“Susah Cari Laman Penstriman Video Patuh Syariah. Tak Lagi Dengan Idea Ahli Kumpulan The Brothers Ini

Share
Umum mengetahui, kita mempunyai pelbagai pilihan servis penstriman di Malaysia sekarang.
Ada yang mengeluarkan drama dan filem terbaru secara kerap seperti Netflix dan Hulu. Ada juga yang menawarkan content menarik seperti VIU dan iFlix. Bagi yang gilakan drama Asia pula, dim sum menjadi pilihan mereka.
Tetapi, di antara platform-platform ini, tiada pun satu daripadanya yang mengkhususkan kepada filem atau drama yang patuh syariah. Betul tak?

Tapi, tak lama lagi, sebuah perkhidmatan penstriman video bakal menemui korang, iaitu Nurflix

Apa yang menarik tentang Nurflix ini, ia merupakan sebuah platform berteraskan panduan akidah dan syariah ini dilihat akan menampilkan pelbagai kandungan digital seperti drama, dokumentari, bual bicara dan filem seperti medium penstriman sedia ada.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook berkaitan laman penstriman video yang bakal diumumkan 16 Julai ini, Uthman Daud menyatakan Nurflix diasaskan oleh Shah – ahli kumpulan The Brothers yang mana beliau dari dulu lagi inginkan satu pilihan platform media yang patuh akidah dan syariah.

Platform ini mewujudkan bahagian pemantau yang dikenali sebagai Nurpath dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah yang mana akan meneliti dan semakan kandungan pemaparan sebelum diudarakan.

Bahagian penerbitan dan produksi dihubungkan melalui Shah dan Farihin (bekas pengurus Raihan), yang menjadi jambatan kepada Nurpath.

“Drama yang dihasilkan akan dijaga kualiti sinematografi sebagaimana penonton melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya iaitu kualiti drama yang berkualiti sinematografi filem.

“Dan mesej utama ialah adab dan akhlak. Kenapa Nurflix ini berbeza, kerana menurut penasihat Nurflix iaitu Habib Ali Zaenal Abidin ‘kita menginginkan hidayah kepada manusia melalui wacana ini, tapi jangan diperbuat dari perkakas yang Allah murka,” katanya.

Difahamkan, terdapat pengkelasan penonton iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Justeru, penonton boleh memilih mengikut pengkelasan tersebut ketika melanggannya.

 

“Idea ini timbul selepas timbulnya rasa risau Brader Shah dengan nasib golongan generasi yang akan datang kerana ledakan media yang berlaku sekarang hingga anak-anak kita boleh buat apa-apa sahaja tanpa sempadan.

“Doakan usaha ini berjaya dan insyaAllah akan mula bersiaran pada awal tahun hadapan.”

Menerusi perkongsian terbaharu pengasasnya, bakal dilancarkan drama khas keluaran Nurflix yang mana pelakon terkenal Mira Filzah turut bersama sekali.

Haa, tak sabar kami mencuba servis penstriman patuh syariah terbaru di Malaysia iaitu Nurflix ni.

Published by
Nana