Realitinya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada dalam tahap kritikal dan sesiapa saja boleh dijangkiti biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah kita patuhi.
Terbaru, pelakon Bidadari Salju, Sweet Qismina mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 semasa berada di Kuala Kangsar, Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April yang lalu.
Hanya sehari setelah memasuki set, Sweet mendapati dirinya kurang sihat dan berehat dengan mengambil ubatan selama tiga hari. Begitupun, dia terus mengambil langkah proaktif untuk menjalani ujian SWAB di Hospital Columbia, Taiping setelah keadaannya tidak pulih dan masih sukar bernafas.
Menerusi hantaran kenyataan rasmi daripada pihak Warner Music Malaysia yang mewakili Sweet, dia disahkan positif dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin menjalani saringan PCR. Hasil ujian tersebut turut positif.
Justeru, Sweet dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh dalam keadaan sedikit lemah dan hilang deria rasa. Bagaimanapun, keadaan pelakon itu kini stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Sweet bertambah pulih ya.
Sebelum ini, beberapa personaliti popular tempatan juga pernah disahkan positif Covid-19 semasa berada di tempat kerja. Ini termasuklah Alif Satar, Roy, Aepul Drama Band dan Syafiq Farhain.
Minggu Pelajar IPT Resah: Menteri Minta Maaf, Kampus Masih Terima Pandaftaran
“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti.”
Itu merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad setelah teruk diasak oleh para pelajar di media sosial berikutan keputusan Kementarian Pengajian Tinggi (KPT), kelmarin untuk menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Keputusan yang dikeluarkan pada saat-saat akhir itu adalah berikutan kenaikan kes positif Covid-19 di luar jangkaan di seluruh negara pada minggu ini.
Ia jelas telah meresahkan bukan saja pelajar baharu malahan penjaga pelajar yang telah melakukan persediaan rapi menghantar anak mereka ke kampus untuk sesi pendaftaran bermula hari ini.
Justeru pagi tadi, Dr Noraini telah tampil di akaun Facebook beliau dengan permohonan maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan keputusan yang dibuat oleh KPT.
“KPT telah berbincang dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.
“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleH terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti. Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman dan kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.
“Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” catat beliau. Posting tersebut telah menarik perhatian netizen terutamanya pelajar serta penjaga. Setelah 4 jam dimuat naik, ia telahpun menerima lebih daripada 1,400 komen balas.
Kampus IPT Masih Terima Pendaftaran
Sementara itu, suasana lengang pada hari pendaftaran telah dilaporkan di kampus universiti seluruh negara, hari ini.
Ia susulan arahan daripada KPT kepada pihak IPT untuk menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama bagi sesi Oktober 2020/2021.
Antara IPT yang telah memaklumkan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian menerusi kaedah terbuka, jarak jauh dan dalam talian ialah Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia.
IPT lain turut dipercayai mengambil langkah yang sama, serta-merta.
Bagaimanapun, bagi pelajar yang telahpun tiba lebih awal sebelum notis dikeluarkan semalam, pihak universiti tetap memberi pilihan sama ada untuk terus berada di kampus atau pulang ke rumah.
*
Bercakap kepada rakan media di Awani, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya iaitu Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman memahami situasi pelajar yang telah tiba dari jauh ataupun sedang dalam perjalanan dari negeri lain.
“Hari ini, kami tetap teruskan acara sambutan pelajar baharu.
“Yang masih berada di rumah, tak mengapa. Boleh teruskan pendaftaran dan mengikuti semua aktiviti dan pembelajaran secara dalam talian.
“Yang sudah dalam perjalanan, boleh teruskan perjalanan dan kami sentiasa bersedia menerima kehadiran mereka,” kata beliau.
Sementara itu, Universiti Sains Malaysia pula mengambil inisiatif untuk meneruskan proses pendaftaran pelajar dengan mekanisma pandu lalu ataupun drive-through.
Proses yang mengambil masa hanya 3 minit itu adalah bagi pelajar yang telahpun tiba di kampus.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM iaitu Aldrin Abdullah berkata pelajar diberi pilihan untuk mendaftar dan pulang ke rumah, mendaftar-meletakkan barangan peribadi di hostel dan pulang ke rumah ataupun mendaftar dan terus menetap di hostel yang ditetapkan.
*
Adakah korang di antara pelajar yang masih meneruskan niat untuk mendaftar masuk ke kampus? Ataupun korang mengambil keputusan untuk mendaftar secara online sahaja?
Depresi Teruk & Kesihatan Mental, Kang Daniel Umum Berehat Dari Industri K-pop
Masalah seperti depresi, stres, perubahan emosi dan rasa gelisah menjadi antara masalah kesihatan utama di dunia.
Terbaru, bekas anggota kumpulan idol Wanna One Kang Daniel, mengejutkan peminatnya dan idustri K-pop dengan mengumumkan bahawa dirinya akan berehat buat sementara (hiatus) dari sebarang aktiviti hiburan.
