Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyifatkan mantan Perdana Menteri kelima Malaysia, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang negarawan yang berdedikasi, tenang dan diingati sebagai seorang pemimpin yang amat mementingkan kesejahteraan rakyat.

DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi berkenan menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah pada usia 85 tahun.

Sultan Selangor Sifatkan Allahyarham Tun Abdullah Negarawan Yang Tenang, Pentingkan Rakyat

Duli-Duli Tuanku turut berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham Tun Abdullah terutamanya kepada balu beliau, Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah.

Ads

Sebagai info, Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah mengurniakan Allahyarham Tun Abdullah dengan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada tahun 1992 dan Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) pada tahun 2000.

Pada tahun 2001, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu bergelar Timbalan Perdana Menteri pernah mengabadikan foto kenangan ketika menghadap DYMM Sultan Sharaffudin Idris Shah yang ketika itu merupakan Pemangku Raja Selangor di Istana Mestika.

Ads

Pada tahun 2003 pula bertempat di Istana Alam Shah, Allahyarham Tun Abdullah Ahmaf Badawi pernah merakamkan foto kenangan semasa Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor.

Sultan Selangor Sifatkan Allahyarham Tun Abdullah Negarawan Yang Tenang, Pentingkan Rakyat

Ads

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Hari ini, kerajaan memberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara atas jasa beliau sepanjang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI