Sukakan Tote Bag Kanvas? Ini Cara-Cara Untuk Pastikan Ia Tahan Lama

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Simple, nampak cute dan ada lah sikit-sikit aura hipster tu..

 

Tote bag yang diperbuat daripada kanvas sudah menjadi antara aksesori wajib ada bagi korang membawa bawang keperluan ke sana-sini. Bukan saja harganya jauh lebih murah, design yang ada dijual di luar sana pun memang menarik.

Kadangkala, dapat free pun iya juga terutamanya bila menghadiri apa-apa acara besar.

 

 

Cuma satu je masalah dengan tote bag ini, susah sangat untuknya bertahan lama. Dah cuci, basuh dan jaga dengan betul pun, ia tetap tak tahan lama. Paling common

pun setakat 2-3 bulan je.

Why not korang cuba 6 tip mudah ini untuk menjaga tote bag kegemaran masing-masing.

 

* * * * *

01

Usah simpan di kawasan bersuhu lembab jika tak mahu tote bag korang menjadi tempat pembiakan kulat! Paling selamat, simpan saja di dalam almari.

 

02

Jika kamu aktif menggunakannya, pastikan tote bag tak terdedah secara berterusan di bawah cahaya terik matahari. Ini akan membuatkan warna rekaannya pudar.

 

Cantikkan! Topshop

 

03

Jangan sesekali mencuci tote bag menggunakan mesin basuh. Dilarang juga untuk merendam tote bag di dalam baldi berisi air untuk jangka masa lama. Sebaiknya, korang jiruskan saja air sejuk dan bersihkan beg secara perlahan menggunakan tangan.

 

04

Jangan tinggalkan sisa sabun di atas tote bag kerana ia membuatkan kain berbekas dengan tompokan putih. Bilas dengan air sehingga bersih.

 

Collectible juga! Starbucks

 

05

Isikan bahagian dalam beg dengan kertas tisu putih agar bentuk beg kekal seperti sedia ada. Elakkan kertas surat khabar dan majalah kerana ia boleh menyebabkan kesan warna pada kertas melekat pada beg, terutamanya beg berwarna putih.

 

06

Untuk langkah ekstra, mungkin kamu boleh balut tote bag dengan sarung bantal atau laundry bag. Kami tak menasihatkan kamu untuk membalutnya dengan beg plastik kerana takut ‘ancaman’ kulat dan mildew (fungus). Taklah takut jika ia tidak digunakan untuk jangka masa lama.

 

Published by
FZ