Piza berbentuk empat segi pernah kami lihat, apatah lagi piza berbentuk bulat yang sering kita pesan.
Namun, jarang sekali kita dapat melihat piza berbentuk hati atau ‘love’ seperti yang diperkenalkan oleh Pizza Hut Malaysia ini!
Bermula esok, korang boleh memesan dan menerima Pizza Heart sempenan musim meraikan perasaan cinta sesama kita.
Tak kisahlah jika korang mencintai ibu bapa, adik beradik, BFF ataupun telahpun memiliki pasangan yang serasi, tak salah rasanya untuk kita meluahkan rasa sayang kepada mereka pada bulan ini.
Ads
Tambahan pula apabila kita semua jauh terpisah pada musim pandemik COVID-19 kali ini, penghantaran Pizza Heart boleh mengubati kerinduan di antara korang dan insan yang paling korang sayangi.
Okay lets get into this pizza.
Editor Remaja bersama kotak Pizza Heart yang diterima..
Ads
Pizza Heart ini dibungkus khas dalam kotak merah berbentuk hati. Begitu juga dengan bentuk piza di dalam kotak tersebut!
Dengan 8 kepingan piza yang dipotong daripada bentuk hati itu, ia cukup bagi hidangan dua orang. Sweet-kan!
Seperti yang telah REMAJA perolehi pada hari ini, Pizza Heart ini ditawarkan dalam tiga jenis perisa iaitu Pepperoni ayam atau daging, Hawaiian Chicken dan Aloha Chicken.
Ads
Bagaimanapun, besar kemungkinan ada perisa lain yang akan diperkenalkan oleh Pizza Hut dalam senarai menu mereka yang akan dikeluarkan esok.
Istimewanya menerusi kempen ini, Pizza Hut juga menyediakan penghantaran terhad Pizza Heart ke Singapura dan negeri-negeri lain di seluruh negara kepada pelanggan terpilih.
Untuk mendapat peluang keemasan itu, apa yang korang perlu lakukan adalah memberikan respon kepada muat naik terbaru Pizza Hut di Facebook rasmi mereka esok.
Bagi memesan Pizza Heart pula, korang boleh lakukannya di LAMAN WEB mereka atau menerusi aplikasi Pizza hut. Jangan lepaskan peluang edisi terhad ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah ketuat bukan lagi perkara baru kerana ramai yang pernah mengalaminya. Ada yang tumbuh di kaki dan ada juga di bahagian tangan. Senang cerita, kalau ketuat ni tumbuh memang kita akan rasa tak selesa dan seboleh-boleh nak hilangkannya.
Menurut portal myhealth, ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus. Virus ini merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.
Jenis jenis ketuat
1. Biasa – Kecil, keras, kasar dan biasanya terjadi pada jari-jari.
2. Plantar – Tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
3. Flat – Terjadi pada muka dan tangan.
Jadi, apa perlu korang buat kalau nak hilangkan ketuat ni? Kalau nak tahu caranya, ini perkongsian yang telah dibuat oleh Hanis Samsuddin dan yang paling best, korang boleh lakukannya sendiri di rumah.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat:
Apple Cider Vinegar – Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tiada Apple Cider Vinegar, korang juga boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi harganya mahal.
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Boleh juga guna Facial cotton.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung daripada tindak balas cuka.
Sapu vaseline di sekeliling ketuat (jangan terkena pada ketuat tersebut).
Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster.
Biarkan semalaman.
Ketuat yang tidak disapu vaseline, kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan korang menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tidak akan rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga, bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. ini bermaksud sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
Ketuat dah pun mati.
Apabila ketuat dah jadi macam ni, boleh korek sikit demi sedikit.
Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan telah berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.
Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental ini dimulakan dek keperluan yang semakin meningkat bagi membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan mental khususnya ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Gabungan yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiative ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu rakyat dan individu yang terkesan kerana kesihatan mental.
.
Dalam satu kenyaatan media oleh RID3300, Tengku Puteri Iman Afzan yang bertindak sebagai penaung Diraja akan aktif mempromosikan kesihatan mental sekaligus pimpinan dan kebijaksanaan baginda memainkan peranan yang sangat penting bagi menggalakkan kesihatan mental.
Terdahulu pada September lalu, Tengku Puteri Iman Afzan merupakan penaung antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 dan pelantikan tersebut diakui oleh Pertubuhuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jika dahulu diawal kemunculan platform media sosial seperti Friendster, Myspace dan Facebook, aplikasi ini merupakan tempat untuk kita saling berhubung antara satu sama lain.
Hubungan yang jauh kita rapatkan dan hubungan yang sedia dekat kita eratkan. Namun kini media sosial sudah berubah 360 darjah yang mana ia berevolusi menjadi medan mencari rezeki, pengiklanan dan sebagainya.
Seiring dengan perubahan ini, mula muncul kelompok ‘social media influencer’ ataupun dalam bahasa melayu, pempengaruh media sosial yang rancak menghiasi dunia digital tempatan.
Masing-masing hadir dengan ratusan ribu jika tidak jutaan pengikut yang setia menyaksikan setiap keletah dan juga gambar menarik ataupun jelik yang dirakam lensa kamera masing-masing.
Demi Content, Semua Boleh?
Kalau dalam bidang pengiklanan, pempengaruh boleh dibahagikan kepada pempengaruh makro dan juga mikro.
Mereka yang memiliki kurang pengikut (mikro) juga boleh dikira sebagai pempengaruh, kerana kandungan yang dipaparkan di media sosial mereka bersasar kepada pengikut yang setia.
Dengan lambakan aplikasi yang dimonopoli oleh golongan muda seperti Instagram, Twitter dan Tiktok, pelbagai cara boleh diraih untuk memiliki ramai pengikut.
Apa yang pasti, setiap hari perlu ada ‘content’ untuk disajikan kepada pengikut agar mereka tidak dilupakan. Tidak mudah untuk mengekalkan pengikut kerana jika tiada paparan menarik yang boleh disajikan pasti jumlah mereka akan susut.
Namun sejauh mana status pempengaruh media sosial ini sebenarnya?
Adakah golongan ini benar-benar pempengaruh ataupun sekadar individu yang memiliki platform pengiklanan sahaja sebagai punca pendapatan?
Menurut Freberg et al (2019), pempengaruh media sosial mewakili pihak ketiga penajaan yang membentuk sikap pengikut melalui blog, ciapan dan penggunaan media sosial lain.
Manakala bagi Gory & Westbrook (2009) pula, mereka menyifatkan pempengaruh media sosial sebagai pihak yang menjalinkan hubungan demi mempromosikan sesebuah jenama atau organisasi.
Kebelakangan ini, sikap yang suka menularkan sesuatu perkara bagaikan barah dalam kalangan mereka yang konon-kononnya memiliki kuasa di media sosial. Maki hamun dan sumpah seranah keluar dari mulut seperti air longkang yang mengalir tidak henti terus ke loji penapisan.
Siapa yang memberi hak kepada mereka untuk merasakan diri mereka lebih ‘besar’ berbanding orang lain? Pengikut? Ataupun timbul perasaan yang diri lebih hebat hanya kerana banyak mata yang memerhatikan tingkah laku serta apa sahaja yang dimuat naik di media sosial?
Tidak bermakna memiliki ramai pengikut menjadi tiket untuk memalukan individu lain. Ketidakpuasan hati seharusnya disiasat dahulu dan dibincangkan secara baik, tidak perlu melibatkan pengikut media sosial yang bersedia menjadi mata ketiga.
Kes-kes seperti memalukan bentuk tubuh orang lain, menunjuk ‘macho’ dengan mencari gaduh di gelanggang sukan, memaki hamun pemilik kedai serta menggelar dan mengugut penjawat awam dengan perkataan yang tidak elok antara contoh terdekat yang tular.
Jika sekadar hendak memuaskan hati sendiri, ia tidak berbaloi bahkan memalukan diri kerana setiap perlakuan dan kata-kata adalah cerminan peribadi seseorang.
Pentas media sosial dan juga kuasa pengikut yang dimiliki seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin, jika itu merupakan punca rezeki jagalah ia dengan baik.
Tepuk dada tanya selera, adakah anda benar-benar ‘social media influencer’ atau hanya sekadar platform mengulas iklan dan mewakili jenama yang pada penghujungnya akan melihat sejauh mana ‘engagement rate’ setiap hantaran yang dibayar?
Untuk menggelarkan diri anda sebagai seorang pempengaruh, gelaran ini datang dengan beban yang besar, nilai positif yang ditonjolkan serta peribadi diri harus bergerak seiring lantas memberi impak yang baik.
Gunakan kuasa pempengaruh yang dimiliki untuk mencipta manfaat sesama insan sekaligus mampu memperkasakan komuniti.
***P/S – Untuk anda yang suam-suam kuku di media sosial, di zaman yang serba pantas ini segala perkara hendak dimuat naik dan masing-masing berlumba menjadi yang pertama menyampaikan berita agar banyak tanda suka diterima. Tapi ingat ya, jangan sebar kalau tidak pasti!