
Pelakon berkaliber, Mimi Lana tampil dengan ucapan terima kasih buat aktor berbakat besar, Syafiq Kyle selepas menerima kek brownies pemberian daripada pelakon itu.
Kek tersebut dikirimkan kepada bekas peserta Dewi Remaja itu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
BACA LAGI: “Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana
Menerusi perkongsian di Instastory, Mimi sempat menzahirkan perasaannya yang tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh bekas Hero Remaja itu.
“Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum pengambaran jauh. Tak sabar nak makan,” coretnya ringkas.
Pelakon drama hit Perempuan Itu turut berkongsi klip video pendek yang memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.
Menerusi ruangan kotak berkenaan, Syafiq sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pendek.
“Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana
10 Filem Islamik Indonesia Wajib Tonton Sepanjang Ramadan Ini

Isi Kandungan
ToggleIndonesia antara negara yang banyak menghasilkan filem-filem berunsurkan keagamaan. Paling best, bila kesemua filem mereka mampu meruntun jiwa rakyat Malaysia. Cewah!
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, bolehlah sekiranya korang nak menonton filem-filem yang memberi pengajaran ini. Lebih-lebih lagi tempoh PKP telah dilanjutkan, kami pasti masa korang bakal lebih terisi dengan menonton filem-filem ini. Hiks!
Kalau tak percaya, apa kata korang try cari filem-filem yang ada dalam senarai ini untuk ditonton.
1. Ayat-ayat Cinta 1 & 2
Filem ini berkisarkan tentang isu poligami dan bukan hanya sekadar filem cinta biasa kerana ia juga mengajar tentang kehidupan sebagai seorang umat Islam.
2. Perempuan Berkalung Sorban
Filem ini mencetuskan kontroversi kerana jalan ceritanya mengandungi kekerasan dan penyampaian nilai-nilai sosial mereka dianggap menjadi sebab orang Islam untuk murtad. Namun begitu, banyak ilmu yang korang dapat.
3. Di Bawah Lindungan Kaabah
Kisah cinta dua darjat antara Hamid dan Zainab, seorang lelaki yang telah difitnah kerana dianggap berkelakuan tidak sopan terhadap wanita akhirnya mengembara ke Makkah dan menunaikan haji seperti yang diimpikannya.
Di Makkah, Hamid terus beribadah hingga akhirnya dia meninggal dunia di hadapan kaabah setelah mengetahui Zainab sudah tiada.
4. Haji Backpacker
Mengisahkan tentang seorang pemuda yang memberontak kepada Tuhan kerana patah hati apabila pernikahannya gagal disebabkan pengantin perempuan tiba-tiba menghilangkan diri. Dia sangat marah dan mengambil keputusan untuk menjadi backpacker dan hidup bebas.
Merantau dari satu negara ke satu negara yang lain, lelaki itu akhirnya sedar bahawa Allah tetap sayangkannya dan selalu menjaganya dengan baik.
5. Hafalan Shalat Delisa
Kisah seorang budak perempuan bernama Delisa yang berusaha untuk mengingati hafalan solat demi ujian sekolah dan hadiah dari ibunya, namun semua itu musnah ketika bencana tsunami melanda, memisahkan Delisa dengan keluarganya.
6. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
Filem yang diangkat dari novel best seller ini mengisahkan tentang keluarga Khairul Azzam yang menjadi inspirasi buat penonton kerana usaha gigihnya untuk menuntut ilmu hingga ke Cairo, sekali gus berjuang untuk menyara kehidupan keluarga.
Selain itu, kita juga dapat melihat bagaimana Azzam berusaha keras untuk menemukan jodohnya dan sentiasa memegang teguh dengan ajaran Islam.
7. Syurga Yang Tak Dirindukan 1 & 2
Filem ini juga berkisarkan tentang poligami yang tidak disengajakan tetapi oleh kerana si lelaki itu berpegang teguh kepada agama Islam, dia tetap cuba melayani isteri-isterinya dengan adil.
8. 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta
Kalau korang terjebak dalam kisah cinta berlainan agama, cuba tonton filem ini. Cerita percintaan melibatkan perbezaan agama ini amat menarik untuk ditonton kerana ia juga merupakan masalah yang memang berlaku dalam masyarakat kita.
9. Negeri 5 Menara
Menceritakan tentang kehidupan remaja muslim yang sering berkumpul di menara masjid pondok pengajian agama dan menamakan diri mereka sebagai pemilik negara.
10. ?
Filem ? (Tanda tanya) menceritakan tentang konflik keagamaan, seorang muslim yang bekerja di restoran Cina. Namun begitu, majikannya sangat menghormati agama Islam dan cuba untuk memastikan semua peralatan yang digunakan untuk memasak bebas dari makanan-makanan terlarang.
Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

Karya fenomena, Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97,3 pada Mac tahun depan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pemilihan karya daripada sutradara Jin Ong itu hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan ditetapkan oleh penganjur.
“Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
“Antara pencapaian tertinggi adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.
“Di peringkat tempatan, filem ini mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik,” kata kenyataan itu.
Selain itu, FINAS turut memaklumkan karya hebat tersebut telah mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta sehingga 30 September lalu selepas mula ditayangkan sejak 21 September lalu.
Abang Adik mencetus fenomena tahun lalu dengan kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Untuk info, Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren.
Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: GSC
“Saya Muntah Teruk Di ‘Seat’ Kapal Terbang” -Alvin Chong Keracunan Makanan Di Switzerland, Keadaan Semakin Pulih

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong terpaksa dikejarkan ke hospital di Switzerland apabila mengalami keracunan makanan, sebaik sahaja tiba di negara tersebut.
Menurut Alvin, dia memaklumkan dirinya mula rasa tidak selesa sewaktu transit di Bangkok, Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesempurnaan Memerlukan Praktik, Bukan Sekadar Teori..” Kebolehan Berbahasa Melayu Jadikan Kimberly Chuah UNIK
“Saya mula rasa tidak berapa sihat ketika transit di Bangkok. “Selepas itu, semasa penerbangan ke swizz, saya mengalami muntah teruk di tempat duduk kapal terbang itu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon naskhah popular Takdir Yang Tertulis itu berkongsi dirinya lantas mendapatkan rawatan sejurus sahaja sampai di Switzerland.
Alvin bagaimanapun memberitahu keadaannya kini semakin pulih selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
“Ketika kami mendarat, saya terus bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Saya juga melakukan ujian darah, ‘drip’ serta mendapatkan suntikan oleh petugas kesihatan di sana,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Alvin terbang ke Switzerland bagi pengambaran musik video yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Alvin Chong