Kereta

Sukan Permotoran Unik Di Dunia, 5 Jenis Ini Jarang Ditemui Tapi Wujud!

Share

Isi Kandungan

Toggle

Arus pemodenan dunia masa kini turut mengubah corak dunia permotoran.

Dalam kategori motosikal, sukan permotoran MotoGP merupakan tarikan utama dan menjadi sukan permotoran utama di dunia namun pernahkah anda terfikir suatu hari nanti MotoGP akan menggunakan motosikal EV untuk pertandingan? Sesuatu yang aneh tetapi pasti akan terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN : Sapu Bersih Kejuaraan MiniGP, Qabil Irfan Pelumba Cilik Raih Gelaran Juara Dunia Di Usia 11 Tahun

Tahukah anda, terdapat juga sukan permotoran lain yang unik di dunia dan hari ini penulis ingin berkongsi 5 jenis sukan permotoran yang jarang ditemui di dunia.

 

01

Stadium Super Trucks

Bagaimana jika anda meletakkan kereta rally raid seperti yang digunakan di Dakar, dan memandunya dengan laju di dalam trek stadium dengan lompatan tanjakan setinggi 3 kaki? Sukan ini merupakan cetusan idea bekas pemandu NASCAR dan Indycar, Robby Gordon, yang memutuskan pada 2013 bahawa Amerika dan Australia akan menjadi pangkalan untuk sukan ini.

Siri ini menggunakan trak yang sama – hanya 1300kg, dengan enjin LS V8 yang hebat menghasilkan lebih daripada 600 kuasa kuda dan mempunya transmisi tiga kelajuan automatik. Semua kereta perlu dipandu dengan laju melepasi setiap tanjakan dan sukan ini berlangsung di dalam trek stadium. Secara kesimpulan kereta ini akan terus melompat sehingga tamat perlumbaan.

02

Piaggio Ape Racing

Salah satu strategi pemasaran paling berkesan yang pernah dibuat, Piaggio pada 2012 memutuskan untuk mempromosikan pikap tiga roda Ape Cross Country baharunya dengan memulakan siri perlumbaan baharu dengan menggunakan  kenderaan tiga roda kecil itu.

Perlumbaan Piaggio Ape telah menarik perhatian dunia dengan ciri-ciri hebat seperti grid permulaan jenis Le Mans. Mereka berlumba di trek kart dan kadangkala diubah suai, termasuk raksasa bertemakan Lightning McQueen Loris Rosati yang terkenal dengan enjin sportbike 100 kuasa kuda.

03

ESkootr Championship

Siri perlumbaan pelik ini menunjukkan cara sukan permotoran melebarkan sayapnya. eSkootr Championship (eSC) ialah siri perlumbaan skuter elektrik yang melancarkan musim sulungnya pada 2022.

Dibangunkan khas untuk siri ini dengan bantuan kejuruteraan sukan permotoran Itali dan syarikat komposit ringan Ycom, S1-X eSkootr adalah model yang digunakan dan dapat mencapai kelajuan lebih daripada 100 km/j dengan kecondongan lebih besar daripada 50 darjah. Ia akan merangkumi motor berkembar 6 kW dan bateri yang dibangunkan oleh Williams Advanced Engineering dengan kapasiti 1.33kWj.

 

04

Lawn Mower Racing

Ini mungkin kategori perlumbaan paling unik dalam senarai. Mesin pemotong rumput ada di mana-mana, ia mudah digunakan dan yang paling penting, jika ada dua unit model ini, anda boleh berlumba.

Sudah tentu, perlumbaan pemotong rumput profesional menggunakan kit yang sudah diubah suai. Honda kini memegang rekod dunia untuk mesin pemotong rumput terpantas pernah dibina, dinamakan “Mean mower V2”. Model ini boleh mencapai lebih daripada 240kmph, dikuasakan oleh enjin empat silinder 999cc daripada motosikal CBR1000RR Fireblade SP dan menghasilkan 200bhp.

05

Tata Prima T1 Truck Racing

India mempunyai siri perlumbaan trak sendiri dan ia sangat berprestij. Siri Tata Prima T1 Truck Racing adalah pendedahan kepada rata-rata peminat sukan permotoran India, dengan trak berdasarkan peraturan British Truck Racing.

Spesifikasi, casis dan badan trak Tata Prima dikuasakan oleh enjin 1040 kuasa kuda pada musim terakhirnya. Beberapa legenda perlumbaan trak British yang paling hebat juga merupakan sebahagian daripada siri ini. Malangnya siri itu ditutup pada 2017 selepas eksekutif Tata berkata ia telah mencapai matlamat utamanya untuk “memberi maruah kepada pemandu trak India”.

Secara kesimpulan, kejuaraan automotif yang unik ini diadakan sebenarnya sebagai salah satu kaedah pemasaran produk tersebut dengan cara menonjolkan segala kelebihan yang ada untuk mewujudkan keyakinan kepada pembeli untuk membeli produk yang dihasilkan.

Artikel ini diambil dan diolah dari Roda Panas.

 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana