Rasanya di usia 10 hingga 12 tahun kita sibuk lagi bermain permainan kampung atau bermain gadjet. Tapi lain pula dengan hobi dua beradik dari Tumpat, Kelantan ini.

Mungkin kerana  terlalu taksub dengan abang-abang bomba memadam kebakaran menyebabkan dua kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan 12 tahun sanggup membakar 23 buah rumah jiran dan termasuk rumah mereka sendiri.

Suka Tengok Bomba Padam Kebakaran Punca 2 Kanak-Kanak Sengaja Bakar 23 Buah Rumah

Menurut Sinar Harian, dua beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun telah ditahan semalam kerana disyaki melakukan siri kebakaran di Kampung Padang Pohon Tanjung, Tumpat sejak Jun lalu…

Sengaja Bakar Rumah Sebab Seronok Tengok Bomba Padam Kebakaran

Suka Tengok Bomba Padam Kebakaran Punca 2 Kanak-Kanak Sengaja Bakar 23 Buah Rumah

Ads

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.

Penahanan ini juga dilakukan selepas mendapat laporan dari orang ramai dan kes kebakaran sebuah rumah dihadapan rumah mereka.

Suka Tengok Bomba Padam Kebakaran Punca 2 Kanak-Kanak Sengaja Bakar 23 Buah Rumah

Ads

“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan.Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” katanya

Tambahannya lagi kanak-kanak terbabit yang dikatakan sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat anggota bomba yang datang memadam kebakaran rumah di kampung itu.

23 Rumah Dan Kedai Dibakar Sejak Jun…

Ads

Berikut merupakan siri kebakaran yang dilakukan oleh dua adik beradik ini.

Obses sangat ni sampai rumah sendiri pun dibakarnya.

Rata-rata netizen terkejut dengan hobi kanak-kanak  ini.

Suka Tengok Bomba Padam Kebakaran Punca 2 Kanak-Kanak Sengaja Bakar 23 Buah Rumah

Suka Tengok Bomba Padam Kebakaran Punca 2 Kanak-Kanak Sengaja Bakar 23 Buah Rumah
Rasanya kanak-kanak ini ada motifnya sendiri kenapa mereka berkelakuan sedemikian. Harapnya ada pihak pakar yang dapat membantu. Sian pula kecil-kecil dah disabit bersalah kan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI