Aktor berbakat besar, Syafiq Kyle menzahirkan penghargaan dan bersyukur apabila masih ramai yang mendoakan pengakhiran yang baik buat dirinya bersama aktres jelita, Mimi Lana.
“Teruskan berdoa. Kalau saya yang pegang ‘button’ makbul itu mesti saya makbulkan tapi bukan saya yang pegang. Kita manusia, bukan pandai sangat bercakap, kita hanya boleh reda dan terima.
BACA LAGI: Sweetnya! Mimi Lana Terima Brownies Hasil ‘Air Tangan’ Syafiq Kyle Sempena Ulang Tahun Kelahirannya
“Bila ada pengharapan dalam hati, kita sulamkan dengan doa. Doalah yang terbaik, untuk kita bagi kata putus, saya bukan orang yang sepatutnya untuk bagi kata putus.
“Selepas apa yang terjadi masing-masing dapat melihat, untuk menghakimi pun terpulang pada diri masing-masing,” katanya selepas tayangan filem terbaharu Sheriff, semalam.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai doanya ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini, bekas peserta Hero Remaja itu berkongsi antaranya doa yang baik-baik berkenaan hubungannya dengan semua orang termasuklah bekas peserta Dewi Remaja itu.
“Antara salah satu doa saya adalah berkaitan hubungan saya dengan semua, hubungan saya dengan keluarga, termasuk Mimi.
“Apa yang saya boleh cakap setakat itu sajalah.
“Alhamdulillah kami masih berbaik dan berkawan dan untuk berkata lebih pun saya tak berani,” ujarnya lagi.
Perkembangan terbaharu, Syafiq bakal muncul dengan filem arahan Syafiq Yusuf iaitu Sheriff: Narko Integriti.
Mimi juga dilihat turut hadir memberikan sokongan pada malam tayangan perdana filem Sheriff, pada malam semalam.
Terdahulu, majlis pernikahan Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos 2023 dibatalkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq Kyle