.Selain wajah, rambut juga sering menjadi perhatian para wanita mahupun lelaki. Namun, pernah tak korang terfikir sama ada syampu yang dipakai hari-hari tu sebenarnya baik atau tidak penggunaannya untuk diri kita?
Biarpun dalam seseorang itu lebih penting, bahagian luaran kita juga wajib dijaga sebaik mungkin demi kepuasan diri sendiri. Pemberian Tuhan kan, haruslah kita menjaganya.
ARTIKEL BERKAITAN : Rambut Mahkota Perempuan, 4 Syampu Untuk Jaga Jika Enggan Menyesal
Baru-baru ini kecoh apabila terdapat kajian mengatakan botol syampu merupakan antara punca kenapa seseorang itu boleh gemuk. Lapor Daily Mail, saintis menemukan 11 bahan kimia yang boleh menjejaskan metabolisme sekaligus menyumbang kepada penambahan berat badan dalam produk harian tersebut.
Antara produk harian itu termasuk botol minuman, span dapur dan perapi rambut.
Sebelum ini, perkara ini juga pernah dijelaskan oleh Dr. Siti Aniza Basir yang menegaskan bahawa produk syampu yang ada di pasaran sekarang mengandungi beberapa bahan yang boleh menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon estrogen dan progesterone.
BACA LAGI : Gangguan Hormon Akibat Bahan Kandungan Syampu, Doktor Ini Jelas Bahaya Salah Pilih Produk Rambut
Malah, kumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway mengkaji 34 produk plastik berbeza untuk menilai bahan kimia terkandung di dalamnya.
Mereka menemukan lebih 55,000 komponen kimia berbeza di dalam produk tersebut dan mengenal pasti 629 bahan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11 bahan kimia dikesan mengganggu metabolisme. Eksperimen makmal juga menunjukkan bahan kimia daripada satu pertiga produk plastik menyumbang kepada pembangunan sel lemak dalam badan.
Bahan dalam produk itu bertindak menyusun semula sel prekursor untuk menjadi sel lemak yang kemudian membiak dengan cepat dan mengumpul lebih banyak lemak.
Sekarang, korang dah tahu kan kenapa syampu organik tu mahal? Dan tak hairanlah kalau kita lihat promosi syampu yang ada dipasaran dijual dengan harga rendah.
Apa-apa pun, pilihan tetap di tangan korang.
Sumber: Daily Mail, Dr. Siti Aniza Basir