Dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020 sebelum sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo, pembukaan Universal Studios Japan’s Super Nintendo World nampaknya terpaksa ditangguhkan kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, Universal Studios Japan (USJ) khabarnya bakal membuka kawasan taman tema Nintendo di USJ, Osaka pada 4 Februari 2021. Berdasarkan dengan foto yang telah dimuat naik, nampaknya taman tema tersebut sudah hampir sempurna untuk bersiap sedia menerima kunjungan daripada pengunjung.
Kawasan Super Nintendo World akan menampilkan perlumbaan Mario Kart dan tarikan-tarikan lain berasaskan permainan Nintendo. Ia juga akan menjadi tarikan pertama berdasarkan permainan video dan memerlukan kos lebih daripada 60 billion untuk dibina. Kos ini meliputi fokus terhadap perincian untuk mewujudkan persekitaran yang ‘real’ dan binaan bangunan ikonik daripadda permainan Bowser’s Castle yang pastinya dapat memukau penonton.
Selain itu, terdapat juga tarikan lain termasuklah Super Mushrooms, stacked Goombas, Koopa Troopa, moving blocks and coins, dan Thwomp!
Walaupun Super Nintendo World ini bakal dibuka pada Februari hadapan, restoran Mario Café & Store pertama di dunia telah beroperasi pada 16 Oktober lalu. Pengunjung dapat menikmati makanan percuma yang bertemakan eksklusif berdasarkan permainan Nintendo. Kafe ini juga didekorasi dengan tema permainan tersebut.
Hm, nampaknya kita boleh tengok dari jauh sahajalah sebab masih tak boleh nak ke luar negara kan? Hiks!
Sumber: Klook