Sebuah lagi tempat tumpuan orang awam, pusat rekreasi Sunway Lost World of Tambun melaporkan operasi taman tema tersebut ditutup selama 14 hari bermula 13 Oktober 2020 ekoran salah seorang pengunjung mereka disyaki positif COVID-19.
Pihak Sunwat Lost World of Tambun telah pun membuat kenyataan rasmi mereka di media sosial dan khabarnya, informasi berkenaan dengan pengunjung yang disyaki positif itu diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penutupan premis akan dilakukan sehingga 26 Oktober ini untuk kerja-kerja sanitasi diseluruh kawasan taman tema serta hotel disana.
KKM juga sudah sedang menjejaki kontak rapat kepada kes COVID-19 berkenaan.
Haih, memang waktu-waktu begini sebaiknya kita duduk rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti diluar. Mana yang nak pergi bercuti tu pun kalau boleh tukar jadual buat sementara waktu ini. Walaupun korang tidak tinggal di kawasan PKPB Kuala Lumpur dan Selangor namun dengan kes yang mendadak tinggi ini tidak menjamin kawasan tempat tinggal korang juga bebas daripada virus COVID-19.
Ambil langkah berhati-hati dan jangan lupa patuh SOP. Stay home, stay safe!
Sumber: Sunway Lost World of Tambun