REMAJA pada minggu lalu telah melaporkan mengenai kes kematian nenek kepada pelakon dan naib juara pencarian Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
Wanita berusia 75 tahun itu yang juga bergelar Datin ditemui dengan kesan kecederaan pada badan di kediamannya di Taman Paroi Jaya, Seremban oleh seorang suspek lelaki yang mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga mangsa.
Pihak polis telahpun mengeluarkan satu kenyataan pada hari Isnin bahawa seorang suspek yang dipercayi terlibat dalam kes tersebut berjaya ditahan, Sabtu llau.
Kata Ketua Polis daerah Seremban, Asistem Komisioner Nanda Maarof bekata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok bersebelahan jalan di Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang kira-kira pada jam 1 petang.
Ads
Turut ditemui bersama suspek adalah barang kemas milik mangsa yang dirampas oleh polis.
Permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga Jumaat ini. Polis juga percaya kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini akan dapat diselesaikan susulan penahanan tersebut.
*
Ads
Terdahulu menerusi temubual bersama program hiburan Melodi, Farhan menzahirkan rasa terkilannya kerana tidak dapat bersama-sama neneknya pada saat terakhir.
“Saya sendiri pun tak dapat nak memaafkan diri saya. Pada hari tersebut saya tidak ada untuk berjumpa dengannya. Benda ini yang buatkan saya rasa sedih,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan jumlah undian 86,370,777, Nurul Jannah Munner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 pada malam ini. Janna sekaligus membawa pulang sebuah kereta, trofi dan telefon bimbit dari penaja utama, Xiaomi.
Jumlah undian terkumpul itu jauh meninggalkan jumlah undian sebanyak 22,332,676 yang melayakkan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Sekaligus, Janna Nick telah memecahkan rekod sejarah penganjuran ABPBH.
Dengan nada sebak, Janna memulakan ucapan dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, “Alhamdulillah, thank you Allah. Pertama sekali, saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan untuk layak menerima anugerah ini. Terima kasih Janna Nicker kerana ada dengan saya dari awal pembabitan karier saya sehinggalah saya hampir jatuh tersungkur pada awal tahun ini.
“Terima kasih kerana menghadiahkan anugerah ini sebagai pemangkin semangat untuk saya teruskan karier seni saya. Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, kepada rakan-rakan media. Kepada semua yang pernah memberikan saya peluang, saya hargai setiap peluang yang hadir kepada saya. Terima kasih kepada keluarga saya. Dini Schatzmann, saya cintai anda.
“Dan kepada anda di luar sana, sekiranya anda merasa sedih, kecewa dan merasakan dunia ini tidak adil, jangan pernah putus asa kerana pasti akan ada sinar buat kita semua.
“Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah, bukan Janna Nick..” simpulnya yang cantik mengenakan gaun serba metalik rekaan Wanpa pada malam ini.
*
Terdahulu, Janna telah memenangi kategori Pengacara TV Popular menerusi program hiburan, Melodi dan kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Tambah Janna lagi apabila ditanya wartawan mengapa dirinya dilihat sebak dengan kemenangan ini, katanya dia sudah mengalirkan air mata sejak berada di bawah pentas lagi selepas keputusan diumumkan.
“Saya rasa sedih kerana saya tahu perjalanan saya ke saat ini bukanlah mudah.”
“Saya bukan Malaysian sweetheart, saya ialah seorang artis yang banyak buat hal. Saya tahu.”
“Tahun ini banyak memberikan pengajaran buat saya, ia membuatkan saya sangat kecewa dan saya anggap ia adalah ujian Allah buat saya. Saya hampir putus asa dengan industri seni dan tidak mahu berada di bawah spotlight.
“Saya sudah cakap ingin mengundurkan diri kepada para peminat dan saya anggap ini sebagai hadiah mereka kepada saya. Selagi mereka inginkan saya, saya akan terus menghiburkan mereka. Tapi dengan keadaan mental saya, saya akan cuba hadkan (aktiviti seni). Ini kerana untuk berada dalam bidang seni sekarang bukanlah perkara mudah.
