Ads
Home Hiburan Syafiq Farhain Terkena Kudis Herpes, Ini Perlu Kamu Tahu

Syafiq Farhain Terkena Kudis Herpes, Ini Perlu Kamu Tahu

Ads

Popular dengan lagu ‘Sayang Maafkan Aku’ dan dinobatkan naib juara program Big Stage 2018, siapa sahaja yang tidak kenal dengan ahli bomba dan anak kepada vokalis kumpulan Iklim Allahyarham Saleem ini?

Syafiq Farhain Terkena Kudis Herpes, Ini Perlu Kamu Tahu
Foto: Instagram Syafiq Farhain

Namun, melalui laporan media tempatan Syafiq akui terkena jangkitan kudis herpes yang menjejaskan aktiviti hariannya. Penyakit ini muncul selepas beliau ‘kebah’ dari demam panas. Sehubungan dengan itu, Syafiq turut menjelaskan bahawa bahawa herpes ini ada dua jenis dan jangkitan dialaminya itu bukanlah penyakit kelamin yang sering terjadi akibat aktif hubungan seksual.

“Herpes ni virus ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HB-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin. Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir.”

Dalam pada itu, Syafiq berkata virus menyerang jika antibodinya lemah dan perlu dirawat agar tidak merebak ke kawasan lain.

Kata Syafiq lagi, disebabkan jangkitan itu dia berada sakit dan menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap. Ujarnya, dia perlu berehat dirumah dan menjaga pemakanan.

Ads

Ini yang korang tahu tentang penyakit herpes ini :

Herpes adalah salah satu jangkitan yang paling umum di dunia. Kebanyakan pesakit tidak akan sedar yang mereka telah dijangkiti dan penyakit ini tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit. Ini kerana pesakit mungkin tidak mendapat sebarang tanda -tanda penyakit atau tanda tersebut amat ringan sehingga mereka tidak merasa sebarang perubahan lalu membiarkan sahaja tanpa rawatan.

Syafiq Farhain Terkena Kudis Herpes, Ini Perlu Kamu Tahu

Ads

Virus Herpes Simpleks

Virus herpes simpleks atau lebih dikenali sebagai herpes; dikategorikan kepada 2 jenis:

Ads
  1. Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1, atau herpes oral)
  2. Herpes simpleks jenis 2 (HSV-2, atau herpes alat kelamin)

Herpes simpleks jenis 1 (HSV-1) selalunya akan menyebabkan jangkitan di bahagian mulut. Walau bagaimanapun ianya boleh menyebabkan herpes alat kelamin.

Tanda dan simptom

  • Kesakitan, kegatalan dan kepanasan di kawasan jangkitan dapat dirasa sehari atau lebih sebelum gelembung air jangkitan timbul.
  • Kesakitan dan gelembung air akan muncul: Gelembung air ini akan pecah dan membentuk ulcer dan ditutupi kepingan keras . Keadaan ini akan berlarutan Antara 2 hingga ke 20 hari.
  • Simptom seperti selsema, demam, kesakitan otot dan kebengkakan nodus limfa leher.
  • Herpes keratitis iaitu jangkitan herpes bahagian mata boleh terjadi. Kesakitan, sensitif kepada cahaya, rembesan cecair dan ketidakselesaan boleh terjadi pada satu atau dua mata yang dijangkiti. Kelewatan untuk diagnos dan rawat boleh menyebabkan penglihatan kabur atau buta.

Walaupun, Herpes tidak menyebabkan kematian tetapi ia boleh mengubah kehidupan. Adalah sangat penting untuk mengetahui tentang HSV; faktor-faktor risiko jangkitan virus ini, dan bagaimana untuk menghalang dari merebak dan berulang.

Sumber : 1, 2

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI