Kemunculan penyanyi bervokal lunak, Ernie Zakri di tengah-tengah konsert LANY A Beautiful Blur Live In Kuala Lumpur semalam telahpun berjaya mengejutkan bukan sahaja pengunjung yang hadir tetapi juga peminat Ernie.
Rata-rata peminatnya langsung tidak dapat menghidu kelibat Ernie di sana sehinggalah momen penyanyi berusia 32 tahun melangkah naik ke pentas ZEPP KL dan mengiringi vokalis Lany, Paul Klein bagi menyanyikan lagu berjudul Out Of My League
secara duet.Tampil fierce dalam persalinan rekaan Ashraff Zainal sambil dirias oleh Syamiel Isma, Ernie tetap memberikan yang terbaik biarpun diundang bagi mendendangkan satu lagu sahaja.
Pasangan tersebut berjaya menghangatkan lagi suasana konsert dengan paduan suara mereka. Siapa sangka, Ernie yang pernah membawa pulang trofi Vokal Terbaik sebanyak dua kali di pertandingan Anugerah Juara Lagu mampu mencetuskan harmoni suara bersalam Paul biarpun genre muzik masing-masing berbeza.
BACA: Ernie Zakri Berjuang Dalam ‘Hijab Helmet’, Tolak ‘Hijab Bertocang’ Untuk Jaga Sensitiviti – REMAJA
Dalam perkembangan terbaru, pemilik nama pemuh Nur Ernie Shahirah Zakri itu hari ini mengumumkan perancangan konsert pertamanya, ‘Aura: Ernie Zakri Live In Concert’ pada 25 Januari 2025.
Setelah sekian lama dinanti-nantikan peminat, konsert solo pertamanya itu bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran SAH Entertainment.
Info lanjut berkenaan harga tiket dan tarikh penjualan tiket akan diumumkan tidak lama lagi.
BACA:
FOTO: Haikal Shuib
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.