Superhero Kembali Beraksi, Zack Snyder’s Justice League Bakal Ditayangkan Mac Ini

Share

Berita baik buat peminat kumpulan superhero DC Comics, jika sebelum ini korang pernah menonton filem Justice League yang ditayangkan pada tahun 2017, kini korang boleh menonton kembali filem tersebut dalam versi yang berbeza.

Pengarah filem, Zack Synder mengarahkan filem superhero tersebut, namun kali ini tampil dengan babak-babak yang tidak disajikan semasa filem itu ditayangkan empat tahun lalu.

Zack Snyder’s Justice League menceritakan tentang Bruce Wayne, lakonan Ben Affleck membuat pakatan bersama Diana Prince (Gal Gadot) dengan rancangan untuk merekrut pasukan metahumans bagi melindungi dunia daripada ancaman bahaya.

Tugas itu terbukti lebih sukar daripada apa yang dibayangkan oleh Bruce kerana masing-masing perlu menghadapi ‘kejahatan’ masa lalu, sebelum membentuk liga perlawanan yang belum pernah terjadi selama ini.

Namun, selepas bersatu, Batman (Affleck), Wonder Woman (Gadot), Aquaman (Jason Momoa), Cyborg (Ray Fisher) dan The Flash (Ezra Miller) mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan planet ini daripada Steppenwolf, DeSaad dan Darkseid dan niat jahat mereka.

Untuk mengetahui apakah yang terjadi seterusnya, korang boleh menonton Zack Snyder’s Justice League pada 18 Mac 2021 secara eksklusif di HBO GO, hbogoasia.com

***

Berita baik buat semua pengikut majalah Remaja, kami ingin memberikan headphone edisi terhad kepada tiga pembaca bertuah.

1 x Batman headphone

1x Wonder Woman headphone

1 x Superman headphone

Peraduan ini dibuka di laman Instagram @majalahremaja.

Korang hanya perlu memberikan slogan kreatif di ruangan komen bermula 12 Mac sehingga tarikh tutupmya pada 14 Mac 2021, jam 11.59 malam.

Good luck guys!

Published by
Noor Ain Norman