
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, antara elemen penting yang menjadi perhatian adalah busana yang digayakan oleh ratu sehari. Penampilan yang berseri cantik dipandang menjadi tumpuan dalam majlis yang dianjur secara gemilang.
Semalam, Sweet Qismina yang sudahpun mengikat tali pernikahan bergelar isteri kepada Adam Lee. Dia tampil anggun bak sang puteri dalam persalinan sedondon dengan suaminya itu. Busana yang digayakannya merupakan hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaini.
ARTIKEL BERKAITAN: Mempesona, Cantiknya Busana Songket Biru Uqasha Senrose Rekaan Rizman Ruzaini
Wanita berusia 25 tahun ini memiliki figura tubuh kecil molek, walaupun begitu dia tetap nampak menawan dalam busana ballgown kembang penuh yang dihasilkan daripada kain songket. Menjadikan busana tersebut lebih dramatik, rekaan pada bahagian lengan diberikan efek puff.
Menyerlahkan lagi keanggunan dan juga nilai esksklusif, busana tersebut dihias sarat dengan tatahan jemeki dan juga sulaman mewah. Tidak lengkap jika tidak mengenakan perhiasan kemas, Sweet hanya mengenakan rantai, anting-anting dan juga tiara kecil.
Wajah ratu sehari ini telah ditatarias oleh jurusolek terkenal, Sheila Mohamad manakala rambutnya pula didandan oleh hairstylist terkenal, Ckay Liow.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Godzilla vs Kong Penuh Aksi Pertempuran Menarik, Tak Rugi Tonton Di Pawagam

Filem yang dinanti-nantikan akhirnya bakal menemui penonton tidak lama lagi. Sudah beberapa kali ditunda tayangannya, Godzilla vs Kong kini sudah boleh ditonton di pawagam seluruh negara.
Sebelum ini, filem terakhir yang bertemakan raksasa terbitan studio perfileman Legendary adalah Godzilla: King of The Monster yang ditayangkan pada Mei 2019. Namun, filem tersebut hanya berjaya mencatatkan kutipan sebanyak USD385.9 juta berbanding kos pembikinan yang dianggarkan mencecah USD200 juta.
Bagaimana pula dengan filem sekuel Gozilla vs Kong ini pula? Mungkin ia mempunyai kelebihan kerana penonton sudah lama tidak disajikan dengan kehadiran filem-filem baru yang menarik akibat pandemik COVID-19.
Godzilla vs Kong menceritakan tentang kehadiran semula Godzilla di bumi akibat provokasi yang telah dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Kehadiran Godzilla dan King Kong membawa pertempuran diantara dua ‘gergasi’ yang menyerang penduduk bumi.
Filem ini diarahkan oleh Adam Wingard ini diberikan Titans alpha baru sebagai pencabar baru ketika Godzilla menentang Kong. Pertambahan titan baru ini merumitkan lagi pertempuran antara mereka dan ia melibatkan sebahagian daripada Mechagodzilla.
Boleh dikatakan sekuel kali ini lebih menarik kerana penuh dengan aksi di antara pertempuran titans. Kami juga berpeluang menonton di pawagam IMAX, sudah tentu ia lebih memberikan kesan bunyi yang terbaik sekali gus menjadikan filem ini menarik untuk ditonton.

Godzilla vs Kong sarat dengan aksi dan kesan CGI yang sangat baik sehingga menjadikan filem ini antara filem sains fiksyen yang unik. Kalau tonton filem raksasa seperti ini pastinya penonton mahukan scene pertempuran yang hebat bukan?
Jadi, tidak rugi sekiranya korang meluangkan masa untuk menonton Godzilla vs Kong kerana disamping menonton jalan cerita dan aksi pertempuran dua ‘gergasi’ hebat ini, secara tidak langsung ia dapat melepaskan kerinduan terhadap aktiviti menonton wayang yang rasanya sudah lama tidak dilakukan sejak pandemik COVID-19. Kalau pawagam dibuka pun tapi tak ada filem menarik. Betul tak?
Godzilla vs Kong akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Mac 2021. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem sekuel ini kerana banyak aksi menarik yang bakal menghiburkan korang.
Selamat menonton!
Corat Coret! 8 Fakta Menarik Miss Universe 2020

Sebentar tadi pentas Miss Universe 2020 telah melabuhkan tirai menyaksikan kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe yang terbaharu. Dari 74 negara yang menyertai pertandingan tahun ini, 21 peserta telah disenarai pendek untuk bergelar semi-finalis. Berikut adalah 8 fakta menarik tentang pertandingan tahun ini.
- Bekas Pemenang Miss World?
Congratulation Mexico! Andrea Meza yang merupakan pemenang Miss Universe tahun ini merupakan bekas pemenang tempat kedua Miss World bagi edisi tahun 2017. Ketika itu dia dikalahkan oleh Manushi Chillar dari India.

Kemenangannya membuktikan yang kekalahan kali pertama untuk merebut mahkota bukan penyebab tidak boleh berjaya pada percubaan seterusnya. Buktinya, dia kini pemenang pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia.
- Kemarau 50 Tahun Malaysia

Tahun ini Malaysia menyaksikan sekali lagi pesertanya unplaced di pertandingan Miss Universe. Harapan pencinta pageant tempatan untuk melihat Francisca Luhong bergelar semi-finalis berkubur. Kali pertama dan terakhir Malaysia menjadi semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi wakilan Josephine Lena Wong yang merupakan ibu kepada Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka.
Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia sehingga kini tidak berjaya di pentas Miss Universe? Sedangkan di Miss World, Malaysia lebih bernasib baik dan beberapa kali menjadi semi-finalis, terbaharu menerusi Alexis Sue-Ann pada edisi Miss World 2019. Semoga peserta-peserta yang akan datang berjaya menamatkan kemarau ini
- Kehilangan Beg Baju Miss Universe Myanmar
Tahukah anda, Miss Universe Myanmar, Thuzar Wint Lwin telah bertanding tanpa busana gaun petang dan juga kostum nasional asal yang dibawa ke Florida, USA. Bungkusan begnya dilaporkan telah hilang di atas kecuaian penerbangan yang dinaikinya.

Namun begitu, hal ini tersebut melemahkan semangat gadis cantik ini. Dia memecah sejarah apabila berjaya menjadi semi-finalis dan juga memenangi kategori Kostum Nasional terbaik walaupun hanya mengenakan busana gantian, yang penting mesej di sebaliknya cukup mendalam.
- Peserta Terendah Miss Universe 2020

Siapa kata untuk menjadi peserta Miss Universe perlu memiliki ketinggian setinggi galah. Ini dibuktikan dengan pencapaian Maria Thattil yang merupakan Miss Universe Australia. Dia hanya berketinggian 160cm dan merupakan peserta terendah edisi ke-69 Miss Universe. Usahanya berjaya menempatkan Australia berada di kedudukan 10 terbaik tahun ini.
- Peserta Kegemaran Tercicir?
Kehilangan Natasha Joubert, Miss Universe South Africa sebagai semi-finalis menjadi tanda tanya kepada pencinta pageant seluruh dunia. Masakan tidak, dia merupakan antara peserta kegemaran untuk sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan top 10 tahun ini. Namun kita tidak tahu apakah prestasinya di sebalik pintu ketika sesi temuduga bersama panel menjadi penyebab kegagalan untuk mara sebagai top 21.

Untuk pengetahuan pembaca Natasha hanyalah pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss South Africa sebelum ini, pemenang pertandingan tersebut dihantar ke Miss World, pemenang kedua dihantar ke Miss Supranational dan pemenang tempat ketiga pula ke Miss Universe. Adakah percaturan oleh organizasi negaranya silap langkah dengan menghantar pemenang tempat ketiga ke Miss Universe? Tiada siapa yang tahu.
- Pemecah Kemarau Top 5 India

