Sudah Jejak 28 Buah Negara, Cuti Semester Ambil Peluang Pergi Travel

Share

Muhammad Adib Mohamad Mazri merupakan anak sulung daripada empat beradik yang kini berusia 24 tahun dan berada di tahun akhir pengajian sarjana muda di Jordan University of Science and Technology (JUST). Daripada UPSR sehinggalah SPM, Adib memperoleh keputusan straight A dan tidak hairanlah kerana dia memang seorang pelajar yang suka membaca.

Jom kita dekati pelajar yang berasal dari Kota Damansara ini dengan lebih dekat tentang pengalamannya sepanjang menuntut di negara Timur Tengah ini.

Kenapa kamu pilih bidang pergigian?

Secara jujurnya denstistry bukan pilihan utama saya tetapi atas sokongan daripada kedua orang tua membuatkan saya terus kuat semangat. Lagi pun, belum ada lagi doktor gigi dalam keluarga besar saya, jadi biarlah saya jadi yang pertama.

Semakin saya belajar, semakin saya tertarik dengan kos pergigian ni. Dengan waktu kerja yang fleksibel, dan gaji yang memuaskan, saya tak menyesal memilih pergigian sebagai karier hidup saya.

Cabaran yang dilalui sepanjang belajar di luar negara?

Walaupun belajar di unversiti dalam Bahasa Inggeris, namun masih perlu untuk memahirkan diri berbahasa Arab untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sana. Dengan masalah bahasa dan perangai rasis orang arab di sini, kami terpaksa cekal hati tiap kali diejek.

Sewaktu cuti semester, melancong menjadi pilihan kamu. Sudah berapa buah negara yang kamu dah kunjungi?

I love travelling! It’s been my passion since forever. Alasan utama saya untuk travel adalah sebab nak explore budaya-budaya lain di serata dunia. Negara pertama yang dikunjungi adalah Turki, dan sejak itu, saya berazam untuk habiskan satu eropah sebelum tamat pengajian.

Alhamdulillah, sepanjang lima tahun di sini, saya dah travel ke 28 buah negara dan berjaya menyaksikan pelbagai ragam manusia di serata tempat. Ada yang elok, kita jadikan contoh, dan yang buruk kita hindarkan. Selain tu, saya travel untuk ambil gambar di tempat-tempat famous. Hehe!

Negara paling best yang kamu kunjungi?

Sepanyol. Bukan sahaja tempat gergasi bola sepak eropah, tetapi penuh dengan budaya-budaya yang mengagumkan. Saya dapat tengok bola live Barcelona vs Celta Vigo, dan Barcelona menang 5-0! Semua di depan mata! It’s like a dream come true.

Sepanyol juga terkenal dengan sejarah Islam seperti di Cordova dan Andalusia. Sewaktu saya di sana, memang saya dapat lihat dengan jelas tinggalan-tinggalan Islam dari zaman pemerintahan bani Umayyah sebelum mereka tewas. Dan yang paling best sekali, senang nak jumpa makanan halal!

Selepas tamat belajar, apakah perancangan kamu?

InsyaAllah saya akan berkhidmat dengan kerajaan. Saya berminat untuk sambung belajar ke arah specialist jika diberi peluang, tapi sebelum tu biarlah saya cari pengalaman dulu. Jika saya berjaya tamatkan pengajian specialist saya, insyaAllah saya akan buka klinik sendiri.

Sebenarnya saya dah ada aim tersendiri, saya nak terus belajar dan belajar lagi sampai umur 40. Saya juga berhajat untuk menjadi seorang doktor selebriti supaya saya dapat sampaikan kesedaran tentang kesihatan oral kepada orang ramai melalui medium yang sesuai.

***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!

Published by
Noor Ain Norman