Kadang-kadang dek terlalu banyak bahan disimpan dalam peti sejuk sehingga tak sedar ada yang sudah tamat tempoh.
Salah satu makanan yang cepat expired ialah susu.
Tarikh luput dan lain-lain penanda tarikh pada produk makanan digunakan untuk menunjukkan hayat penyimpanan (shelf life) produk makanan tersebut. Hayat penyimpanan bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang selamat dan membantu membuat pilihan yang betul berkaitan dengan cara makanan itu dimakan – dimasak, dibuat jeruk,disimpan dalam peti sejuk, dimakan segar dan sebagainya.
Walaupun tidak boleh dimakan tapi ia masih berguna. Jadi jangan membazir okay!
Menurut Gardening Know How, susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin dan gula yang dapat membantu menambah nutrisi serta membantu pertumbuhan tanaman yang lebih besar dan kuat.
Meskipun susu bukanlah sesuatu yang diperlukan oleh tanaman sepanjang waktu, ini adalah cara yang bagus untuk penggunaan semula yang biasanya akan terbuang sia-sia, ianya memberi manfaat kepada tanaman dan bumi.
Bukan hanya susu basi kita boleh gunakan, malah sebenarnya boleh juga menggunakan susu segar, susu evaporasi atau bahkan susu formula. Pertama sekali larutkan terlebih dahulu susu dengan nisbah air dan susu yang sama banyak. Kemudian, masukkan campuran ke dalam botol semburan dan semburkan ke daun tanaman atau tuangkan sedikit di sekitar pangkal tanaman seperti menyiramnya.