Sekitar tahun 1990an negara India dianggap sebagai kuasa besar dalam pertandingan Miss Universe menyaksikan negara tersebut memenangi mahkota Miss Universe pada tahun 1994 dan 2000. Selepas itu tiada peserta dari India berjaya menembusi carta lima terbaik. Tahun ini kemarau itu dipecahkan oleh Adline Castellino yang berjaya mendapat tempat keempat.
- Fan Favourite
Vietnam antara kuasa Asia terbaharu di pertandingan Miss Universe. Ini dimulakan dengan kejayaan Hhen Nie pada tahun 2018 yang berjaya menempatkan diri di kedudukan Top 5. Sehingga kini Vietnam telah tiga tahun berturut-turut berjaya menjadi semi-finalis.
Sebelum itu pada tahun 2008, Vietnam juga berjaya menempatkan diri di kedudukan semi-finalis top 15. Tahun ini Miss Universe Vietnam, Nguyễn Trần Khánh Vân diumumkan sebagai pemenang bagi kategori undian peminat dan berjaya menempatkan dirinya di kedudukan Top 21 sebagai semi-finalis.
8. Miss Universe Paling Lama Dalam Sejarah
Disebabkan pandemik Covid-19, pertandingan Miss Universe 2020 terpaksa ditunda berkali-kali. Pertandingan yang sepatutnya dilangsungkan pada penghujung 2020 ini hanya dilakukan pada 16 Mei 2021. oleh itu, Zozibini Tunzi sebagai Miss Universe 2019 telah memegang mahkota Miss Universe selama setahun lima bulan sebelum menyerahkannya kepada Andrea Meza.
Baca lagi: Kisah Menyayat Hati Kostum Nasional Miss Universe Singapura. Sarat Mesej Kekinian!
Cemburu Dengan Kulit Wardina Anuar? Rahsianya Terletak Pada Serum Terbaru Daripada Wardah Ini

Sekilas pandang, sukar untuk mempercayai model dan pempengaruh hijabi, Wardina Anuar sudahpun bergelar seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
Wardina, 23 yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Ashraf Aley saling tak tumpah seperti pelajar-pelajar bujang di kolej dengan penampilannya yang sentiasa spot on dengan trend terkini.
Lebih membuatkan aura Wardina menonjol adalah disebabkan kondisi kulit wajahnya yang mulus, sihat, mempunyai tona kulit sekata dan berseri tanpa memerlukan calitan mekap tebal.

REMAJA sempat mendekati Wardina di beberapa acara yang dilangsungkan pada tahun ini dan mendapati model itu berjaya mengekalkan kecantikan raut wajahnya persis era usia belasan tahun sewaktu pernah menjadi model untuk majalah REMAJA.
Well, well, jika korang pun seperti kami yang dahagakan rahsia di sebalik penjagaan kulit Wardina, kini ia bukan lagi satu rahsia. Ini setelah Wardina mendedahkan dirinya merupakan pengguna tegar produk kecantikan jenama Wardah.
Sebagai jurucakap jenama yang berasal dari Indonesia itu, Wardina hanya akan kongsikan rahsia kecantikannya setelah mendapati sama ada ia berkesan ataupun tidak untuk dirinya sendiri.
Terbaru, Wardina telah mencuba inovasi Wardah Radiant Charge Serum yang diperkenalkan baru-baru ini.
Serum yang mengandungi 10% Vitamin C dan Asid Ferulik ini telahpun dicipta menggunakan teknologi terkini bagi membantu mencerahkan kulit wajah, mengurangkan bintik-bintik gelap dan menyegarkan sel kulit yang letih.
Siapa sahaja yang tidak mahukan kulit wajah yang lebih bersinar, bebas daripada kesan penuaan dan kusam – persis Wardina, bukan?
Oleh itu, korang kenalah mencuba sendiri Wardah Radiant Charge Serum secara konsisten jika inginkan hasil seawal tempoh sebulan.
Kongsi wakil jenama tersebut kepada REMAJA, serum baharu ini juga menggunakan teknologi Cell Power yang membolehkan kandungannya dapat diserap jauh lebih dalam pada kulit korang.
Ia terhasil daripada penyelidikan mendalam yang dilakukan oleh Wardah untuk memberikan solusi terbaik kepada penggunanya.
Dan paling penting, ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif tanpa mengakibatkan kerengsaan.
Ready for a change? Your skin deserves it! Oleh itu, dapatkan Wardah Radiant Charge Serum menerusi platform dalam talian dan juga di farmasi-farmasi popular di seluruh negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.