“Sudah Tentu Sabar Yang Paling Tertinggi…” Diddy Hirdy Kongsi Kunci Kejayaannya Sehingga Peroleh PhD

Share

Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain…

Sedia maklum, pada minggu lalu, penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 4 (AF4), Diddy Hirdy, telah berjaya menamatkan pengajiannya dan menggenggam segulung doktor falsafah (PhD) dalam jurusan muzik dari University of Liverpool, England.

Menjengah hantaran terbaharu di Instagram, Diddy berkongsi salah satu kunci kejayaan dia dapat menamatkan pengajiannya adalah dengan mempunyai sifat bersabar terutama apabila berurusan dengan sesama manusia.

Penyanyi yang kini bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, itu juga berkongsi seseorang yang bergelar pelajar juga harus menempuh sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang tempoh pengajian.

“Kalau orang bertanya cara hendak mendapatkan PhD, kata kuncinya sudah tentu sabar yang paling tertinggi. Dan kena banyak-banyak bersabar menguruskan hubungan sesama manusia.

“Adakalanya, apa yang kita rancang, tidak menjadi dan tidak sama dengan timeline

orang-orang yang berkenaan. Bukan sebab tidak pandai set target atau apa…

“Cara mudah nak faham adalah lain orang, lain nasibnya. Lain orang, lain rezekinya. Perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang memang tidak boleh dijangka. Apapun, baik Mike ataupun Holly (penyelia PhD) tanpa mereka berdua, takkan selesai PhD Diddy,” coretnya panjang.

Menerusi beberapa hantaran di entri tersebut, penyanyi lagu popular Hilang itu memuat naik foto bersama dua pensyarah yang juga merupakan penyelia PhD, yang dikenali sebagai Dr. Holly Tessler dan Dr. Mike Jones, pada perkongsian berbeza tanda penghargaan buat mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan Terdahulu Buahkan Hasil, Diddy Hirdy Berjaya Genggam PhD University Of Liverpool

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Diddy Hirdy

Published by
Fath