Zaman sekarang remaja semua suka ikut trend.. Macam macam style rambut, dan juga warna rambut yang dah dibuat orang sekarang ni. Bukan tu je, ramai sekarang yang suka tukar tukar colour rambut tu kalau boleh tiap 2 minggu sekali nak tukar.. kejap nak tukar warna hijau, warna biru, purple, pink, macam macam warna lagi lah, kalau boleh nak tiru sebijik gaya Billie Eilish tu. Tapi semua warna ni bukan jenis senang naik, korang kena tambah bleach dulu, baru warna dia menjadi betul tak?
Korang kena ingat, bleach rambut boleh buatkan rambut korang cepat rosak jugak tau, ini kerana bahan kimia daripada bleach tersebut terlalu kuat dan akan menyebabkan rambut pecah dan bercabang. Kalau korang pergi saloon, mereka akan pakaikan korang perapi rambut khas dan beberapa produk khas lain dekat rambut korang supaya tak rosak, tapi macam mana pulak kalau korang bleach rambut sendiri dekat rumah? Jom kami kongsi antara cara-cara untuk menjaga rambut selepas bleach.
Pakai perapi rambut/hair conditioner
Bila kita bleach rambut, rambut kita akan menjadi sangat kering dan pecah, ini kerana bahan kimia bleach tersebut yang sangat kuat. Jangan lupa, bahan dalam bleach ni mampu keringkan rambut korang sebab dia akan mengeluarkan protein yang ada dalam rambut kita. Disebabkan itu, pemakaian perapi rambut amatlah penting supaya rambut korang tak dehidrasi dan kering melampau!
2. Basuh rambut setiap 2-3 hari sahaja
Ads
Jangan hari hari cuci rambut, kerana cuci rambut pada setiap hari akan menyebabkan sebum semulajadi rambut korang terhakis, dan ianya akan membuat rambut korang lebih kering. Kami cadangkan korang pakai hair mist atau dry shampoo kalau korang rasa rimas rambut tak basuh atau risau rambut rasa berminyak.
3. Pakai hair mask/hair treatment
Ads
Ini antara benda wajib ada kalau korang selalu bleach rambut. Kalau takde hair mask, memang rambut korang akan cepat rosak. Cara nak pakai hair mask ni mudah je, lepas shampoo rambut, pastikan rambut korang berada dalam keadaan lembap, dan bukan ketika basah atau dah kering. Pakai hanya 10-15 minit saja dah mencukupi, lepas tu korang bilas dengan air macam biasa. Pastikan korang pakai 1-2 kali seminggu saja tau!
Ads
4. Elakkan panas
Salah satu cara lagi yang korang boleh cuba untuk elak rambut rosak jika bleach adalah dengan mengelakkan pengunaan pengering rambut, iron, atau curler. Ini kerana haba daripada pengering rambut semua ni boleh menjejaskan rambut korang dan membuatnya lebih kering dan tampak lebih kasar. Pastikan kalau korang keluar pun, pakai topi untuk lindungi rambut daripada matahari.
Korang boleh cuba 4 tips penting ini dekat rumah kalau ada diantara korang yang struggle dengan rambut kasar atau rosak akibat bleaching. Tapi andai kata rambut korang tu dah teruk sangat dan dah tak boleh diselamatkan lagi, dah tiba masanya untuk korang lari ke salon rambut cepat cepat untuk repair rambut korang tu..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan semula pengacara program realiti Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad semalam pada episod kedua menjawab persoalan mengenai ‘kehilangannya’ pada episod minggu lepas.
Menurut Nabil, dia tidak berdepan dengan simptom Covid-19 seperti spekulasi netizen. Bagaimanapun, dia sedang menghidap angin pasang ataupun hernia dan keadaan itu memaksa Nabil untuk tidak hadir pada episod pertama GV7.
Selorohnya, “Hidup ini ibarat laut, ada masa surut ada masa pasang. Hari itu, ia pasang. Sebenarnya saya menghidap hernia,” maklumnya kepada rakan media semalam.
Bagi yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan angin pasang atau hernia ini, ia sebenarnya sejenis penyakit yang 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.
Menurut laporan Dr Mohd Daud Che Yusof menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, jenis angin pasang yang paling kerap berlaku kepada lelaki adalah Inguinal Hernia yang berlaku di bahagian kelangkang.
