut selain menanti detik hari pernikahan pasangan berkenaan.

@jackiebohari♬ original sound – Jackie Bohari

“Masya-Allah, sudah cantik boleh mengaji lagi,” puji netizen.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya dan semoga dalam lindungan Allah. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” doa individu lain.

“Cara Putera Mateen pandang Dayang Anisha dan cara Dayang Anisha senyum pada Putera Mateen sangat comel,” kata warganet.

Terdahulu, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari.

Bagi akad nikah pasangan itu pula dijadualkan berlangsung pada 11 Januari nanti.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

 untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BERNAMA

Published by
Adriana Syaurah