Istilah PM TEPI amat popular bagi peniaga online. Asal pengguna bertanya PM HARGA, peniaga akan menulis perkataan PM TEPI.
Walau amaran sudah dikeluarkan tidak boleh menulis perkataan pm tepi tetapi nampaknya peniaga mudah terlupa bahawa itu perkataan HARAM bagi mereka di media social.
Mungkin terlupa atau sudah biasa menulis perkataan tersebut, nyata ia membawa padah apabila Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mula menyerbu peniaga degil.
Buktinya, minggu lalu, 13 Mac, peniaga perabot yang menjalankan perniagaan di media social menjadi syarikat diserbu sekumpulan pegawai dari kementerian.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, siasatan awal pihaknya mendapati syarikat itu beroperasi menerusi laman Facebook (FB) sejak Ogos tahun lalu.
“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor.
Beliau berkata tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Katanya, sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian. (sumber Harian Metro).
Dalam pada itu, REMAJA kongsikan tulisan seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinnai & Co yang mungkin dihadamkan oleh peniaga online dan orang ramai yang berhak tahu harga, bukannya masih guna istilam pm tepi.
Peniaga online yang menggunakan strategi perkataan “PM tepi” di sosial media boleh dipenjarakan atau denda!
Syarikat perabot ini menggunakan konsep PM atau mesej peribadi ketika berurusan dan beroperasi menerusi laman Facebook sejak Ogos tahun lalu.
Saya kongsikan maklumat ini supaya rakan-rakan peniaga akan lebih peka dan mencari alternatif yang lebih baik berbanding membalas komen pelanggan yang berminat dengan “PM tepi”.
Berdasarkan kenyataan KPDNHEP, kenapa ‘PM tepi’ ini salah? Saya rumuskan seperti berikut:-
Jadi konsep PM tepi ini menjadi kesalahan kerana dianggap tidak telus dan boleh berlaku manipulasi harga. Oleh yang demikian adalah kesalahan. Dalam kes ini, serbuan berlaku kerana terdapat aduan.
Sepanjang kita berniaga, ada juga kemungkinan perihal kita ini diadukan. Jadi kita kena lebih peka dengan setiap peraturan atau undang-undang yang ada supaya tidak mengalami hukuman denda atau penjara.
Peniaga online perlu mematuhi Jadual 1, Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 iaitu mendedahkan maklumat seperti berikut bagi mengelakkan hukuman denda atau penjara:-
Mungkin rakan-rakan peniaga boleh guna strategi yang baru dengan mengambil kira point di atas.
Share jika manfaat. Kongsikan ilmu walaupun sebaris ayat. Dikongsikan oleh Nor Zabetha.
So korang, kalau nak buat aduan, sila hubungi nombor ini seperti tertera.