
Baru-baru ini, selepas melakukan aksi cemerlang pada malam Rabu semalam, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluahkan bahawa peluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.
Arif Aiman atau nama sebenar Arif Aiman bin Mohd Hanapi berkata, beliau komited untuk bekerja keras bagi membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan akan datang.
Artikel Berkaitan: Bakal Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Di AFC Asia Cup, 6 Fakta Arif Aiman!

“Perlawanan malam ini agak sukar buat kami, tidak kira apa terjadi kami memberikan aksi terbaik kami bersama perjuangan, karakter ketika beraksi di atas padang. Kami meletakkan sasaran untuk menang malam ini tetapi hanya dapat satu mata”
“ACLE merupakan kejohanan yang tinggi, ini adalah impian saya untuk bermain di AFC Champions League Elite. Saya banyak berkorban untuk sampai ke sini dan mahu terus bermain di peringkat tinggi. Saya akan bekerja keras untuk berikan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Artikel Berkaitan: Pemain Tempatan Termahal, Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM2.82 Juta

Pemain yang kini berusia 22 tahun itu menyumbangkan dua gol buat Harimau Selatan bagi mengikat Shanghai Port 2-2 di Stadium Bola Sepak Pudong pada Rabu, sekaligus membawa pulang satu mata.
Dalam pada itu, JDT akan meneruskan kempen ACLE berdepan satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua, bagi aksi kedua di Iskandar Puteri pada 1 Oktober akan datang.
Artikel Berkaitan: “Kau Muda Dan Perjalanan Masih Jauh…”, TMJ Titip Nasihat Buat Arif Aiman
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kerajaan Ambil Duit Kita Melalui Potongan 0.2% EIS” Apa EIS Ini? Perkeso Jawap Tohmahan Yang Mula Berleluasa…

Perasan tak di slip gaji korang bulan ini tertulis potongan EIS (Employment Insurance System). Jumlahnya mungkin tidak banyak, cuma RM1.90 bagi yang bergaji RM1000 sebulan dan maksimum RM 7.90 bagi bergaji RM4000 ke atas.
Apa EIS ini? Mungkin ramai dengar tapi tak berapa nak faham atau ambil tahu.
Untuk pemahaman, EIS ialah SISTEM INSURAN PEKERJAAN. Ia adalah faedah insuran terbaru yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesalamatan Sosial atau Sosco untuk kakitangan swasta dan manfaat ini bakal diterima oleh 6.4 juta pekerja swasta di seluruh negara.
Sedikit berbeza faedah yang diterima oleh pencarum Sosco yang biasanya akan menerima faedah atas bencana pekerjaan, EIS pula adalah satu skim insuran berkelompok yang diwajibkan kepada pekerja dan majikan. Menariknya, berapa jumlah yang pekerja bayar, pihak majikan juga perlu membayar jumlah yang sama.
Dalam erti kata paling mudah, kalau kita diberhentikan kerja, dibuang kerja, masih sihat tubuh badan untuk kembali bekerja, Perkeso akan mula membayar wang secara bulanan seawal tujuh hari dari tarikh kita disahkan diberhentikan kerja.
Maksudnya, kita masih akan menerima sebagian gaji dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas diberhentikan. Kata orang bolehlah bernafas untuk seketika. Lebih best, pihak Perkeso akan membantu mencari pekerjaan baru dan jika perlu memberi kursus yang bersesuaian melalui pihak yang dilantik dan dibayar elaun lagi. Menarikkan.
Dalam pada pihak kerajaan merangka satu makenisme terbaik untuk pekerja swasta, wujud tohmahan kononnya dana potongan insuran EIS ini bakal digunakan untuk projek kerajaan?

Isu ini bagaimana pun ditepis oleh Dato’ Mohd Sahar bin Darusman yang juga Ketua Sistem Insurans Perlindungan (Employment Insurance System (EIS).

Jelasnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk bantuan kewangan segera dan perkhidmatan pekerjaan termasuk carian pekerjaan, penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan latihan.
SIP berkonsepkan “Solidarity fund, Pooling of Resouces and Sharing of risk” di mana semua pekerja mencarum di dalam satu dana yang sama dan digunakan untuk membantu mereka yang terjejas kesan daripada kehilangan pekerjaan. Berdasarkan konsep ini, setiap tuntutan faedah SIP memerlukan sekurang-kurangnya 38 hingga 146 caruman daripada pencarum lain untuk membiayai tuntutan tersebut.
“Sekiranya tiada tuntutan dan pekerja meminra caruman mereka dipulangkan, konsep solidarity fund tidak lagi boleh diguna pakai dan sebaliknya akan menjadi savings model seperti KWSP. Ini bermakna, pencarum yang kehilangan pekerjaan hanya layak dibayar faedah mengikut carumannya sendiri iaitu serendah RM1.90 x 12 atau x 24 atau RM7.90 x 12 atau x 24 iaitu antara RM22.80 hingga RM189.60. Berbanding faedah di bawah SIP antara RM2,600 hingga RM14,600.
“Konsep SIP mementingkan kebajikan pencarum dan tidak mempunyai elemen keuntungan kepada organisasi. Insurans sosial mempunyai nilai tambah bagi memberi faedah secara maksimum kepada pencarum. Berbeza dengan insurans komersial yang berkonsepkan orientasi perniagaan dengan keutamaan kepada keuntungan maksimum kepada pihak konsesi,”katanya memaklumkan, sebelum sistem ini dilaksanakan, terlalu banyak kajian dilakukan demi kebaikan semua pihak.
“Sepanjang tempoh kajian SIP sejak 2009 hingga 2017, lebih daripada 80 kali sesi libat urus telah diadakan bersama pihak stakeholders (majikan, pekerja dan Kerajaan) termasuk sesi khas dengan YB Menteri Kewangan II dan 3 Menteri yang lain pada 10 Ogos 2017.
“Pihak stakeholders sebulat suara bersetuju untuk dibentang di Parlimen dan melaksanakan SIP pada tahun 2018.
PERKESO telah diberi kepercayaan oleh pihak stakeholders untuk mentadbir urus dana SIP. Pengurusan dana tersebut sentiasa di dalam pemantauan Audit Negara dan Kementerian Kewangan. Laporan tahunan SIP dan kewangan juga akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen,” katanya yang memaklumkan, seandainya seorang individu itu tidak pernah dibuang kerja sehingga usianya mencecah 60 tahun, maka tiada tuntutan semula boleh dilakukan.

Yang menarik lagi dalam tempoh 12 bulan sebelum pekerja layak menuntut faedah SIP, Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM136 juta bagi menbayar faedah interim kepada pekerja yang diberhentikan mulai januari 2018 hingga disember 2018:
Faedah interim ini akan dibayar selama 3 bulan sebanyak RM600 (atau RM1,800).
APA ITU SIP?
Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.
Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.
Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.
Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional
LIPUTAN
- TAKRIF LIPUTAN
- Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
- Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
- Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
- Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00
- KADAR CARUMAN
- Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
- Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
- KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN
- Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
- Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
- Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
- Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
- Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
- Persaraan orang berinsurans ; atau
- Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
- Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.
- Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
FAEDAH SIP
Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.
Elaun Latihan (EL)
Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan
Fi/Yuran Latihan (FL)
Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar
“Makan Strawberi Dengan Fries..” Cameron Highlands Akhirnya Miliki McDonald’s

