Suka Bleach Rambut Tapi Takut Rambut Rosak? Ini Antara Tips Penjagaan Rambut Bleach

Share

Zaman sekarang remaja semua suka ikut trend.. Macam macam style rambut, dan juga warna rambut yang dah dibuat orang sekarang ni. Bukan tu je, ramai sekarang yang suka tukar tukar colour rambut tu kalau boleh tiap 2 minggu sekali nak tukar.. kejap nak tukar warna hijau, warna biru, purple, pink, macam macam warna lagi lah, kalau boleh nak tiru sebijik gaya Billie Eilish tu. Tapi semua warna ni bukan jenis senang naik, korang kena tambah bleach dulu, baru warna dia menjadi betul tak?

Korang kena ingat, bleach rambut boleh buatkan rambut korang cepat rosak jugak tau, ini kerana bahan kimia daripada bleach tersebut terlalu kuat dan akan menyebabkan rambut pecah dan bercabang. Kalau korang pergi saloon

, mereka akan pakaikan korang perapi rambut khas dan beberapa produk khas lain dekat rambut korang supaya tak rosak, tapi macam mana pulak kalau korang bleach rambut sendiri dekat rumah? Jom kami kongsi antara cara-cara untuk menjaga rambut selepas bleach.

  1. Pakai perapi rambut/hair conditioner

Bila kita bleach rambut, rambut kita akan menjadi sangat kering dan pecah, ini kerana bahan kimia bleach tersebut yang sangat kuat. Jangan lupa, bahan dalam bleach ni mampu keringkan rambut korang sebab dia akan mengeluarkan protein yang ada dalam rambut kita. Disebabkan itu, pemakaian perapi rambut amatlah penting supaya rambut korang tak dehidrasi dan kering melampau!

2. Basuh rambut setiap 2-3 hari sahaja

Jangan hari hari cuci rambut, kerana cuci rambut pada setiap hari akan menyebabkan sebum semulajadi rambut korang terhakis, dan ianya akan membuat rambut korang lebih kering. Kami cadangkan korang pakai hair mist

atau dry shampoo kalau korang rasa rimas rambut tak basuh atau risau rambut rasa berminyak.

3. Pakai hair mask/hair treatment

Ini antara benda wajib ada kalau korang selalu bleach rambut. Kalau takde hair mask, memang rambut korang akan cepat rosak. Cara nak pakai hair mask ni mudah je, lepas shampoo rambut, pastikan rambut korang berada dalam keadaan lembap, dan bukan ketika basah atau dah kering. Pakai hanya 10-15 minit saja dah mencukupi, lepas tu korang bilas dengan air macam biasa. Pastikan korang pakai 1-2 kali seminggu saja tau!

4. Elakkan panas

Salah satu cara lagi yang korang boleh cuba untuk elak rambut rosak jika bleach adalah dengan mengelakkan pengunaan pengering rambut, iron

, atau curler. Ini kerana haba daripada pengering rambut semua ni boleh menjejaskan rambut korang dan membuatnya lebih kering dan tampak lebih kasar. Pastikan kalau korang keluar pun, pakai topi untuk lindungi rambut daripada matahari.

Korang boleh cuba 4 tips penting ini dekat rumah kalau ada diantara korang yang struggle dengan rambut kasar atau rosak akibat bleaching. Tapi andai kata rambut korang tu dah teruk sangat dan dah tak boleh diselamatkan lagi, dah tiba masanya untuk korang lari ke salon rambut cepat cepat untuk repair rambut korang tu..

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn