Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, di negara ini terdapat dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah bakal dilancarkan tidak lama lagi.
BACA: Syarikat Penerbangan Tambang Murah Baharu Akan Dilancar, MYAirline Bakal Beri Saingan
Terbaharu, menerusi laman Facebook rasmi MYAirlines Sdn Bhd, pesawat milik syarikat penerbangan tempatan itu sudah pun dilihat berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sejak 1 Mei lalu. Ramai yang sudah tidak sabar untuk mencuba perkhidmatan syarikat penerbangan baharu ini dan ada yang sudah mula bertanyakan berapa harga yang ditawarkan untuk tiket kapal terbang.
Menurut admin mereka, pengumuman akan dibuat sewaktu hari pelancaran yang mungkin diadakan tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan ini juga sedang mencari pekerja yang berkelayakan untuk jawatan-jawatan tersebut:
- Pereka laman web
- Penolong Pengurus Pemasaran
- Eksekutif media sosial
- Jurutera MCC
- Eksekutif pengedaran
- Eksekutif jualan
- Penyambut tetamu
- Pereka grafik dan banyak lagi..
Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web MYAirline. Hm, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pelancaran rasmi syarikat penerbangan tempatan baharu ini kan?
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd. Semoga harga tiket penerbangan yang ditawarkan mampu milik untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman terbang di awan biru.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s