Berita

2 Gol Buat Harimau Selatan, Arif Aiman Puas Dapat Beraksi Di AFC Champions League Elite (ACLE)! Mahu Beraksi Di Peringkat Lebih Tinggi!

Share

Baru-baru ini, selepas melakukan aksi cemerlang pada malam Rabu semalam, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluahkan bahawa peluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.

Arif Aiman atau nama sebenar Arif Aiman bin Mohd Hanapi berkata, beliau komited untuk bekerja keras bagi membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan akan datang.

Artikel Berkaitan: Bakal Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Di AFC Asia Cup, 6 Fakta Arif Aiman!

Kredit: One Football MY

“Perlawanan malam ini agak sukar buat kami, tidak kira apa terjadi kami memberikan aksi terbaik kami bersama perjuangan, karakter ketika beraksi di atas padang. Kami meletakkan sasaran untuk menang malam ini tetapi hanya dapat satu mata”

“ACLE merupakan kejohanan yang tinggi, ini adalah impian saya untuk bermain di AFC Champions League Elite. Saya banyak berkorban untuk sampai ke sini dan mahu terus bermain di peringkat tinggi. Saya akan bekerja keras untuk berikan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan: Pemain Tempatan Termahal, Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM2.82 Juta

Kredit: Makan Bola

Pemain yang kini berusia 22 tahun itu menyumbangkan dua gol buat Harimau Selatan bagi mengikat Shanghai Port 2-2 di Stadium Bola Sepak Pudong pada Rabu, sekaligus membawa pulang satu mata.

Dalam pada itu, JDT akan meneruskan kempen ACLE berdepan satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua, bagi aksi kedua di Iskandar Puteri pada 1 Oktober akan datang.

Artikel Berkaitan: “Kau Muda Dan Perjalanan Masih Jauh…”, TMJ Titip Nasihat Buat Arif Aiman

Sumber: Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE