Ramai mengaitkan keadaan atau Sungai Furat atau Euphrates iaitu sungai yang terpanjang di Asia Barat yang kini semakin surut dan mengering. Malah, ia dikaitkan sebagai satu petanda kiamat makin menghampiri kita.
ARTIKEL BERKAITAN : Super Volcano Di YellowStone Bakal Meletup? Surah Ad Dukhan Sudah Membuktikan 1400 Dahulu
Ekoran keadaan cuaca yang panas melampau disana juga menyebabkan banyakan sungai-sungai di serata Eropah mula mencatatkan paras air semakin berkurangan.
Memetik laman Science Alert, penampakan batu-batuan yang diukir berabad-abad lalu telah kelihatan ekoran paras air yang kian merosot. Difahamkan, makna ukiran pada batuan tersebut seolah-olah sebuah amaran kepada generasi akan datang mengenai kesukaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan.
Akhbar tempatan turut melaporkan bahawa penduduk tempatan memberitahu batuan yang berabad itu dikenali sebagai ‘Batu Kelaparan’.
Batuan itu kelihatan setelah sungai-sungai di Eropah menjadi kering akibat berlakunya kemarau. Salah satu batu yang dijumpai terletak di tebing Sungai Elbe, yang bermula di Republik Czech dan mengalir melalui Jerman
Batu itu disifatkan wujud sejak 1616 dan terukir dengan amaran dalam bahasa Jerman.
‘Wenn du mich seehst, dann weine’ yang bermaksud jika anda melihat saya, maka risaulah.
Selain itu, dipetik dari sebuah artikel yang ditulis oleh Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan di mStar, telah didedahkan mengenai keadaan Sungai Furat . Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan atau dikenali juga dengan gelaran Hadi Almaghribi, keadaan air sungai yang kering ini adalah membimbangkan dan ianya turut dikira sebagai salah satu tanda hampir kiamat.
Beliau yang berjaya menggenggam PhD pada usia 27 tahun turut menjelaskan bahawa jika diikutkan, tanda-tanda kecil hari kiamat sudah pun cukup banyak seperti kewafatan Baginda Rasulullah, ilmu agama diangkat, akan banyaknya terjadi bencana dan kekacauan serta banyaknya pembunuhan.
Sungai Furat di Syria dan Iraq makin surut
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @Al-Imam
, lelaki terbabit berkongsi mengenai keadaan sungai Furat di Syria dan juga Iraq yang semakin surut.
@al__imam #KelasMengajiAlimam #al_imam #tafsir #1hari1ayat #tafsirlarutmalam #kelasmengajialimam #kelasmengajionline #alimam ♬ original sound – Al-Imam
Sehubungan itu, lelaki terbabit berkongsi cara untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Al-Masih Al-Dajjal (Dajal) sebagaimana yang pernah dipesan oleh baginda rasulullah S.A.W.
Lelaki terbabit berkata, sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama dan membaca 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, maka orang tersebut dapat mengelakkan dirinya daripada fitnah Dajal.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Untuk info, Sungai Furat merupakan sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran timur Turki, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.
Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.
Adakah kita bersedia mengisi dada dengan iman dan islam? Dunia sudah semakin ke penghujungnya dan fitnah juga semakin banyak di media sosial. huhu
BACA Lagi : Pelindung, Elak Jadi Pengikut Dajjal. Ini 10 Ayat Pertama Surah Kahfi Dengan Tulisan Rumi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.