Ratu Britain, Ratu Elizabeth II dipercayai memiliki sekurang-kurangnya 300 set barangan kemas yang dikumpul olehnya sepanjang hayat. Justeru, ramai tertanya-tanya sekiranya ada barangan kemas bernilai itu yang bakal dimakamkan bersama baginda dalam istiadat pada hari ini.
Tiga hari selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, keranda baginda telah dibawa menuju ke Westminster Abbey, London dari Scotland. Dalam perjalanan tersebut, ia berhenti di beberapa buah tempat sekitar United Kingdom sebagai tradisi rasmi upacara yang memakan tempoh 11 hari.
Semalam, istiadat pemakaman diraja telahpun dilaksanakan secara penut beradat sambil ditonton secara langsung oleh jutaan masyarakat dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Agong, Permaisuri Di Westminster Abbey Wakili Malaysia, Tapi Ada Negara Tidak Dijemput! – REMAJA
Dalam salah satu bahagian upacara, mahkota The Imperial State Crown, orb dan tongkat ‘sceptre’ baginda telahpun dialihkan daripada kerandanya yang dibaluti bendera Royal Standard sewaktu servis terakhir yang ditayangkan daripada St. George’s Chapel. Sesudah itu, keranda diturunkan ke bilik diraja bawah tanah bagi acara pemakaman tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekatnya sahaja.
Persoalannya, apabila kesemua item diraja tersebut dialihkan daripada keranda Ratu Elizabeth II, adakah baginda meninggalkan kesemua barangan kemas yang dimiliki ataupun ada di antaranya yang dimakamkan bersama baginda?
Menurut ahli germologist Alexandra Michell daripada Prestige Pawnbrokers, sebahagian set barangan kemas milik baginda dipertontonkan di Tower of London. Manakala sebahagian lagi diturunkan kepada ahli keluarga Windson sebagai harta khazanah atau ditempatkan di Galeri Ratu dekat Istana Buckingham.
Kongsinya lagi, besar kemungkinan Ratu dimakamkan hanya dengan barangan kemas yang mempunyai nilai sentimental buatnya.
Antaranya adalah cincin perkahwinan emas asli Welsh yang diturunkan kepada baginda oleh bondanya, Queen Bonda apabila baginda mengahwini Putera Philip pada tahun 1974. Khabarnya, cincin tersebut telah diukir dengan mesej rahsia oleh mendiang suaminya itu.
Satu lagi barangan kemas wajib yang sering dipakai Baginda adalah anting-anting mutiara. Ia begitu diminati Baginda sehinggakan setiap ahli keluarga wanita diraja Britain akan dihadiahi sepasang anting-anting sama. Asalnya, anting-anting tersebut merupakan pemberian daripada neneknya, Queen Mary.
Selain dua barangan kemas ini, lain-lain perhiasan dipercayai tidak akan dimakamkan bersamanya.
BACA LAGI : Countess of Wessex Warisi Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II. Tuah Sebagai Menantu Kesayangan – REMAJA
Untuk pengetahuan, di antara koleksi barangan kemas peribadi Ratu Elizabeth II termasuklah 98 keronsang, 46 rantai, 34 pasang anting-anting, 15 cincin, 14 jam tangan dan lima loket pendant.
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.