
Aksi hari keempat skuad terjun negara di Hanoi, Vietnam sempena Sukan SEA 2022 menepati ramalan dan harapan rakyat Malaysia apabila mereka menyambar bersih pingat emas menerusi dua acara terakhir.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru 36 Tahun Sudah ‘OTW’ Dapatkan PhD Ketiga! Dr. Alif Jasni Kejar Ilmu Untuk Kepuasan Diri Dan..

Isi Kandungan
ToggleKali pertama bersua mata dengan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Alif Jasni sewaktu kunjungan REMAJA ke kampus tersebut sempena jelajar Remaja On Road (ROR) baru-baru ini, tiada langsung tanda-tanda beliau sudahpun berusia 36 tahun. Apatah lagi telah memiliki dua ijazah kedoktoran PhD serta empat ijazah Sarjana (Master)!
Dr Alif yang kini sedang menyambung penyelidikan beliau dalam bidang Sains Politik demi misi mengejar ijazah kedoktoran ketiganya tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang akademik tersebut di kala semakin ramai remaja di Malaysia memilih untuk tidak menyambung pelajaran usai menamatkan zaman persekolahan.

“Sebenarnya, ia merupakan hasrat peribadi saya sendiri.. dan merupakan satu kepuasan diri apabila saya mempunyai pengetahuan dalam beberapa bidang.
“Sejak saya berumur 24 atau 25 tahun, saya sentiasa berminat untuk mempelajari ilmu baharu. Lebih-lebih lagi bila dapat menyampaikannya pula kepada pelajar baharu saya dalam pelbagai bidang. Apabila saya menyahut cabaran PhD ketiga ini pula, ia secara tidak langsung membuka peluang kepada saya untuk bekerja bersama kawan-kawan dari bidang berlainan.
“Kadangkala, kita tidak tahu end product daripada apa yang kita lakukan. Tapi yang pasti, sebarang usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil,” katanya yang menjadikan Dr Soo Wincci sebagai salah seorang figura yang membakar semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.
“Di Malaysia ini, ada sahaja individu lain yang memiliki kelayakan PhD kedua. Merekalah yang sedikit-sebanyak memberikan saya semangat untuk melakukannya juga.
“(Dr Soo Wincci) aktif mempelajari beberapa bidang dan seterusnya memperolehi ijazah. Saya selalu mengikuti perkembangannya dan perkongsian beliau di Facebook misalnya selalu juga keluar di halaman timeline.”
Tidak Tahu Duduk Diam
Dalam usaha untuk menamatkan penyelidikannya, Dr. Alif Jasni kini menjadikan perjalanan dari Sintok, Kedah ke Pulau Pinang sebagai rutinnya. Ditanya sekiranya beliau pernah menyerah di tengah jalan akibat penat mengejar bermacam-macam perkara pada usia muda, Dr. Alif menyifatkan rasa penat itu sebagai norma seorang mahkluk bernama manusia.
Kadangkala semangat memuncak tinggi, kadangkala kepenatan pula membadai jiwa. Disebabkan itulah, beliau menyeru agar mana-mana pelajar untuk tahu ‘membaca’ kehendak tubuh sendiri.
“Kadangkala ada masa kita akan merasa down. Saya sendiri akan mengambil masa seminggu dua, lupakan seketika masalah yang melanda sambil melakukan perkara menyeronokkan sebelum bangkit semula.
“Saya memang banyak minat berbeza. (Ketawa) Saya minat berlari treadmill, berbasikal dan pada masa yang sama sedang mengambil jurulatih peribadi gym (personal trainer) setiap malam Isnin di Perlis.
“Saya berdepan dengan sedikit isu kesihatan tulang belakang. Oleh itu, inilah di antara aktiviti yang boleh saya lakukan mengikut kemampuan. Pada masa sama, saya juga berkesempatan mengambil kelas muzik pada malam Jumaat pula untuk mempelajari skil gitar, nyanyian dan vokal.
“(Ketawa) Saya memang jenis begitu, tidak boleh duduk diam! Kalau tiada benda nak dikejar atau masa tidak dipenuhi dengan agenda, rasa macam pelik pula. Dari kecil, saya sudah diajar sebegitu rupa. Cuma apabila sudah dewasa sekarang, barulah saya perolehi peluang untuk mengejar semua ini memandangkan hobi-hobi ini melibatkan sumber kewangan.
Yang penting bagi saya dalam hidup ini adalah consistency. Apa jua yang ingin kita lakukan, kita perlu teruskan sampai habis. Penat itu of course ada. Tidur terlebih-lebih pun boleh jadi penat. Tapi pastikan kepenatan kamu itu berbaloi dengan apa yang kamu usahakan. Saya akan pastikan saya siapkan juga (penyelidikan) walaupun sepanjang perjalanan itu akan timbul pelbagai jenis cabaran. Saya akan cari juga cara untuk atasinya,” ujarnya.
Bucket List Seterusnya
“Saya pernah bertanyakan kepada diri sendiri, apa lagi yang belum saya capai setakat ini? Jadi saya sudahpun setkan di minda untuk menyudahkan salah satu agenda bucket list saya iaitu mempelajari gitar sehingga mahir sebelum usia 40 tahun. Pelajaran sudah dalam genggaman, jadi sekarang tiba masa untuk mengasah bakat pula.
“Saya baru sahaja memulakannya dan dalam masa lima tahun ini, saya ingin tamatkannya. Gitar bagi saya merupakan instrumen yang lebih mampu milik untuk berlatih. Mana tahu, satu hari nanti selepas tamatkan kelas gitar ini, saya akan beralih ke skil bermain piano pula,” kongsinya lagi.
Begitulah semangat yang ada pada Dr. Alif Jasni! Satu figura yang wajar dijadikan sumber inspirasi buat korang yang sedang mendaki menara gading. Kalau beliau boleh, apatah lagi mereka yang masih mempunyai keupayaan jitu untuk meneruskan misi mengejar ilmu bernilai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Azeem Fahmi Raih Gangsa Acara 100m Sukan Asia Ke-19. Tamatkan Kemarau 41 Tahun!

Pelari pecut terkenal negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi melakar sejarah tersendiri apabila dia berjaya memecahkan kemarau 41 tahun kem olahraga dalam acara 100m Sukan Asia dengan memenangi pingat gangsa sebentar tadi.
Azeem berjaya mencatat masa 10.11s berada di belakang Xie Zhenye dari China yang merekodkan catatan 9.97s untuk bergelar juara, manakala bintang muda Thailand, Puripol Boonson dengan masa 10.02s untuk meraih pingat perak.
Biarpun tidak berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09 saat, kejayaan Azeem dilihat sebagai satu suntikan semangat terutamanya untuk pasukan Malaysia dalam sukan olahraga.
Imbas kembali, kali terakhir Malaysia berjaya memenangi pingat dalam acara sukan tersebut adalah pada tahun 1982 di New Delhi menerusi prestasi cemerlang Datuk Rabuan Pit.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Juara Kejohanan Badminton Dutch International 2022, Myisha Khairul Terima RM10 Ribu Daripada Kerajaan Negeri Johor

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah perumpamaan yang sesuai dikatakan kepada remaja berusia 19 tahun ini. Semalam, Myisha Mohd Khairul telah mengharumkan nama negara apabila dia menjuarai Kejohanan Badminton Dutch International 2022.
Dia yang merupakan pemain perseorangan muda negara telah mencipta sejarah tersendiri kerana ini merupakan kejuaraan sulungnya di pentas antarabangsa. Di peringkat akhir pertandingan itu dia mengalahkan rakan sepasukan, Siti Nurshuhaini Azman dengan mata 21-19, 18-21, 21-19 dalam aksi sengit yang berlangsung selama 70 minit.
Sebelum ini, Myisha antara atlet penting dalam pasukan wanita negara yang meraih gangsa pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Februari lalu.
Dalam perkembangan terkini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan ganjaran buat Myisha yang merupakan anak jati Johor Darul Takzim. Dalam satu hantaran di Instagramnya, beliau mengumumkan berita gembira tersebut.
“Tahniah Myisha Khairul atas kejayaan menjuarai Dutch International 2022. Saya dan seluruh warga Johor tumpang bangga dan gembira! Myisha yang saya kenal memang seorang atlet yang amat komited dan sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.
“Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM10,000.00 atas kejayaan beliau mengharumkan Negeri dan Negara,” tulisnya.
Hadiah yang diberikan ini merupakan satu token hasil kerja keras atlet dan sebagai satu penggalak untuk menaikkan semangat mereka.
Ujarnya lagi, “Semoga kemenangan ini turut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia. Luaskan Kuasamu Johor. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.