Kira-kira 75 peratus kes angin pasang adalah daripada jenis ini.
Simptom yang selalu dihadapi oleh remaja lelaki adalah apabila ruang abdomen membonjol keluar daripada kawasannya. Bonjolan tersebut biasanya adalah sebahagian daripada usus dan tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh membran.
Itulah kandungan yang akan membentung kantung hernia dan ia tidak menonjol pada setiap masa. Kadangkala ia kelihatan, kadangkala ia tidak kelihatan. Oleh sebab itu, ia dikenali sebagai angin pasang surut.
Mesti ramai di kalangan korang yang tertanya-tanya apakah punca utama angin pasang ini. Antara yang selalu dikesan oleh pakar adalah obesiti, kerap batuk, perlu meneran semasa membuang air kecil atau besar dan selalu mengangkat objek berat.
Bila bercakap mengenai soal simptom yang boleh dikesan oleh lelaki, ia sebenarnya berbeza bergantung kepada lelaki itu sendiri. Malah, tiada spesifikasi mengenai usia mangsa pun, walaupun statistik menunjukkan lelaki berusia lebih terdedah kepada angin pasang.
Namun, simptom yang paling jelas adalah apabila mucul bonjolan baru di bahagian kelangkan atau kawasan abdomen lain.
Bonjolan ini membuatkan seseorang itu merasa sedikit senak walaupun bonjolan tersebut tidak semestinya menyakitkan. Simptom-simptom lain bergantung kepada tahap kritikalnya angin pasang mereka. Ada pesakit yang boleh menghadapi demam malah muntah-muntah.
Selalunya, apa-apa jenis angin pasang ini tiada pilihan selain pembedahan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan komplikasi terbelit.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun baru 2024 menjadi detik yang tidak akan dilupakan oleh pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh apabila beliau menimang cucu pertamanya, sekaligus kini memikul gelaran nenda.
Ia berlaku kurang dari tempoh sebulan setelah Yeoh melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Jean Todt di bandaraya Ipoh dan pulau peranginan, Pangkor.
Pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) 2022 menerusi filem Everything Everwhere All At Once itu pada awalnya memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kaki seorang bayi di atas telapak tangan orang dewasa dengan kapsyen berbunyi,
“Satu keajaiban pada hari pertama tahun 2024. Kami amat-amat diberkati… Sukar untuk jelaskan betapa gembiranya saya untuk berita bahagia ini.”
Hantaran di Instagram itu lantas menuai spekulasi dalam kalangan peminatnya yang tertanya-tanya jika bayi tersebut milik orang lain ataupun sememangnya Yeoh dan Todt mengambil anak angkat.
Malah, tinjauan di bahagian komen juga mendapati ramai warganet pantas mengucapkan tahniah kepada ‘power couple’ itu.
Namun tidak lama selepas itu, Yeoh menjelaskan bahawa tapak kaki bayi itu hakikatnya milik cucu sulung beliau; iaitu anak kepada Nicolas yang merupakan anak lelaki Todt daripada hubungannya sebelum ini.
Yeoh seterusnya menitipkan penghargaan beliaukepada Nicolas dan isterinya setelah merealisasikan impian mereka berdua menjadi datuk dan nenda.
“Terima kasih sayangku Nicolas dan Darina kerana membuatkan kami datuk dan nenda paling gembira dan bangga. Selamat lahir buat bayi Maxime.”
Untuk pengetahuan, Yeoh dan Todt telah menamatkan pertunangan berusia 19 tahun mereka pada tahun lalu setelah mereka mendirikan rumah tangga pada bulan Julai di Geneva, Switzerland.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah jenama fesyen mewah antarabangsa, tampil memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan.
Menerusi laporan laman berita NDTV, Jordanluca mendedahkan rekaan dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans itu di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk.
Seluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha, seolah-olah memberi bayangan bahawa si pemakai tidak sengaja telah membuang air kecil.
Harga yang ditawarkan bagi koleksi tersebut adalah AS$811 (RM3,871). Rekaan basuhan ringan itu bagaimanapun dilaporkan telah habis dijual dengan menawarkan harga AS$608 (RM2,902).
Seluar yang tular tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata warganet memberikan pelbagai komen.
“Harganya terlalu mahal. Seseorang hanya perlu membuang air kecil di dalam seluar untuk mempunyai seluar seperti ini,” kata seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...