Dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020 sebelum sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo, pembukaan Universal Studios Japan’s Super Nintendo World nampaknya terpaksa ditangguhkan kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, Universal Studios Japan (USJ) khabarnya bakal membuka kawasan taman tema Nintendo di USJ, Osaka pada 4 Februari 2021. Berdasarkan dengan foto yang telah dimuat naik, nampaknya taman tema tersebut sudah hampir sempurna untuk bersiap sedia menerima kunjungan daripada pengunjung.
Kawasan Super Nintendo World akan menampilkan perlumbaan Mario Kart dan tarikan-tarikan lain berasaskan permainan Nintendo. Ia juga akan menjadi tarikan pertama berdasarkan permainan video dan memerlukan kos lebih daripada 60 billion untuk dibina. Kos ini meliputi fokus terhadap perincian untuk mewujudkan persekitaran yang ‘real’ dan binaan bangunan ikonik daripadda permainan Bowser’s Castle yang pastinya dapat memukau penonton.
Walaupun Super Nintendo World ini bakal dibuka pada Februari hadapan, restoran Mario Café & Store pertama di dunia telah beroperasi pada 16 Oktober lalu. Pengunjung dapat menikmati makanan percuma yang bertemakan eksklusif berdasarkan permainan Nintendo. Kafe ini juga didekorasi dengan tema permainan tersebut.
Masih ramai remaja yang degil dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mereka sewenang-wenangnya menjalankan aktiviti seperti biasa dalam situasi pandemik seperti sekarang.
Menurut Astro Awani, seramai lapan orang remaja terpaksa membayar kompaun keseluruhan berjumlah RM8,000 selepas perbuatan mereka dikesan oleh polis kerana degil bermain futsal ketika tempoh PKPB.
Kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu ini melibatkan remaja yang berusia 15 hingga 20 tahun dan dilihat bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang pada jam 10 malam.
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kumpulan itu bagaimanapun bertempiaran melarikan diri sebaik dihampiri pasukannya dengan meninggalkan beberapa buah motosikal serta barang-barang peribadi termasuk telefon bimbit.
Polis kemudian membawa semua barangan itu ke Balai Polis Kuala Berang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Walau bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, kesemua mereka hadir ke balai polis dan seterusnya ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Mereka juga turut dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Ha, jangan ingat pasukan PDRM kita tidak mengambil serius tentang hal ini ya. Kan dah tak pasal-pasal kena keluar RM1,000 untuk bayar kompaun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Pasangan atlet kembar dalam pasukan bola tampar nasional Korea Selatan telah terpalit dalam satu kontroversi disebabkan oleh perbuatan mereka 10 tahun lalu dan ia telah menarik perhatian media antarabangsa. Implikasinya, mereka berdua telah sekaligus dibuang daripada pasukan nasional dan kelab!
Okay, kita recap kembali apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka dikenakan tindakan serius itu.
Lee Jae-yeong dan Lee Da-yeong, 24 merupakan di antara atlet wanita Korea Selatan yang selama ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Malah Jae-young dan Da-yeong juga adalah sebahagian daripada skuad yang membantu Korea Selatan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2021
Namun di sebalik kejayaan itu, mereka berdua pernah melakukan kesalahan membuli pelajar lain semasa masih di sekolah menengah.
Dalam satu posting yang telah dipadamkan oleh mangsa, dia menulis, “Seramai empat orang mangsa menulis catatan ini, tapi masih ada lagi (mangsa lain). Kami enggan memberitahu usia kami. Kami menulis ini tanpa ingin identiti kami dibongkarkan.
“Kami hanya ingin ‘move on’ daripada apa yang berlaku 10 tahun lepas. Tapi bila kami melihat muat naik oleh pelaku yang tidak mencerminkan perbuatan lampau mereka, kami terus diingatkan kembali kepada memori lampau. Kami menulis ini dengan harapan mereka boleh mencerminkan perbuatan tersebut.”
