
Terhibur kami melihat aksi Super Junior yang menyanyikan lagu Sorry Sorry dalam versi Indonesia. Video yang dimuat naik di YouTube ini menjadi viral apabila artis Kpop pujaan ramai ini menyahut cabaran untuk Try-lingual-live di YouTube channel hello82.
Kumpulan popular Kpop ini menyampaikan tiga buah lagu yang turut dinyanyikan dalam bahasa Indonesia, iaitu Sorry Sorry, Mr. Simple dan 2YA2YAO!
Ramai meninggalkan komen dengan memuji serta berkongsi rasa lucu melihat telatah 5 jejaka Korea ini.
Bagi sesiapa yang tengah stres tu, korang wajib tonton video ni. Mesti terhibur sepanjang hari. Hiks!
Album LANY ‘gg bb xx’ Akan Popular Sebagai Lagu Latar Di Media Sosial

Jika penulis perlu menamakan satu band yang bekerja keras dan teliti dalam pembikinan muzik mereka, mungkin LANY ialah band yang korang cari.
Tiga buah album LANY terdahulu iaitu LANY, Malibu Nights dan Mama’s Boy telah menampakkan betapa mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Selagi boleh, mereka ingin mencipta sesuatu yang lebih besar, lebih menarik, lebih ‘di luar kotak’ dan berlainan dengan band lain.
Ternyata, percubaan tersebut berjaya melonjakkan nama LANY yang dianggotai oleh Paul Klein, Jake Goss dan Les Priest ini hingga dikenali di seluruh dunia.

Selepas album pertama berjudul LANY mencipta fenomena pada tahun 2017 sehingga mereka berjaya mengadakan konsert ‘sold-out’, menjadi penghibur utama di festival muzik dan menarik 3.5 bilion strim secara maya, ramai tertanya-tanya apa lagi yang boleh LANY lakukan dan buktikan?
LANY dianggap sebagai band baharu yang ‘terlalu pantas’ mendaki carta populariti dan kejayaan, apa mungkin pendakian awal itu akan menyebabkan mereka pantas terjunam ke bawah juga?
Well, well.. tidak sama sekali.
LANY kini kembali dengan album keempat berjudul gg bb xx selepas muncul dengan Mama’s Boy; JUGA pada tahun ini.

gg bb xx mengajak peminat LANY untuk kembali semula ke muzik serta penceritaan asal-usul mereka sebagai sebuah band yang dibentuk daripada gabungan pengaruh kota Los Angeles dan New York.
[Dari situlah mereka mendapat nama LANY guys, Los Angelas dan New York – Boom..]
Kata Paul, “Kami membawa peminat sama-sama pulang ke tempat asal kami, kami tunjukkan apa yang telah kami tinggalkan dahulu dan sebab mengapa kami tinggalkannya.”
Dalam masa lima tahun, dalam diam LANY telah mengeluarkan empat album. Nampak macam sekejap, namun perjalanan ini telah mengajar LANY banyak perkara dalam mengejar impian mereka untuk memainkan muzik agar ia dapat didengari di seluruh dunia.
Sentimen itu jelas dirasai dalam trek seperti Up To Me di mana liriknya berbunyi, “Have you heard they’re playing LANY on the radio?”. Ia diinspirasikan daripada mesej yang diterima oleh Paul sendiri pada tahun 2021 apabila mendapat tahu lagu mereka dimainkan di lokasi yang tidak pernah mengetahui kewujudan LANY sebelum ini.
“..I’m not where I want to be. But I’m getting somewhere..”
Somewhere
Menerusi gg bb xx juga, LANY tidak lagi ingin berada di takuk yang sama. “Satu hari nanti, kita akan merasakan bahawa kita tidak lagi perlukan ‘approval’ atau kasih sayang daripada orang lain untuk mengasihi diri sendiri serta merasa bangga terhadap diri sendiri. Kami masih belajar, tapi kami yakin akan sampai ke tahap itu satu hari nanti.”
*

Jika penulis harus memilih satu trek kegemaran daripada album ini, agak sukar sebenarnya untuk berbuat sedemikian. Bukannya kerana gg bb xx ialah sebuah album yang terlalu bagus dengan banyak trek menarik dan ia juga bukanlah sebuah album yang teruk.
gg bb xx terasa seperti sebuah album yang sedap didengar semasa korang sedang memandu atau sebagai sebuah playlist muzik latar pada setiap hari. Hampir kesemua treknya kedengaran – err, sama. It is not exactly a smash-hit-in-you-face type of album, nor is it a bad album per se.
gg bb xx masih menggunakan kelebihan identiti muzik LANY yang berjaya menjadikan salah sebuah band paling digemari sekarang – contohnya seperti pengalaman ‘dating’ di Los Angelas, kisah putus cinta, kembali bertaut semula, merindui bekas kekasih dan menemui kekasih baharu.
Rata-rata peminat LANY yang terdiri daripada kelompok remaja seperti korang pasti boleh ‘relate’ dengan mesej yang ingin disampaikan.

