Trend bubble tea tidak akan surut serta-merta, percayalah.
Pada minggu ini, pelopor trend bubble tea di Malaysia iaitu Coolblog Malaysia telahpun melancarkan minuman terbaru mereka iaitu Unicool dalam 3 perisa utama.
REMAJA tak terlepas untuk menjadi antara yang pertama mencubanya.
Come on, dengan lapisan minumannya yang berwarni-warni dari biru ke pink serta topping meriah, penulis tak boleh terlepas daripada mencuba perisa keladi (yam). Korang pun boleh mencuba perisa Coral Blue atau Strawberi.
Apa yang boleh disimpulkan, Coolblog Unicool ini tidaklah terlalu manis (pada yang takut kena potong kaki lepas tengok foto 3 topping Unicool), mempunyai rainbow jelly dan pearl pada dasar cawan serta overall, berbaloi untuk dicuba.
Ads
Iyalah, mana lagi nak cari minuman 750ml pada harga RM7.00.
Bercakap tentang ‘manis’, kami tanyakan isu panas minuman bubble tea yang dikatakan tidak sihat, mendatangkan komplikasi sugar level dan pearl dikatakan ‘boleh tersumbat di dalam usus’ kepada Coolblog.
Ads
Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya, Win Zakaria berkata, “Mana-mana resepi bubble tea memang ada kandungan gula. Tapi apa yang ramai pelanggan tak tahu adalah mereka boleh menentukan kadar gula dalam minuman mereka.
“Nak less sugar, nak normal sugar. Ia terpulang kepada korang. Begitu juga dengan tambahan inti bubble atau jelly, korang boleh pilih atau asingkan. Jadi seharusnya tidak ada isu minuman bubble tea ini ibarat menempah potong kaki.”
Tambahnya lagi, kandungan pearl pada dasar minuman mempunyai banyak kelebihan yang ramai tak tahu. Pearl di Coolblog diperbuat daripada ibu kayu yang merupakan sumber tenaga dan mengenyangkan. Kadangkala korang tak perlu pun makan nasi untuk makan tengah hari jika membeli minuman ber-pearl ini.
Ads
“Kami pun sedang dalam proses menghantar pearl ke makmal analisis untuk mengetahui jika ada benda yang boleh kami perbaiki.
“Apa yang kami cuba sampaikan adalah tak semua bubble tea itu tidak sihat. Pelanggan boleh tentukan kandungannya, saya pasti pengusaha jenama bubble tea lain pun menyediakan pilihan manis atau tak.”
Haa, korang dah dengar kan.
Jangan lupa untuk mencuba minuman Unicool baru daripada Coolblog Malaysia dan memuat naik di Instagram!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan lagu yang dinyanyikan oleh ROSÉ Blackpink dan Bruno Mars berjudul “APT” kini berlegar-legar di kepala kita dek liriknya yang catchy.
Apateu, apateu
Apateu, apateu
Apateu, apateu…
Namun, mungkin kebanyakan daripada masyarakat kita terlepas pandang tentang pengisian lirik yang disampaikan. Terutama apabila lagu ini semakin popular dan sering digunakan sebagai muzik latar di media sosial.
Antara bait lirik, Rosé menyanyikan:
“Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real.”
Bruno Mars menambah:
“Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night.”
Penggunaan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.
Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam video-video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari. Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan.
Jadi, tugas kita sebagai orang dewasa perlu memastikan sama ada lagu-lagu yang didengari itu mempunyai maksud yang baik atau tidak kerana ia juga turut menjadi ikutan kanak-kanak.
Mungkin ada interpretasi lain mengenai lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat. Anda boleh nilaikan sendiri dengan membedah bait bait lirik lagu popular ini. Bak kata pepatah ‘tepuk dada tanyalah selera’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, seorang bintang TikTok yang berusia 16 tahun di India dilaporkan telah membunuh diri dan dipercayai berpunca daripada masalah tekanan mental.
Sehubungan dengan itu, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara itu.
Menurut Astro Awani, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.
Aplikasi seperti TikTok dikatakan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.
Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan, Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. Dan akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera.
Secara keseluruhannya, 59 aplikasi China telah pun diharamkan, termasuk aplikasi permesejan popular WeChat.
India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih daripada 120 juta pengguna.
Aplikasi tersebut berhadapan dengan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China. Walau bagaimanapun, TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing menafikan dakwaan tersebut.
Sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi semua yang dilakukan haruslah ada batasnya. Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri untuk menerima baik buruk serta padah setiap kelakuan.
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023 telah merekodkan kehadiran penonton paling tinggi dalam sejarah karier mereka.
Memetik perkongsian akaun Coldplay Charts dari laman X, antara punca lebih 81,812 keping tiket berjaya terjual adalah kerana mereka cuma mengadakan konsert satu malam sahaja di sini berbanding beberapa persembahan di negara lain. Lagipula, ini merupakan konsert sulung mereka di Malaysia.
Ia secara tidak langsung membantu kumpulan rock alternatif yang dianggotai oleh Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu mencipta fenomena luar biasa di sini.
Sebagai perbandingan, konsert Coldplay yang dilangsungkan di Jakarta (juga untuk tempoh semalam) telah dihadiri seramai 78,541 pengunjung.
“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia.” – Chris Martin.
Konsert di Kuala Lumpur berjaya mencatatkan penjualan tiket sebanyak 81,812 keping lalu merais kutipan kasar USD10,904,369 atau kira-kira RM51,953,866.
Rata-rata penonton yang hadir pada malam itu beranggapan ia merupakan konsert terbaik yang pernah mereka kunjungi sepanjang hidup mereka.
Biarpun hujan renyai-renyai turun beberapa minit usai lagu pertama didendangkan oleh mereka, penonton sama-sekali tidak berganjak daripada zon berdiri.
Aksi Coldplay disertai dengan beberapa perbualan di atas pentas yang mencuit perhatian termasuklah pantun berkisarkan tom yam yang juga tular di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...