“Saya tiada privasi, saya hilang kehidupan peribadi saya. Apa yang saya pakai, salah. Apa yang saya kata, salah. Apa yang saya buat pun salah. Jadi saya rasakan (kemenangan) ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar untuk terus bertahan. Kepada senior-senior saya yang boleh bertahan hingga ke hari ini, saya mengucapkan syabas kepada anda kerana tanggungjawab sebagai seorang selebriti bukanlah perkara yang mudah. Dihencap, dikecam; itu adalah makanan kami. Tersalah langkah, habislah kami.”
“Kepada sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, sekiranya saya ada menyakitkan hati sesiapa atau berkelakuan yang menyenangkan hati. Saya amibil peluang ini untuk minta maaf banyak-banyak.
“InsyaAllah rezeki yang diberikan hari ini akan menjadikan saya seorang manusia yang insyaAllah menjadi inspirasi dan menyebarkan perkara yang positif kepada orang ramai,” luahnya di karpet merah setelah acara tamat.
Sembilan tahun Janna Nick menceburi industri seni. Memasuki beberapa bulan saja lagi sebelum dia meraikan sedekad pembabitannya sebagai seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah; gadis kelahiran Alor Setar ini seboleh mungkin ingin menyimbangi antara kerjaya sebagai seorang selebriti dan gadis yang menjalani kehidupan biasa seperti kita semua.
Dengan kehadiran bulan Syawal yang bakal menjelang esok, pasti ramai di antara korang yang berdepan dengan isu telekung kekuningan dan dilemma untuk membeli telekung baru untuk dibuat solat Hari Raya kan?
Penulis rasa tak perlu kot, ini kami kongsikan 4 tip untuk buatkan telekung putih kekal bersih sentiasa.
Keringkan wajah sebelum pakai telekung
Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.
Rendam telekung dengan air rebusan lemon
Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.
Cuci dengan baking soda
Baking soda boleh digunakan untuk membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.
Tambahkan cuka ketika cuci
Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.
Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung setiap tahun. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang.Tapi kalau mampu nak beli tiap tahun why not kan.
Pelakon dan penyanyi, Nadia Aqilah tampil berkongsi tentang perihal anaknya yang bertanya tentang warna kulit dirinya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Zaiton: Ceritaku itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
“Berapa hari ini, you’ have been asking me about your skin. Why is it brown and not peach color like a friend of yours in school. ‘Tapi kenapa Bayu ada peach skin, I want peach skin Mama. It’s better right?. Hey, sorry eh brown skin pun cantik, ada golden-golden pakai blusher jadi glow-glow tau’.
“Sigh. We knew this day will come but we would never thought it would come before she even turn 5. We also know her school has multiracial teachers that will never comment about such thing. Oleh itu, parents, marilah sama-sama we do better. Yeah ok your kids probably love Elsa and yeah ok she’s beautiful and all but let’s not talk about which skin color is better or nicer, ehhhh tak perlu. It starts from us.
“Teach our kids to leave badan orang lain, alone let it be in whatever shapes and sizes as long as it is healthy. Remuk hati Mama, dengar awak cakap macam itu. Took me 20 years to accept my skin and body because of such mentality and I will protect you from going through what I did. Senja, awak dan semua teman teman awak yang berkulit chocolate milk are smart, silly, funny, kind and that’s what makes you my beautiful cool girl. Nothing will change that,” coretnya panjang.
Pemerhatian Remaja mendapati, hantaran Nadia tersebut dihujani pelbagai komen rakan selebriti dan pengikut yang rata-rata meniupkan semangat buat anak perempuan pelakon itu.
“My glorious sunset, kamu menawan sentiasa,” komen pelakon Sharifah Amani.
“Alahai Senja, brown is beautiful okay,” komen juga pelakon Catriona Rose.
Sekadr info, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Saiful Ridzuan Sharafuddin yang juga vokalis kumpulan Seven Collar T-Shirt pada 21 April 2018.
Pada 4 Disember 2019, Nadia dan Saiful Ridzuan telah dikurniakan cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Senja Aqila. Pada tahun 2023, Nadia dikurniakan pula anak lelaki, Bayu Aria.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...