Kabar angin mulai tersebar apabila Kang Daniel membatalkan rakamannya dengan sebuah rancangan musik, disebabkan oleh kesihatan mentalnya semakin merosot. Malah, perkara ini telah disahkan sendiri oleh agensi naungannya iaitu KONNECT Entertaiment.
Alami depresi sejak awal tahun lalu…
Bertambah mengejutkan, Kang Daniel sebenarnya telah disahkan menghidapi tekanan yang amat teruk sejak awal tahun 2019 lalu. Antara punca penyebabnya adalah kes mahkamah dan saman-menyaman terhadap bekas majikannya iaitu LM Entertaiment.
Segala aktiviti dan kerjasama yang melibatkan Kang Daniel, terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Agensinya juga memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan berharap agar para peminat akan sentiasa menyokong kerjaya Kang Daniel.
Beberapa bulan lalu, Kang Daniel juga telah mengejutkan industri K-pop dengan mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hangat bercinta, dengan salah seorang ahli kumpulan Twice iaitu Jihyo.
Jangan buat main ye dengan penyakit depresi ni. Ia merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Penulis harap dengan keputusan Kang Daniel ini dapat la dia berehat dan cepat sembuh kan.
Sumber: Allkpop.
Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia.
Pertandingan Ratu Cantik bukanlah semata-mata mempertaruhkan kecantikan seperti suatu ketika dahulu. Kini pertandingan ini dilihat sebagai satu pentas yang positif kepada peserta dalam memberi nilai kebaikan kepada masyarakat sekaligus memperkenalkan budaya serta maklumat mengenai negara yang diwakili.
Sebagai contoh dalam pertandingan Miss Universe, segmen kostum nasional merupakan satu acara yang menarik perhatian kerana ia secara tidak langsung membuatkan masyarakat dunia tertanya-tanya tentang simbolik di sebalik busana tersebut.
Malaysia sebagai negara yang tidak putus menghantar peserta ke pertandingan ini turut menampilkan kostum yang terbaik. Siapa boleh lupa kostum Nasi Lemak dan juga kostum Kuih Nyonya! Jom kita tengok lima kostum nasional Miss Universe Malaysia yang menarik.
NADINE ANN THOMAS. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2010
Kostum Nadine mungkin biasa bagi sesetengah orang, namun bagi penulis ia dihasilkan dengan cukup berseni sesuai dengan inspirasi pemerintah kerajaan Kelantan dahulu kala, Cik Siti Wan Kembang. Busana rekaan Amir Luqman ini tampak sajak digayakan oleh Nadine.
DEBORAH HENRY. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2011
Sekali lagi Amir Luqman meminjamkan kreativitinya kepada Miss Universe Malaysia. Busana yang kelihatan ringkas ini penuh dengan sulaman motif flora siap dengan cucuk sanggul silang. Mungkin bila dilihat seperti biasa-biasa sahaja namun apabila Deborah mendepakan tangan, baru kelihatan bentuk Wau yang diketengahkan. Kostum ini memasuki jajaran antara kostum terbaik di pentas Miss Universe.
KIRAN JASSAL. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2016
We love this costume! Inspirasi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) ini menerima tepukan di pentas Miss Universe dan bukan itu sahaja, kostum rekaan Rizman Ruzaini ini menerima reaksi yang positif. Biarpun Nampak ringkas namun perincian yag begitu teliti dan juga tambahan bangunan mini KLCC di bahu cukup ikonik!
SAMANTHA KATIE JAMES. MISS MALAYSIA UNIVERSE 2017
Hi cik Nasi Lemak! Kostum nasional yang diinspirasikan dari makanan kegemaran rakyat Malaysia ini mencipta gelombang tular apabila ia menjadi perhatian laman berita luar negara. Pelbagai rekasi diterima ada yang positif dan ada yang negatif. Namun bagi penulis, gaun ini cukup berani dan memberikan kelainan. Mungkin Nampak janggal namun it works! People talk about it dan ia menjadi satu kostum nasional yang memorable in Malaysia’s pageant history.
SHWETA SEKHON. MISS MALAYSIA UNIVERSE 2019
Shweta Sekhon membawakan hasil kreativiti Carven Ong ke pentas dunia. Kostum yang bertemakan Kuih Nyonya tradisi ini menyerlahkan warna-warni batik yang ceria dan hamparan kuih-muih di meja rumah Baba dan Nyonya. Paling menjadi perhatian mata dunia apabila Shweta muncul di pentas akhir Miss Universe untuk menerangkan tentang kostum ini. Walaupun momen itu ada kontroversinya tersendiri apabila Harvey tersilap menyatakan yang Malaysia memenangi best national costume, namun hey look at the bright side, people talk about the costume and they love it.
Jadi agaknya kostum apakah yang akan digayakan oleh Francisca Luhong ke pertandingan Miss Universe 2020 nanti?