Setelah sekian lamanya, pusat pelancongan tanah tinggi popular, Cameron Highlands akhirnya bakal menerima pembukaan cawangan McDonald’s pertamanya.
Untuk pengetahuan, selama ini, lokasi paling hampir dengan Cameron Highland’s yang memiliki McDonald’s adalah di Tanah Rata yang turut menempatkan beberapa lagi restoran makanan segera lain seperti Marrybrown. Manakala, cawangan KFC paling hampir pula adalah di Brincang.
Justeru, ramai yang menanti-nantikan cawangan ini. Dipercayai terletak di Pekan Brinchang, ia masih dalam fasa pembinaan sebelum dijangka bakal dibuka dalam masa beberapa bulan lagi.
Biarpun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai cawangan ini di media sosial McDonald’s Malaysia, nampaknya foto yang kini tular dari akaun Facebook Penang Kini menunjukkan betapa masyarakat di sana serta bakal pelancong tidak sabar lagi untuk mengunjungi.
Ada yang mencadangkan agar pelanggan kelak cuba mencicah kentang goreng bersama jem strawberi asli yang dibeli di kedai dekat Cameron Highlands.
Malah ada juga yang memberi cadangan agar menu istimewa seperti burger strawberi, bubur cendawan mahupun smoothie teh o diperkenalkan di sana agar lebih ramai yang tertarik untuk mendapatkan menu ‘rare’ tersebut.
Apa pendapat korang, teruja tak dengan perkembangan terbaru ini?
Ataupun korang merasakan tiada apa pun yang harus ditularkan memandangkan banyak lagi cawangan McDonald’s di pekan besar?
Apa jua pendapat korang, penulis berharap agar ada sesuatu yang istimewa menanti pelanggan di sini. Contohnya, ingat lagi tak bagaimana McDonald’s telah melakukan sesuatu yang istimewa untuk satu cawangannya di Negeri Sembilan tahun lalu?
ARTIKEL BERKAITAN: Truly Malaysian, McDonald’s Bina Restoran Berbumbung Ala Tradisional Negeri Sembilan – REMAJA
Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu Di Negara Jiran, Khairul Aming Sekali Lagi Raih Pujian

Mungkin ada segelintir masyarakat di negara ini malu berbahasa Malaysia ketika berkomunikasi terutamanya dalam golongan remaja. Tapi lain pula cerita dengan influncer dan usahawan berjaya, Khairul Aming yang bangga untuk cakap Melayu di atas pentas di luar negara.
ARTIKEL BERKAITAN : Banyak Kali Gagal Sebelum Berjaya Buka 2 Kilang, Khairul Aming ‘Throwback’ Realiti Jatuh Bangun
Sebagaimana kita tahu, telah berlangsungnya sebuah majlis TikTok For Your Stage yang diadakan di Indonesia, pada 29 Oktober lalu yang turut dihadiri beberapa influencer dari Malaysia termasuklah Khairul Aming.
Apa yang menarik perhatian netizen, Khairul Aming telah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya apabila memberi ucapan ketika siaran langsung majlis tersebut ternyata meraih pujian serta kebanggaan orang ramai terutamanya warga Malaysia.
Bukan itu sahaja, dia juga turut berkongsi inspirasi bagaimana berjaya menjadi seorang pencipta kandungan (content creator) dan usahawan yang berjaya.
Jelasnya, inspirasi tersebut adalah datang daripada pengikutnya sendiri di laman sosial yang telah membuatkan dia meraih apa yang dicapai pada ketika ini.
“Inspirasi saya semestinya daripada pengikut itu sendiri. Saya sudah buat video masak lima tahun, ada yang menggunakan video tersebut untuk keluarga, pelajar gunakan untuk masak di rumah sewa dan ada juga gunakan untuk perniagaan.
“Jadi, semua kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada saya dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya banyak nilai kita sebagai content creator boleh beri kepada masyarakat walaupun video sepajang satu minit. Salam sayang daripada Malaysia, terima kasih semua,” ujarnya.
Rata-rata netizen memuji pemuda kelahiran Kelantan ini kerana bertutur dan memberi ucapan dalam bahasa Melayu. Malah, Khairul Aming ternyata sangat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berjaya dalam kehidupan dan kerjaya.
Cayalah Khairul Aming, moga terus memberi inspirasi kepada anak muda untuk terus berjaya dalam hidup.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Ghairah Tukar Kereta Mewah, Khairul Aming Kongsi Kisah Perodua Bezza-nya – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.