Cuma, penulis inginkan mesej yang lebih berat daripada LANY.
Mungkin itu adalah satu permintaan yang tidak munasabah buat masa ini memandangkan LANY baru berada dalam industri seni selama 4 tahun dan tidak mempunyai waktu mencukupi untuk mencipta sesuatu yang berbeza berbending album Malibu’s Night dalam tempoh yang singkat.
[gg bb xx mengingatkan penulis kepada bagaimana Ariana Grande sendiri bergelut untuk menemui muzik berbeza dalam album Positions yang diterbitkan hanya beberapa bulan selepas album Thank You, Next. But that is for a whole new conversation.]
Apapun, gg bb xx sememangnya ‘in’ dengan trend muzik terkini dan akan diminati ramai. Ia catchy, ia cute, ia mempunyai elemen orkestra untuk menjadikannya dramatik semasa korang khusyuk mendengarkannya. gg bb xx juga pasti popular di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram sebagai muzik latar.
Penulis tidak akan jemu mendengar gg bb xx. Cuma sebagai seorang peminat LANY yang telah mengikuti perjalanan muzik band ini sejak album pertamanya, penulis mengharapkan agar LANY benar-benar mengambil masa yang cukup sebelum muncul dengan album kelima mereka kelak.
Juara Qariah Negara Berjaya Tamatkan Pengajian, Beri Inspirasi Dikalangan Remaja Cintai Al-Quran

Sejuk perut ibu yang mengandungkan Nor Farhatul Fairuzah Panut, bukan saja ayu raut wajahnya namun kelunakan suara mengalunkan surah-surah Al-Quran dengan taranum cukup memukau sipa yang mendengarnya.
Juara Qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut baru-baru ini berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh remaja berusia 19 tahun itu di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa posting sempena majlis graduasi baru-baru ini.Dan kejayaan hebatnya pastinya mampu memberi inspirasi dalam kalangan remaja mencintai agar al-Quran.
.
Rutin Harian Baca Al-Quran Selepas Solat
Farhatul turut mengamalkan rutin harian membaca Al Quran selepas selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
Throwback, antara part yg mencabar #MTQHK2019 #MengimbasKembali nak tgok full, bole tgok di Youtube
A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on Mar 24, 2019 at 4:11am PDT
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Mempunyai hampir 290,000 pengikut di Instagram, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah atas kejayaan tersebut. Untuk makluman, Farhatul merupakan anak kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.
.
Sebahagian ucapan tahniah..
Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.
Tahniah buat Qariah negara kita ni, moga Nor Farhatul Fairuzah Panut terus maju dalam apa yang diceburi dan mampu memberi inspirasi kepada semua remaja diluar sana untuk terus mencintai Al-Quran.
Sumber : Instagram Farhatul Fairuzah
6 Bintang GV Ke Pentas Akhir, Datuk Seri Vida Tak Puas Hati Ani Maiyuni Tersingkir?

Gegar Vaganza 8, rancangan hiburan popular terbitan Astro Ria telahpun melabuhkan tirai separuh akhir malam tadi. Seramai enam bintang telah berjaya mara ke peringkat akhir manakala dua lagi tersingkir menerusi cabaran yang diberikan.
Enam peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir ialah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Manakala penyanyi dangdut Ani Maiyuni dan penyanyi veteran Shidee pula terpaksa akur apabila mereka menjadi dua peserta terbawah sekaligus disingkirkan.

Namun setiap keputusan yang dilakukan pasti ada cakap-cakap yang kurang berpuas hati terhadap pemilihan yang dilakukan oleh juri. Antara yang lantang menyuarakan suaranya ialah Datuk Seri Vida yang dilihat meninggalkan komen ‘pedas’ di laman Instagram Media Hiburan.
Ujarnya, “Pilih kasih, kalau saya mencelah kata nak menumpang. Asyik ada saya je. Adibah tiada effort. Tak sedap dapat masuk final. Si Ani ni memang menyerlah malam ini. Good voice performance compared to Kak Deeb, mmmm pilih bulu tetap.”

Komen tersebut menerima lebih 100 tanda suka dan juga pelbagai komen dari warganet yang bersetuju dengan statement yang diberikan oleh usahawan yang pernah menaja beberapa musim pertandingan nyanyian tersebut.
Adat dalam sesebuah pertandingan,‘rumah siap, pahat masih berbunyi’ terhadap satu-satu keputusan yang dilakukan. Barisan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bersama juri jemputan, Datuk Rosyam Nor telah pun membuat pilihan dan pastinya mereka memahami dari segi persembahan secara keseluruhan.
Minggu hadapan, juara Gegar Vaganza yang baru akan diketahui. Enam bintang yang mara ke peringkat akhir masing-masing akan mempersembahkan tiga buah lagu dalam konsep solo, duet dan juga battle.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.