Sehari dua ini ramai aktivitis, doktor, pakar motvasi, ahli agamawan dan lapisan masyarakat membicarakan soal seorang lelaki, Che Abdul Karim Che Hamid, 41 berasal dari Gua Musang yang mengaku telah bernikah dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada raya ke-4 di Thailand.
Kes ini tular dan mendapat liputan meluas selepas madu ke-2 iaitu Effa Zulkifle telah menyiarkan kisah perkahwinan suaminya buat kali ketiga dengan kanak-kanak, Ayu yang juga warga Thailand dan perkahwinan ini berlaku akibat kemiskinan di mana kedua ibu bapanya penoreh getah dan Che Abdul Karim adalah peraihnya.
Lebih memeranjatkan, Ayu turut berkawan dengan anak-anak lelaki berkenaan sebelum menjadi isteri ketiga. Lebih kontroversi dalam temubual bersama Harian Metro berkata walaupun ramai yang menentang perkahwinan ini, namun dia tidak akan lepaskan isteri ketiga hanya kerana desakan pelbagai pihak. Jelasnya, perkahwinannya sah di sisi agama walaupun salah dari segi undang-undang,”
Dalam pada kita membicarakan perkahwinan “tak masuk akal ini”, Pakar Obestetrik & Ginelokologi, Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist ketika diminta mengulas dari sudut perubatan berkata, tiada masalah jika penestrasi (kemasukan @ hubungan kelamin) berlaku kerana vagina bersifat elastik.
“Tiada koyakan besar seperti kes rogol sebaliknya jika doktor memeriksa, hanya koyakan selaput dara terjadi. Ini bagi kes-kes sumbang mahram yang pernah saya handle dulu.
“Kalau dia sudah baligh, tiada masalah walau usianya muda. Seandainya dia tidak pernah datang haid, ia sama juga. Ada ketika usia nampak muda tetapi ada kanak-kanak akan kelihatan matang seperti gadis remaja,” katanya ketika dihubungi.
Ditanya apa risiko mengandung di usia muda, kata Dr Noorashikin, ada dua risiko. Pertamanya tulang punggung belum matang dan tidak terbuka, ia memberikan kesan semasa proses meneran.
“Keduanya disebabkan tulang punggung tak matang, untuk menyelamatkan nyawa ibu, pembedahan adalah pilihan utama. Kanak-kanak susah untuk bersalin secara normal berbanding orang dewasa kerana dua aspek di atas. Ini dua sebab mengapa gadis di bawah umur tidak digalakkan mengandung dan melalui proses bersalin berbanding wanita matang,” katanya.
Dalam pada itu, jelas Dr Noorashikin, apa yang dibimbangi selain tulang punggung tidak terbuka selain perlu melalui proses pembedahan, kanak-kanak juga biasanya akan terganggu dari aspek emosi.
“Mungkin dia kurang faham tentang perlu menjaga anak dalam usia muda, menguruskan rumah tangga, perlu melalui pelbagai perkara selain banyak aspek dari segi emosi dan mental yang perlu dijaga,” kata Dr Noorashikin yang berkata, seandainya bersalin di bawah usia 12 tahun, ibu masih boleh menyusukan anak kerana payudara akan memproses susu ketika proses mengandung.
“Mungkin payudara agak kecil tetapi susu tetap boleh dihasilkan. Lain-lain proses terutama organ intim wanita boleh menerima apabila penestrasi berlaku. Ia sama seperti wanita atau remaja bersalin. Banyak kes-kes sumbang mahram melibatkan usia muda dan mangsanya adalah kanak-kanak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, kes ini terus menjadi kontroversi kerana isteri kedua, Effa dalam fbnya menulis, dia dan madunya (isteri pertama) memberi bayangan akan bercerai dan menjaga sendiri anak-anak. Malah ramai netizen yang mendoakan agar dirinya kuat kerana rata-rata mereka seakan tidak percaya seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak berusia 11 tahun.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datin Seri Wan Azizah Ismail dalam kenyataannya hari ini meminta agar perkahwinan ini dibubarkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, status mereka tidak sah kerana prosesnya bercanggah dengan Enakmen Keluarga Islam yang menggariskan sebarang perkahwinan bawah umur, iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun untuk lelaki, perlu mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.
Justeru, beliau berkata, pasangan terbabit perlu dipisahkan segera walaupun perkahwinan mereka diwalikan bapa kanak-kanak perempuan itu yang difahamkan berasal dari selatan Thailand.
Katanya dia telah merujuk kes ini dengan seorang hakim Mahkamah Syariah yang menjelaskan perkahwinan mereka tidak sah kerana bercanggah dengan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebagai remaja seharusnya kita melalui alam penuh keindahan ini dengan pelbagai cara dan bukannya dibebani dengan soal menjadi terlalu dewasa dengan terlalu cepat. Sebarang masa yang berlalu tak akan boleh berulang kembali.