
Aktor tampan, Syafiq Kyle mengakui dia seronok dapat menyambut Hari Raya sebagai suami, walaupun masih sedikit kekok beraya di kampung halaman isteri tercintanya yang juga aktres jelita, Mimi Lana.
Pelakon filem popular The Experts itu meluahkan rasa gembira dapat mengenali keluarga besar Mimi sepanjang berada di Taiping, Perak, sempena sambutan Syawal yang pertama mereka bersama sebagai pasangan suami isteri.
Katanya, meskipun berasa sedikit kekok pada tahun pertama, Syafiq tetap gembira dapat beraya di kampung isterinya.
BACA: SAH! Mimi Lana & Syafiq Kyle Selamat Diijabkabulkan, Tahniah!
“Biasalah tahun pertama ada rasa kekok sikit tetapi saya gembira beraya di kampung.
“Persiapan kami pun sederhana, tiada perancangan lain atau buat apa-apa pun selain beraya di rumah saya dan dia,” katanya.
Syafiq juga berkongsi betapa istimewanya pengalaman beraya bersama keluarga besar bekas peserta Dewi Remaja itu.
BACA: Blood Brothers: Bara Naga, Filem Aksi Yang Bakal Gegarkan Perfileman Malaysia!
“Saya rasa yang manisnya apabila dapat balik kampung berdua walaupun raya ketiga, bahkan lebih seronok bila tengok dia beraya dengan keluarga.
“Tahun pertama dapat beraya bersama keluarga besar isteri, saya kenal semua anak buah serta bapa saudaranya, menarik,” ujarnya lagi.
Mengenai juadah raya, Syafiq turut berkongsi pengalaman pertama kali menyambut Syawal bersama Mimi, di mana isterinya telah memasak daging dendeng mengikut resipi ibunya.
“Dia masak daging dendeng resipi mak dia tetapi tak masak banyak pun sebab kami berdua sahaja.
“Jadi, semasa raya kedua dah habis. Memang sikit sangat,” kongsinya.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila mereka mengesahkan telah bernikah pada Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Taiping, Perak, itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Sebelumnya, mereka dijadualkan untuk bernikah pada 18 Ogos 2023, tetapi majlis tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.