Sweet Qismina Tampil Bagaikan Puteri Dalam Persalinan Rizman Ruzaini

Share

Dalam sesebuah majlis perkahwinan, antara elemen penting yang menjadi perhatian adalah busana yang digayakan oleh ratu sehari. Penampilan yang berseri cantik dipandang menjadi tumpuan dalam majlis yang dianjur secara gemilang.

Semalam, Sweet Qismina yang sudahpun mengikat tali pernikahan bergelar isteri kepada Adam Lee. Dia tampil anggun bak sang puteri dalam persalinan sedondon dengan suaminya itu. Busana yang digayakannya merupakan hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mempesona, Cantiknya Busana Songket Biru Uqasha Senrose Rekaan Rizman Ruzaini

Wanita berusia 25 tahun ini memiliki figura tubuh kecil molek, walaupun begitu dia tetap nampak menawan dalam busana ballgown kembang penuh yang dihasilkan daripada kain songket. Menjadikan busana tersebut lebih dramatik, rekaan pada bahagian lengan diberikan efek puff.

Menyerlahkan lagi keanggunan dan juga nilai esksklusif, busana tersebut dihias sarat dengan tatahan jemeki dan juga sulaman mewah. Tidak lengkap jika tidak mengenakan perhiasan kemas, Sweet hanya mengenakan rantai, anting-anting dan juga tiara kecil.

Wajah ratu sehari ini telah ditatarias oleh jurusolek terkenal, Sheila Mohamad manakala rambutnya pula didandan oleh hairstylist

terkenal, Ckay Liow.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen