Suntik Eutanasia Hampir 100 Anjing, Bekas Ketua Organisasi Hak Asasi Haiwan Terima Padah

Share

Bagai harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada bekas ketua organisasi hak asasi haiwan ini.

ARTIKEL BERKAITAN : DBKL Lancar Kempen ‘Anjing Angkat & Kucing Angkat’, Bayaran Serendah RM15

Bagi pencinta haiwan, sudah tentu mereka tidak boleh melihat haiwan-haiwan berkeliaran dan tidak dijaga, tambah pula ada yang mengalami sakit teruk akibat perbuatan manusia atau pun penyakit sedia ada.

Gambar Hiasan ( Anjing Terbiar)

Namun, seorang wanita dilaporkan bertindak memberikan suntikan eutanasia kepada anjing yang diselamatkan dengan alasan pusat penjagaan miliknya sudah penuh.

Untuk info, eutanasia atau proses mematikan atas dasar belas kasihan adalah amalan yang dibenarkan dalam bidang perubatan haiwan. Namun, eutanasia hanya boleh dilakukan sekiranya haiwan tersebut telah memenuhi syarat untuk menerima suntikan itu.

Antara syaratnya adalah haiwan yang terlibat mengalami kesihatan kronik sehingga menyeksanya atau keadaan haiwan yang memberi ancaman penyakit berjangkit seperti Rabies.

Hukuman Penjara

Atas tindakan tidak bertanggungjawapnya itu, bekas ketua organisasi Care, Park So-yeon dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul. Park didakwa melanggar Akta Perlindungan Haiwan kerana memberi suntikan maut kepada 98 ekor anjing itu tanpa keperluan mendesak.


Park So-yeon, yang mengetuai Coexistence of Animal Rights on Earth (CARE), dan dituduh membunuh 98 haiwan antara 2015 dan 2018, mendakwa tidak bersalah selepas keputusan mahkamah pada hari Selasa di Seoul. [YONHAP]
Tindakan tidak berasas itu dilakukan Park bagi mengurangkan beban kos perubatan haiwan yang ditanggung organisasinya. Park turut dituduh membunuh anjing-anjing itu di antara tahun 2015 dan 2018 untuk mendapatkan lebih banyak ruang di pusat jagaanya.

Jenayahnya itu didedahkan oleh bekas pekerjanya sendiri pada 2019 lalu dan telah meledakkan amarah orang ramai pada waktu itu.

“Tanpa menilai secara serius kapasiti pusat (Care), dia terlalu ‘asyik’ sertai operasi menyelamatkan haiwan tetapi membunuh haiwan itu apabila ruang tidak mencukupi,” kata mahkamah.

Alahai siannya anjung-anjing tu, kalau nak dibunuh kenapa selamatkan dari jalanan?huhu

BACA LAGI : Selalu Kena Kejar Anjing, Ini Alat Yang Korang Patut Beli Untuk Elak Didekati Haiwan Itu

SUMBER : ( 1 )

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana