Sukar Dapat Pekerjaan, Mark Zuckerberg Nasihat Agar Jadi Kreatif

Share

Dalam situasi pandemik seperti hari ini, tidak dinafikan peluang pekerjaan adalah terhad, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Mana kan tidak, individu berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN : 38 Program Pengajian Universiti Awam Digugurkan, Netizen Beri Pendapat

Gambar hiasan

Malah, dunia hari ini semakin mencabar dengan teknologi yang rata-ratanya boleh dilakukan secara digital sehingga memberi kesan kepada pekerjaan yang lazimnya dilakukan oleh manusia. Boleh dikatakan kebanyakan tugas harian kini lebih mudah diuruskan secara digital yang tidak lagi memerlukan tenaga manusia.

Tapi korang pernah terfikir tak tentang apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan di masa hadapan yang kian mencabar?

Tetapi menurut pandangan CEO Meta Mark Zuckerberg, di masa hadapan kerja dengan lebih kreativiti akan menjadi semakin penting.

Dalam podsiar Lex Frieman Podcast terkini, Zuckerberg berkata dengan penggunaan kecerdasan buatan di masa hadapan pekerja akan dibebaskan dari melakukan kerja-kerja remeh. Oleh itu majikan memerlukan pekerja yang kreatif untuk melakukan tugas berat secara intelektual bagi membangunkan teknologi baharu seperti metamesta.

Sama ada bersetuju ataupun tidak, yang pasti pekerjaan tradisional akan diambil alih oleh automasi dan kecerdasan buatan. Sekiranya pekerja masa hadapan tidak kreatif mereka sukar membezakan diri mereka dari kecerdasan buatan yang tidak mempunyai kemampuan berfikir seperti manusia.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah menurut ramalan dari Mark Zuckerberg, tapi mungkin kita boleh praktikkan dari sekarang.

Sumber – CNBC

Published by
Nana