Berita baik buat peminat kumpulan superhero DC Comics, jika sebelum ini korang pernah menonton filem Justice League yang ditayangkan pada tahun 2017, kini korang boleh menonton kembali filem tersebut dalam versi yang berbeza.
Pengarah filem, Zack Synder mengarahkan filem superhero tersebut, namun kali ini tampil dengan babak-babak yang tidak disajikan semasa filem itu ditayangkan empat tahun lalu.
Zack Snyder’s Justice League menceritakan tentang Bruce Wayne, lakonan Ben Affleck membuat pakatan bersama Diana Prince (Gal Gadot) dengan rancangan untuk merekrut pasukan metahumans bagi melindungi dunia daripada ancaman bahaya.
Tugas itu terbukti lebih sukar daripada apa yang dibayangkan oleh Bruce kerana masing-masing perlu menghadapi ‘kejahatan’ masa lalu, sebelum membentuk liga perlawanan yang belum pernah terjadi selama ini.
Namun, selepas bersatu, Batman (Affleck), Wonder Woman (Gadot), Aquaman (Jason Momoa), Cyborg (Ray Fisher) dan The Flash (Ezra Miller) mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan planet ini daripada Steppenwolf, DeSaad dan Darkseid dan niat jahat mereka.
Ads
Untuk mengetahui apakah yang terjadi seterusnya, korang boleh menonton Zack Snyder’s Justice League pada 18 Mac 2021 secara eksklusif di HBO GO, hbogoasia.com
***
Berita baik buat semua pengikut majalah Remaja, kami ingin memberikan headphone edisi terhad kepada tiga pembaca bertuah.
Yasss! Pada bulan depan iaitu Oktober, kita bakal menerima kunjungan daripada dua buah grup YG Entertainment yang mempunyai kehebatan mereka tersendiri. Dengan konsert anjuran MacpiePro yang bakal dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Stadium Malawati, Shah Alam, ia bakal menjadi salah satu acara K-pop terpenting tahun ini.
Dan salah sebuah grup yang bakal menghiburkan K-poppers semua ialah iKON! REMAJA yakin peminat iKON pasti sudah tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di atas pentas, bukan?
Sementara menunggu kunjungan mereka, REMAJA nak ajak kamu semua untuk try kuiz di bawah. Siapa bias kamu dalam grup iKON? Entah-entah personaliti kamu sama dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mengeluh susah hendak menyimpan duit khususnya bagi mereka yang incomenya kurang dari RM2k sebulan. Mahu bantu mak ayah, sewa rumah yang mahal, belum lagi ditolak perbelanjaan kereta, petrol, makan minum dan sebagainya.
Tapi ada ketika, seseorang itu terlupa untuk membezakan apa keperluan dan kehendak diri sehingga menjerumusnya ke tabungan sifar. Sepatutnya dalam hal menyimpan wang, disiplin diri yang ketat perlu ada.
Seorang perunding kewangan dan hartanah, Amir Syahir mengajar bagaimana seorang yang bergaji kecil atau sederhana boleh menyimpan pada usia muda. Bayangkan dalam tempoh 4 tahun, jika dimulakan pada usia 23 tahun, empat tahun kemudian, sudah ada simpanan lebih RM30k, bukankah ia sesuatu yang berbaloi.
Jom baca perancangan kewangan yang ditulis oleh Amir Syahir ini di fbnya.
Cara Mudah Kumpul Duit RM31K Dalam Masa 4 Tahun. Sesuai Untuk Yang Bergaji Kecil & Sederhana. Untuk Bajet Kahwin, Beli Rumah, Kereta, Dan Simpanan Wang Tunai
Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji kecil dan mampu simpan antara RM300-RM600 setiap bulan.
Tahun 2018 (Umur 23)
ASB Financing RM50K
Ansuran bulanan: RM270
Keuntungan bank: 5.05%
Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
Tempoh pembiayaan ASB: 30 tahun
Tahun pertama mohon ASBF RM50K. Bayar ansuran RM270 setiap bulan guna duit sendiri. Dapat dividen simpan. Jangan usik. Biarkan compounding.
