Kurang 24 jam sebelum berlangsungnya konsert Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil, khabarnya penyanyi Bad Guy itu dan abangnya, Finneas telahpun mendarat di Kuala Lumpur.
Buktinya, kelibat pasangan adik-beradik berbakat besar itu telahpun dapat disaksikan oleh para peminat di pusat membeli-belah, Sungei Wang dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada hari ini.
Berdasarkan kepada hantaran video TikTok oleh akaun Sungei Wang Plaza, Billie dan Finneas dapat dilihat sedang meluang masa bergembira di Blastacars iaitu lokasi bermain kart di situ.
Haa, siapa yang tidak sabar lagi untuk menyaksikan konsert Billie esok?! Jika korang tidak berjaya memiliki tiket, cubalah pusing-pusing di sekeliling Kuala Lumpur. Mana tahu korang akan terserempak dengan mereka secara tidak sengaja. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai suka makan spageti bolognese. Kuah pekat dimasak dengan daging cincang, ditambah tomato fresh membuatkan kita melupakan nasi seketika untuk menikmati makanan enak ini.
Bila menyebut mengenai spageti, secara automatik kita mengaitkannya dengan negara Italy yang amat terkenal dengan pizza, lasagne dan lain lagi.
Tapi di sebalik kesukaan korang yang suka makan spageti Bolognese, tentu korang tertanya-tanya dari mana datangnya nama spageti Bolognese inikan?
Kalau ikut carian di Wikipedia, Spageti Bolognese dikatakan berasal dari Bologna, satu bandar di Italy. Sos Bolognese (Itali: ragu alla Bolognese, Perancis: sos bolognaise) adalah sos yang berasaskan daging untuk pasta berasal di Bologna, Itali.
Ia digunakan secara tradisional untuk menghias ‘tagliatelle’ dan merupakan salah satu daripada kedua-dua sos yang digunakan untuk menyediakan “alla Bolognese lasagne”. Sos Bolognese kadang-kadang diambil untuk menjadi sos tomato tetapi resipi banyak mempunyai hanya sejumlah kecil pekat tomato.
Tapi kenyataan dari Datuk Bandar Bologna, Virginio Merola sebuah bandar di Italy ini mungkin boleh membuatkan kita tertanya-tanya.
Kata Virginio Merola, spageti bolognese tidak wujud sama sekali dan BUKAN berasal dari bandar mereka.
Erkk, habis nak claim sapa punya eh!
Menerusi satu posting di twitter dua hari lalu, Virginio menyeru semua pelayar internet untuk menghantar hidangan itu yang disifatkannya adalah palsu.
Ehemm, boleh post ke food ke Italy? Korang rasa? Kasik gambar aje kot! Hehe
Menerusi satu temubual dengan media Itali, RAI, Datuk Bandar ini berkata, dia pelik kenapa spageti bolognese popular di seluruh dunia.
“Spageti Bolognese tak wujud pun tapi ia popular di seluruh dunia. Kami lebih suka kalau orang ramai tahu di Bologno terkenal mencipta tagliatelle, tortellini dan lasagne.
“Pelik kerana orang kenal semua makanan ini sedangkan ia bukan makanan berasal dari bandar kami,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Datuk Bandar ini masa yang sama berkata, dia gembira kerana dunia mengenali bandar Bologna kerana makanan ini.
“Namun biarlah bandar ini dikenali kerana makanannya yang berkualiti,” katanya lagi.
Masa yang sama, Virginio berkata, dia mahu mengumpulkan semua gambar spageti Bolognese untuk dipamerkan di pameran terbesar dunia di FICO Eataly World.
Tapi apa yang pasti bandar Bologna sememangnya amat terkenal dengan pembuatan telur-pasta tagliatelle (tagliatelle alla Bolognese) dan lasagne tradisional hijau mereka.
Yumm..apa pun spageti bolognese memang sedapkan, tak kisahlah asal dari mana,hihi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kebanyakan remaja, jika keluarga memberikan kebenaran untuk kita keluar dari rumah buat sementara waktu, sudah tentu kita tidak sabar-sabar lagi untuk melangkah keluar and just have a good time.
Namun, lain ceritanya dengan pelakon muda, Arena Wan Mun Yi yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga demi menjayakan sebuah projek drama adaptasi telenovela iaitu Mistres Hermanas.
Selain dikenali sebagai pelakon drama bersiri SMK Kita di Astro Ceria, Arena turut dikenali menerusi akaun Instagram Adam’s Autism Family yang selalu memuat naik perkembangan keluarga Arena yang dianggotai oleh Adam, seorang adik lelaki autistik.
Justeru, keputusan untuk berpisah dengan keluarga bagi satu tempoh yang agak panjang bukanlah keputusan yang dibuat secara mudah oleh Arena.
“Jujurnya sejak tahun lalu, Arena tercari-cari peluang untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya dan ingin memegang watak yang berlainan daripada Lisa Kim yang dibawakan dalam SMK Kita.
“Jadi apabila Global Station memilih Arena untuk membintangi drama adaptasi Mistres Hermanas sebagai Beatriz atau Baby, ini adalah peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan. Arena rasakan inilah rezeki yang ditunggu-tunggu.”
Foto: Ihsan Arena Wan.
“Namun, ia juga datang dengan pengorbanan besar apabila Arena terpaksa berpisah dengan keluarga terutamanya Adam dan Ara (adik perempuan). Going out of the house without my family is not something that I often do. Lebih membimbangkan adalah apabila Arena ke lokasi lain pada musim PKP 2.0.
“Ini adalah pengalaman baharu untuk diri Arena sebagai seorang pelakon dan sebagai seorang individu. Arena sentiasa akan menghubungi keluarga apabila ada masa terluang dan tidak akan lupakan restu yang diberikan oleh ayah dan ibu,” kongsi pemegang gelaran Dewi Favourite bagi edisi pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini.
Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan mengirimkan doa menerusi mesej di DM.
Foto: Ihsan Arena Wan.
Gentar Dibandingkan Dengan Pelakon Original?
Untuk pengetahuan, drama adaptasi Mistres Hermanas ini bakal ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi dan dibintangi oleh Amar Baharin (Santiago), Isyariana (Lisa), Silvia (Mia Nasir), Margarita (Mona Allen), Zamarul Hisham (Agusto), Ruby (Afifah Nasir), Syamim Farid (Barbara), Nabil Aqil (Francisco) dan ramai lagi.
Ini bukanlah kali pertama telenovela negara latin diadaptasi menjadi drama bersiri berbahasa Melayu. Sebelum ini, kita pernah dihiburkan dengan drama seperti Memori Cinta Suraya (A Love To Remember), Manjalara (Mi Gorda Bella) dan Lara Aishah (La Loba).
Foto: Ihsan Arena Wan.
Chantal Baudaux
Persoalannya, adakah Arena sudah bersedia untuk dibandingkan dengan pembawa watak original Beatriz a.k.a Beba iaitu Chantal Baudaux?
“Tentulah ada perasan gentar dalam diri Arena, tapi bukanlah disebabkan perbandingan dengan lakonan Chantal kerana itu adalah normal.
“Arena lebih risaukan sama ada lakonan sebagai Beba dapat membawa kesan kepada penonton memandangkan ramai pencinta telenovela tempatan yang membesar dengan watak Beatriz ini. So I have to meet their expectation.
“Selain memperbaiki lontaran dialog dalam bahasa Melayu, Arena juga banyak mendapatkan tip dan nasihat daripada pelakon lain yang lebih senior di set.
“Sedikit perubahan yang kami lakukan kepada watak Beatriz adalah menukar namanya kepada Batrisyia. Beberapa babak daripada telenovela asal juga perlu diubah agar ia lebih bersesuaian untuk tayangan di Malaysia. Tetapi jangan risau, plot dan jalan ceritanya masih sama untuk korang enjoy,” jelasnya.
*
Tak sabar rasanya nak menantikan Mistres Hermanas versi Malaysia ini! Ia dijangka memasuki slot Tiara yang kini menayangkan drama berisi popular, Angkara Cinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti korang tak sabar-sabar nak menunggu episod baru drama Korea The World of the Married malam ini bukan? Drama yang mencipta fenomena dan membuatkan ramai penonton sakit hati melihat kecurangan si suami ini sering mendapat perhatian pengguna di media sosial.
Lebih mendebarkan lagi, penerbit drama tersebut menjelaskan bahawa bermula episod 9 (malam ini) sehinggalah episod 16 (akhir), The World of the Married akan diklasifikasikan untuk tontonan 19 tahun ke atas.
Khabarnya, kandungan plot cerita untuk episod akan datang mempertarungkan psikologi di antara watak Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh akan mula ‘menggila’.
Perubahan antara hubungan karakter-karakter tersebut saling berkaitan dan konflik yang terjadi di antara mereka akan lebih berkembang dan memberi situasi berbeza.
Bagi menjadikan konflik antara watak-watak ini lebih berkesan, pihak produksi mengambil keputusan untuk mengklasifikasikan drama ini bagi tontonan individu yang berusia 19 tahun ke atas sahaja.
Nah, korang sendiri pun mungkin dah boleh faham kenapa drama ini diubah klasifikasinya dek kerana banyak lagi scene-scene mendebarkan bakal ditonjolkan. Kalau korang pun geram dan sakit hati, rasanya drama ini memang sesuai sangatlah untuk tontonan orang dewasa sahaja. Hiks!
Fuh, tak sabar nak tengok episod 9 malam ini. Kita lihat ‘permainan’ apa yang mereka lakukan nanti.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...