Kerohanian

“Sunnah Makan Adalah Bercakap…” Imam Muda Asyraf Tampil Perjelas Kenyataan Zahiril Adzim

Share

Terbaru, tular di media sosial mengenai jawapan yang diberikan oleh pelakon terkenal, Zahiril Adzim yang menyebut hukum tentang ada makan sambil bercakap.

Ia adalah susulan teguran yang diberikan kepada Zahiril ketika beliau sedang melakukan siaran langsung menerusi akaun media sosial miliknya.

Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar (41) telah menimbulkan tanda tanya orang ramai terutamanya bagi mereka yang was-was berkenaan hukum dan menganggapnya salah.

Dalam pada itu, Imam Muda Asyraf tampil memberikan penjelasan di Instagram bagi membetulkan perkara ini.

Kredit: Sinar FM
Kredit: Sinar FM

“Kata Imam Ghazali, daripada adab-adab makan, salah satunya adalah bercakap. Berkata-kata perkara yang baik berkaitan dengan makanan. Puji makanan, cerita pasal makanan. Ataupun apa saja benda yang baik ketika makan,” kata Imam Muda Asyraf.

“Dan juga bercerita-cerita mengenai orang-orang soleh. Hikayat-hikayat orang soleh ketika makan. Ataupun apa saja berkaitan dengan yang baik-baik ketika makan,” jelasnya lagi.

Jadi melalui penjelasan beliau, terbukti apa yang dikatakan oleh pelakon tersebut benar. Walaupun begitu, masih ada adab yang perlu dipatuhi ketika kita mahu makan.

 “Maksudnya di sini, apa yang dikatakan oleh Falah (watak Zahiril dalam drama Andai Tiada Dia) itu, betul lah. Janganlah sampai tersembur mulut kita tengah kunyah-kunyah bercakap. Maksudnya, ketika duduk makan dengan family, dengan kawan, boleh cakap,” ujarnya lagi.

“Bahkan lebih mesra untuk kita cakap dengan adik-beradik kita, dengan kawan kita, dengan anak-anak kita ketika makan. Jadi, sunnah untuk kita berkata-kata di depan makanan dalam perkataan yang baik-baik,” tambah beliau.

Intihanya, selepas ini korang tak perlulah berdiam diri di meja makan sampai hanya dengar bunyi sudu garpu bertembung sebab ianya digalakkan untuk berbual bersama orang tersayang sambil memuji makanan.

Sumber: Sinar Plus

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE