Sweded Trailer ‘Avenger Infinity Wars’ Dari Sekumpulan Remaja Malaysia Curi Perhatian Pengarahnya, Russo Brothers!

Share

Populariti filem daripada Marvel Studio sememangnya tidak dapat kita pertikaikan lagi. Apatah lagi mereka akan muncul dengan filem terbaru yang mengumpulkan hampir kesemua watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) di dalam ‘Avengers: Infinity Wars’. Filem ke-19 daripada MCU ini akan ditayangkan di seluruh dunia pada bulan hadapan dan ia pastinya akan menjadi sebuah karya blockbuster.

Seiring dengan popularitinya, ramai peminat filem dan komik begitu teruja dengan kemunculan filem terbaru Marvel ini. Antara salah satu tribute yang istimewa dilakukan mereka ialah menghasilkan trailer berbajet rendah atau remake

juga dikenali sebagai sweded trailer.

Sweded trailer membawa maksud penghasilan semua karya filem (dalam kes ini, trailer) dengan menggunakan bajet terhad dan kamera biasa. Dan proses ini dipanggil ‘sweding‘. Istilah ini dikatakan mula popular menerusi filem Michel Gondry, ‘Be Kind Rewind’.

Kalau korang buka YouTube dan taip ‘Sweded Trailer’; sebenarnya sudah banyak yang dihasilkan oleh peminat filem dari seluruh dunia. Ia menjadi cukup unik dan mencuit hati kerana telatah mereka menghasilkan sebaik mungkin untuk sama dengan karya asal.

Dan itulah yang dilakukan oleh sekumpulan remaja Malaysia. Seorang pengguna Twitter menggunakan nama AIman Sany, tweethandle @awesomerawks telah menghasilkan sweded trailer ‘Avengers: Infinity Wars’. Dia telah memuat naik video tersebut di Twitter miliknya semalam.

Tonton video mereka di bawah:

 

Antara babak menarik pilihan Remaja!

 

 

Dan kini ia telah ditonton (ketika artikel ini ditulis) di Twitter sahaja dengan lebih 1.34 juta view! Malah jumlah retweet diterima mereka juga mencecah 40 ribu.

Dengan kapsyen ‘Who did it better?’ dan turut mention Twitter rasmi @MarvelStudios tanpa sebarang hashtag, ia menjadi tular dalam sekelip mata.

Muncul dengan konsep D.I.Y, trailer sweded ini ternyata berjaya mencuri banyak perhatiam. Pada mulanya ia dikatakan popular di kalangan pengguna Twitter di negara kita sahaja namun ia tidak lama. Kini, video tersebut telah tersebar dan mendapat banyak reaksi daripada pengguna Twitter seluruh dunia.

Antara peralatan yang digunakan mereka ialah pinggan yang bertindak sebagai ‘shield‘, rim tayar sebagai kapal angkasa, batang penyapu sebagai senjata dan banyak lagi.

Kreativiti mereka menggunakan apa perlatan apa sahaja yang ada membuatkan ramai yang menonton video ini mudah terhibur.

Dan lebih istimewa lagi apabila pengarah ‘Avengers: Infinity Wars’, Anthony dan Joe Russo menerusi akauan Twitter mereka, @Russo_Brothers turut melakukan Quote Retweet video tersebut dengan kapsyen ‘Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avngers 5?’.

Of course ia hanyalah gurauan daripada dua pengarah hebat ini. But the fact that Aiman and the gang mampu buat mereka sedar kewujudan hasil karya mereka ini sudah cukup hebat. Apatah lagi dari remaja dari Malaysia!

Kepada Aiman dan rakan-rakan, kami di Remaja terhibur!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim