Suho EXO, Haha Running Man, dan Sandara Park Antara Selebriti Korea Yang Kumpul Dana Untuk Kanak-Kanak Di Gaza

Share

Beberapa selebriti terkenal Korea Selatan bakal berpartisipasi dalam mengumpul dana untuk kanak-kanak Palestin yang terkesan dari serangan Zionis Israel.

Acara yang dihoskan oleh anggota SES iaitu Bada, Eugene dan So Yu-Jin  ini bakal berlangsung pada 11 Mei di laluan pejalan kaki di Taman Sukan Songjeong, Seongdong-gu, Seoul.

Setiap dana yang terkumpul dari Green Heart Bazaar ini akan disalurkan dengan memberi makanan bernutrisi, berkhasiat, air minuman dan kebersihan buat kanak-kanak di Gaza menerusi Kempen Bantuan Kecemasan Gaza UNICEF.

Antara selebriti yang turut terlibat dalam kerja amal ini ialah Haha Running Man, Suho EXO, Sandara Park, So Yoo-jin, Kwon Eun-bi, Kwon Hyuk-soo, Nayoung, Aiki, Ahn Hyun-mo, Jo Kwon, Jo Se-ho, Chuu LOONA dan ramai lagi.

Semoga melalui usaha ini, ia dapat membantu kanak-kanak di Gaza, Palestin.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE