Sultan Berjiwa Rakyat, Sekali Lagi Yang di-Pertuan Agong Turun Dari Kenderaan Untuk Bantu Mangsa Kemalangan

Share

Kalau sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan seorang mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), kini sekali lagi Sultan berjiwa rakyat ini melakukan perkara yang sama terhadap mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku di Cyberjaya sebentar tadi.

Menurut laporan daripada instagram istana_negara, Baginda menuruni kenderaan rasmi sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.

Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua, berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya.

Keprihatan Baginda mendapat perhatian rakyat jelata dengan memuji sikap jiwa rakyat dan rendah diri yang ada pada diri Baginda Sultan.

Malah, ada juga yang berpendapat bila dah ditimpa musibah, tapi dibantu dan Agong kita sendiri yang bertanyakan khabar, mangsa masih boleh tersenyum dan berasa lebih tenang.

Baginda juga turut menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.

Kami mendoakan agar mangsa-mangsa kemalangan jalan raya tersebut dipermudahkan segala urusan mereka dan buat korang juga, hati-hati di jalan raya.

Sumber: Instagram Istana Negara

Published by
Noor Ain Norman