Dakwaan itu sampai ke pengetahuan Jae-yeong dan Da-yeong.
Menariknya, mereka mengaku bersalah atas kesemua dakwaan tersebut.
Lee Da-yeong semasa mewakili Korea Selatan menentang Kenya pada tahun 2019..
Da-yeong mengambil inisiatif untuk menulis di akaun Instagram-nya dan berkata dirinya mengesali trauma yang telah dihadapi oleh mangsa buli mereka.
“Saya benar-benar memohon maaf kerana pernah bertutur dan berperangai buruk sehingga mengakibatkan trauma memori kepada rakan sepasukan semasa saya berusia belasan tahun.”
Sementara itu, Jae-yeong juga mengambil tindakan yang sama di akaun Instagram-nya dan berkata, “Saya secara serius memohon maaf di atas mereka yang terkesan dengan kata-kata serta tindakan saya semasa saya masih remaja. Saya tidak akan pernah melupakan kata-kata dan tindakan itu. Dari sini, saya akan menjadi seorang yang lebih matang.”
Lee Jae-yeong semasa bertanding di Rio de Janeiro pada tahun 2016..
Biarpun pasangan kembar ini telah memohon maaf secara terbuka, mereka masih berdepan kritikan masyarakat. Lebih 120,000 orang telah menandatangani petisyen kepada kediaman rasmi Presiden Korea Selatan demi meminta siasatan lanjut.
Justeru pada Isnin lalu, Persatuan Bola Tampar Korea mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa pasangan kembar ini telah diketepikan daripada pasukan kebangsaan Olimpik.
“Jika kami tidak mengambil tindakan tegas ini, akan ada kes buli yang sama berlaku di sekolah. Lalu, kami mengambil keputusan mengenepikan mereka daripada bermain untuk liga kebangsaan bola tampar 2021, Sukan Olimpik Tokyo dan pemilihan pemain kebangsaan untuk kesemua pertandingan antarabangsa.
“Kes buli di sekolah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dan tidak boleh diambil mudah. Kami juga ingin memohon maaf kepada mangsa buli di atas kesalahan pemain kami.”
Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Jika korang merupakan peminat drama televisyen Melayu, pastinya korang pernah menonton drama Sweet Dreams yang kini hangat dimainkan.
Memasuki minggu kedua ia ditayangkan, penulis percaya Sweet Dreams menjadi popular atas beberapa sebab utama.
Antaranya termasuklah teknik sinematografinya yang berlainan dengan ‘drama Melayu tipikal’ dan membuatkan penonton terbuai untuk menantikan babak seterusnya.
Jalan ceritanya yang tak membosankan dan pemilihan pelakon seperti Ben Amir, Mira Filzah dan Sean Lee juga membuatkan Sweet Dreams lebih dekat dengan penonton remaja dan young adults yang kini jujurnya hanya memilih saluran atas talian seperti Netflix sebagai medium hiburan. Right?
Bercakap mengenai Ben Amir, bekas finalis pencarian Hero Remaja 2011/12 itu semakin mencuri tumpuan ramai disebabkan drama ini juga.
Walaupun Ben banyak membintangi drama bersiri dan telemovie, wataknya sebagai Qash Adam yang mempunyai kelebihan bermimpi perkara buruk yang bakal menimpa dalam drama ini membuatkannya menjadi kegilaan ramai penonton perempuan terutamanya.
Mungkin juga kerana rambutnya (!) serta cara Ben melayan komen peminat di laman Twitter dengan gaya ‘kerek’ mirip wataknya Qash.
Cer tengok antara jawapan balas Ben selepas episod semalam ditayangkan.
Pakai rantai sebab..
Mira Filzah..
Kena lempang..
Parents Qash..
Operation..
Kelakar lah Ben! Lagi-lagi apabila membalas komen tersebut pada jam 2 pagi.
Drama Sweet Dreams ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...