Tahun 2019 (Umur 24)
Tahun kedua korang tambah lagi ASBF RM50K. Yang ni pun kau bayar guna gaji. Komitmen korang sekarang RM270+RM270. Kalau tak cukup, boleh tarik guna duit dividen juga. Ikut keadaan semasa.
Tahun 2020 (Umur 25)
ASB Financing RM100K
Ansuran bulanan: RM540
Keuntungan bank: 5.05%
Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
Tempoh pembiayaan ASB: 30 tahun
Tahun ketiga buat terus ASBF RM100K. Kalau ada duit lebih, bayar guna duit sendiri. Kalau tak, guna saja dividen tu. Rolling dividen je. Ansuran ASBF RM50K tahun pertama dan kedua bayar guna gaji. ASBF ni limit sorang RM200K sahaja.
Jumlah kasar dalam 4 tahun: RM14,500 + RM11,600+RM2300+RM1500+RM1400= RM31,300
Wahhh dalam masa 4 tahun dah ada RM31K. Banyak tu. Boleh beli dua buah rumah terus tu. Jadikan deposit rumah bawah RM150K.
Beli rumah lelong dan sewakan per bilik dapat tingkatkan pendapatan korang. Yang penting korang kena bijak uruskan simpanan tersebut.
Kalau mampu simpan RM600 sebulan boleh buat ASBF RM100K terus. Bulanan RM540. Kalau mampu simpan RM1100 boleh buat ASBF RM200K. Bulanan RM1080. Lagi cepat dapat pulangannya.
Ajaklah pasangan korang juga. Boleh cipta tabung simpanan RM62K.
Nak mula menyimpan ni memang kau kena ada tujuan. Berapa kau punya bajet dan berapa kau punya target. Penting supaya kau tahu tahap kesihatan duit kau sendiri.
Simpan guna instrument ASBF. Lepas tu bersedia untuk beli rumah untuk pelaburan. Harga rumah sentiasa naik.
Masa ini matlamat korang sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit RM31K ni? Anda boleh;
-Buat deposit beli rumah
-Beli kereta terpakai
-Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi
-Beli rumah lelong
Sumber fb : Amir Syahir
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kebanyakan daripada kita, kisah seperti dalam filem The Princess Diaries mungkin hanya seperti cerita dongeng, tetapi sebaliknya ia mungkin boleh menjadi kenyataan jika dilihat daripada salah silah keturunan silam keluarga besar kita.
Mungkin ada individu yang merupakan kerabat diraja tetapi masih menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan. Para selebriti tidak terkecuali kerana ada diantaranya yang sememangnya berketurunan diraja, namun tidak menceritakan latar belakang mereka.
Di Bollywood, ramai tak tahu bintang filem popular ini sebenarnya mempunyai darah diraja.
Merupakan seorang putera raja dari keturunan keluarga diraja India, keluarga diraja ini dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-teman mereka. Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang Istana Pataudi yang merupakan warisan nenek moyangnya.
Laporan dari bollywoodshaadis.com menyebut bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang bekas kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari era 1952 hingga 1971.
Pataudi adalah sebuah bandar indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaannya.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal dunia, Saif Ali Khan telah dinobatkan sebagai Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.
Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.
Sayangnya selepas kemerdekaan India, keluarga itu kehilangan title (Pataudi) mereka termasuklah istana tersebut. Dalam satu temu bual dengan akhbar India, Saif mendedahkan bagaimana mereka terpaksa ‘menebus’ semula hartanah itu menggunakan wang simpanannya sebagai pelakon filem daripada rangkaian hotel Neemrana.
Kini Istana Pataudi kembali menjadi milik pasangan ini dan dijadikan rumah penginapan singgah keluarga mereka. Apakah rupa interior Istana Pataudi? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.
(1) Warisan Keluarga Pemerintah
Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.
(2) Rumah Kolonial
Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz. Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.
(3) Istana Bernilai RM466 Juta
Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.
Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah. Istana ini bernilai RM466 juta.
(4) Dihiasi Foto Lama
Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di pelbagai tempat di istana yang indah ini.
(5) Pernah Dijadikan Hotel
Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels. Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini.
Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula istana ini dari pemilik hotel.
(6) Lokasi Penggambaran Filem
Jadi lokasi penggambaran filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts.
Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu Mangal Pandey, Veer Zara, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.
Bukan biasa-biasa keluarga ini ye!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...