Dalam situasi pandemik seperti hari ini, tidak dinafikan peluang pekerjaan adalah terhad, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Mana kan tidak, individu berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Situasi ini turut dirasai oleh seorang pemuda berusia 24 tahun yang terpaksa tampil dengan idea ‘gila’ dengan memasang placards untuk mengiklankan dirinya bagi mendapatkan pekerjaan.
Lelaki yang dikenali sebagai Haider Malik itu merupakan graduan Ijazah kelas pertama dalam bidang perbankan dan kewangan dari Universiti Middlesex.
Sebelum ini, dia sudah menghadiri banyak temuduga menerusi aplikasi Zoom, namun dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat mempamerkan personalitinya secara menyeluruh.
Disebabkan masalah kesempitan wang, Haider kemudiannya ke Canary Wharf, sebuah lokasi tumpuan sektor kewangan dan membeli sekeping papan putih dari kedai alat tulis berhampiran dan menampal kod QR.
Ads
Melalui kod QR itu, orang ramai atau majikan boleh mengakses profil peribadi dan latar belakang pendidikannya di LinkedIn.
Haider sampai ke stesen itu sebelum pukul 7 pagi lagi dan pada pukul 9.30 pagi, dia telah menerima mesej yang memintanya datang ke temu duga untuk memegang jawatan sebagai Treasury Analyst di Canary Wharf Group.
Selepas sesi temu duga itu, Haider mendapati profil LinkedIn miliknya menjadi perhatian dan selama tiga hari berturut-turut telefon bimbit lelaki itu tidak berhenti berdering menerima tawaran.
Ads
Beberapa hari kemudian, Haider menerima panggilan untuk sesi kedua temu duga bersama Canary Wharf Group dan pada petang itu juga dia telah mendapat khabar baik apabila diterima bekerja di syarikat itu.
Dalam keadaan seperti sekarang sudah tentu ramai yang terdesak melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan usaha yang dilakukan ini, Haider telah berjaya mendapat perhatian banyak syarikat untuk menawarkan pekerjaan kepadanya.
Ads
Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudahkah korang mendaftar untuk permohonan mendapatkan suntikan vaksin? Nah, bagi golongan belia dan dewasa sudah tentu ia tidak mendatangkan kesukaran kerana korang hanya perlu mendaftar dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera.
Namun begitu, sekiranya korang mempunyai tanggungan seperti ibu bapa yang sudah berumur, jika mereka tidak mempunyai aplikasi tersebut, mereka boleh didaftarkan melalui laman web khas di www.vaksincovid.gov.my
PM Malaysia terima suntikan vaksin (Foto: Sinar Harian)
Maklum sahaja bila sudah berumur, bukan semuanya peka dan tahu menggunakan gajet, jadi tidak hairanlah sekiranya ada dikalangan ibu ayah atau datuk dan nenek yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.
Selain itu, ada tiga kaedah manual lagi yang boleh digunakan untuk mendaftar permohonan vaksin, iaitu dengan menghubungi talian hotline (dimaklumkan kelak), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman (Sinar Harian).
Tapi, kali ini kami nak tunjukkan kepada korang tutorial untuk mendaftar melalui laman web khas itu. Senang sahaja.
Masuk ke laman web www.vaksincovid.gov.my, kemudian isikan maklumat peribadi seperti berikut.
Selepas itu, klik hantar.
Mudah sahaja kan?
Jika masih ada ibu ayah atau datuk dan nenek yang belum mendaftar, daftarkan segera kerana fasa kedua program vaksinasi COVID-19 akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi seperti obesiti, diabetes dan pesakit darah tinggi.
Daftarkan ibu bapa korang segera supaya mereka mendapat keutamaan untuk mendapat perlindungan daripada jangkitan.
Mulai tahun hadapan, pelajar tingkatan empat mungkin tidak lagi dibahagikan mengikut aliran sains atau sastera, dan yang paling best khabarnya mereka boleh memilih subjek mengikut minat masing-masing.
Pertengahan Oktober lalu, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memberikan pendapat bahawa sistem pengasingan aliran yang dilakukan pada pelajar tingkatan empat di Malaysia menyebabkan banyaknya bakat pelajar dibazirkan begitu sahaja.
Terbaru, selepas perhimpunan Dewan Rakyat semalam di ruangan lobi Parlimen, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memberitahu media bahawa kerajaan akan menghapuskan sistem aliran sains dan kesusasteraan dan menggantikannya dengan subjek yang lebih relevan termasuklah subjek elektif.
Aliran sains dan kesusasteraan ini akan digantikan dengan STREAM iaitu pengajaran subjek sains, teknologi, membaca, seni dan muzik berkuatkuasa tahun 2020 dan pemberitahuan melalui surat kepada semua sekolah menengah di seluruh Malaysia sudah pun diedarkan
Sistem STREAM ini akan membahagikan pelajar mengikut laluan pengajian berdasarkan kemampuan intelek dan minat bukannya mengikut keputusan peperiksaan PT3. Sekiranya sistem ini berjaya, maka pastinya kualiti dan mutu pendidikan negara kita semakin meningkat.
Moga penambaikan ini dapat meningkatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia ini. Untungkan pelajar-pelajar sekarang?
Harap korang gunakan peluang yang diberi ini dengan sebaik mungkin.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pembukaan taman tema Genting Skyworlds secara rasmi yang dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
Kadar tiket harian dijangka akan dijual sekitar RM200. Selain itu, taman tema ini juga khabarnya mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari. Namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari buat masa ini.
“Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti kurang daripada jumlah maksimum, kami percaya taman hiburan ini akan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal,” jelas seorang firma penganalisis.
Bagaimanapun, Genting masih akan meneruskan pembukaannya kerana objektif utama taman tema ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland. Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun seramai 6,600 orang sehari atau 2.4 juta orang pengunjung setahun pada 2014.
“Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari,” katanya.
Hm, apa pendapat korang dengan jangkaan harga tiket masuk ke Genting Skyworlds ini? Okay lah kan. Kalau kita ke taman tema luar negara pun harganya lebih kurang saja ataupun lebih mahal daripada RM200.
Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya korang nak berlibur. Sama-sama kita nantikan tarikh pembukaan taman tema ini secara rasmi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...