Akhirnya! Marvel Studios rasmi menayangkan filem terbaru yang dinantikan oleh penggemar Superhero ikonik iaitu Deadpool & Wolverine! Kolaborasi antara dua Superhero yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dengan sindiran-sindiran lucu.

Memang rugi kalau anda terlepas menonton filem terbaru ini sebab bagi penonton yang tidak pernah mengikuti sekuel Deadpool dan Wolverine sebelum ini pun sesuai sangat nak tengok! 

Dalam filem Deadpool & Wolverine kali ini anda akan melihat bagaimana Wade Wilson yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds terpilih untuk mengubah sejarah Marvel.

Superhero Ikonik Bergabung Selamatkan Dunia! Filem Deadpool & Wolverine Dijamin Buat Penonton Tak Kering Gusi!

Bukan setakat itu, Wade Wilson dengan perangai ‘main-main’ itu juga digandingkan dengan Wolverine lakonan Hugh Jackman dan akan bersama-sama menyelamatkan dunia dan menjadi pahlawan untuk para superhero lainnya.

Melalui filem terbaru dari Marvel ini juga anda akan tertanya adakah Deadpool akan benar-benar kehilangan semua orang yang disayanginya dan di sisi lain, adakah Wolverine sebenarnya telah mengecewakan seluruh dunia sehingga dikatakan gagal bertindak sebagai pahlawan.

Selain itu, penonton juga bakal melihat banyak babak lucu dalam perkembangan hubungan persahabatan di antara Deadpool dan Wolverine daripada bergaduh sesama sendiri sehingga mereka benar-benar dapat bersatu berganding bahu untuk menentang seorang wanita yang bernama Cassandra Nova iaitu watak antagonis dalam filem ini.

Superhero Ikonik Bergabung Selamatkan Dunia! Filem Deadpool & Wolverine Dijamin Buat Penonton Tak Kering Gusi!

Sementara itu, apa yang menarik mengenai filem Deadpool & Wolverine adalah proses produksi filem ini bermula sejak 1 Jun tahun lalu dan masa penggambaran hanya mengambil masa selama 69 hari. Selain itu, proses pasca produksi filem ini juga memakan waktu kurang dari setahun.

Kalau nak tahu, filem Deadpool & Wolverine ini sudah pun ditayangkan di pawagam sejak 25 Julai semalam tau! Bagi anda yang nak hiburkan diri sendiri atau nak bergelak ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan memang patut tonton cerita ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI